BAB 16

111 5 1
                                    

"Banduan 6701, awak ada pelawat. Ikut saya sekarang", seorang warden sedang membuka kunci sel.

Haikal yang sedang berbaring di atas lantai sel itu bangun apabila sedar bahawa dia ialah banduan 6701 tersebut. Dia berjalan dengan lemah-longlai untuk keluar daripada sel sebelum tangannya digari oleh warden.

Banduan-banduan lain yang turut berada di dalam sel itu memandangnya dengan rasa iri hati. Mungkin cemburu kerana ada orang yang hendak melawat Haikal.

Sepanjang Haikal berjalan ke sel pelawat, dia asyik terfikir nama-nama yang mungkin akan datang melawatnya. Dia sudah tidak ada saudara-mara rapat semenjak ibunya dipulau oleh adik-beradik kerana berkahwin dengan ayahnya. Keluarga sebelah ayahnya pula sudah lama menjauhkan diri daripada keluarganya semenjak ayahnya meninggal dunia. Cuma ada satu kemungkinan. Takkanlah Haziq...

Apabila tiba di depan bilik pelawat, warden membukakan gari yang mengunci tangan Haikal. "Kau cuma ada 10 minit je sebab kejap lagi pegawai polis nak jumpa kau.", kata warden itu.

Haikal tidak menjawab. Sebaliknya, dia membuka pintu bilik pelawat itu. Pelawat yang berada di bahagian luar cermin kebal, tidak lepas daripada memandang Haikal.

Haikal terpaku tatkala melihat si pelawat yang datang menjengukya. Dia berpaling muka kerana tidak mahu bertentang mata dengan Aida, pelawat tersebut.

Aida sedih melihat Haikal berpakaian uniform penjara. Wajah tampan Haikal yang kian kusut-masai ditatap sepuasnya. Hatinya meruntun sayu.

"Duduklah. Kau tak banyak masa ni", arah warden tersebut. Haikal akur lalu duduk di atas kerusi berhadapan dengan cermin kalis bunyi yang memisahkannya dengan Aida. Dia mengangkat ganggang telefon di hadapannya setelah melihat Aida melakukan perkara yang sama.

"Why you came?", soal Haikal dengan nada suara yang mendatar. Dia masih tidak mahu memandang wajah kekasihnya.

Aida diam sejenak. Mata Aida sembap kerana menangis semalaman. "I miss you...", suara Aida bergetar tatkala melafazkan ayat tersebut.

Haikal tergamam. Berdebar-debar jantungnya ketika mendengar suara Aida. Namun, dia tidak membalas.

"Cakaplah. I balik sini malam tadi dari Taiping lepas I dengar berita pasal you. Sepatutnya pun hari ni I cuti tapi I datang semata-mata nak tengok you. I nak you cakap dengan I. So, please jangan sia-siakan I", kata Aida dengan rasa geram.

Haikal menundukkan mukanya kerana terlalu sedih. "I miss you too, sayang... I miss you damn much. Tapi I tak nak you tengok I dalam keadaan macam ni.", Haikal meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya dia apabila dapat melihat Aida di depan matanya sekarang.

Aida mendongak ke atas bagi menghalang air matanya mengalir walaupun mukanya sudah memerah. "Apa dah jadi? Bagitau I yang semua berita tu tak betul.", kata Aida setelah matanya jatuh kepada Haikal semula.

"Of course it is not! Buat apa I nak bunuh ibu I sendiri? I sampai rumah je, ibu.. ibu...", Haikal tak dapat meneruskan kata-katanya apabila mengimbas kembali peristiwa hitam itu.

"Buat apa you pergi sana?", soal Aida.

"I nak mintak restu ibu untuk kahwin dengan you. But I was there at the wrong place and wrong time. I terperangkap. You trust me kan?", ujar Haikal dengan nada kecewa.

Aida teringat peristiwa beberapa hari sebelum dia pergi ke Taiping. Ketika itu, dia dan Haikal sedang menikmati makan tengah hari mereka berdua.

"You still nak pergi Taiping tu sorang-sorang ke?", soal Haikal ingin tahu.

"Yelah. Nak ajak you, you tak boleh join kan?", kata Aida lalu menyedut straw di dalam Milo ais nya.

Haikal tampak kecewa. "It's okay. I ada plan masa you takde."

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now