[Foto: Rumah Farid di Seri Kembangan]
Farid mencukur hampir semua bulu yang tumbuh subur di mukanya. Sudah cukup lama dia membiarkan mukanya sebegitu kerana malas hendak mengemaskan diri. Ada perkara yang lebih menyemakkan kepala otaknya berbanding misai dan janggut itu. Rambutnya yang panjang serabai itu pun diperkemaskan dengan melumur pomade yang secukupnya.
Hari ini Farid hendak berehat. Berehat itu tidaklah bermaksud hanya melenggang kaki dalam rumah tetapi dia berehat daripada menjadi orang lain. Dia hendak menjadi dirinya sepenuhnya hari ini. Bebas dari segala persepsi orang luar terhadapnya.
Farid bercadang untuk tidak ke kelas dan akan mencuci mata di sekitar Sri Kembangan. Pergi sajalah ke tempat di mana hatinya mahu asalkan dia berasa 'relieve' hari ini.
Farid menarik kain yang menyelimuti kereta Audi A6 miliknya di dalam garaj. Habuk debu berterbangan di udara kerana memang sudah lama kereta itu tidak berusik. Harapnya kondisi kereta itu masih tip top seperti sedia kala.
Farid memasuki kereta Audi A6 lalu menghidupkan enjinnya. Bunyi deruman enjin yang kuat menunjukkan kereta itu masih berkeadaan baik. Farid kemudiannya menggantikan cermin mata yang dipakainya dengan cermin mata hitam untuk nampak lebih bergaya. Dia berpuas hati lalu memulakan perjalanan untuk keluar dari rumah moden tiga tingkat itu.
Bruurr!
Farid memegang perutnya yang sudah berlagu. Dia baru teringat yang dia masih belum bersarapan sejak bangun subuh tadi. Matanya melilau mencari kedai makan di kawasan di mana dia memandu.
Farid memakirkan keretanya di hadapan restoran Old Town White Coffee. Dia segera berjalan menuju ke pintu masuk restoran itu.
"Meow! Meow!"
Seekor kucing menggeselkan badannya ke kaki Farid. Farid menghentikan langkahnya untuk seketika kerana melihat keadaan kucing itu yang sangat menyedihkan. Kurap hampir memenuhi seluruh tubuh kucing tersebut. Juga terdapat kesan-kesan kudis di pinggir telinga dan pangkal leher. Farid mengalihkan kakinya kerana tidak mahu kuman yang ada pada kucing itu terkena pada seluarnya. Takut terkena jangkitan.
Kucing itu berterusan mengiau meminta belas. Farid berkira-kira hendak bertindak atau pun tidak. Dia yakin jika dia membiarkan saja kucing itu di situ, pasti tindakannya itu akan diikuti oleh orang lain. Sekurang-kurangnya dia perlu mengisi perut hamba Allah itu kerana kucing itu tersangatlah kurus dan Farid mengagak usia kucing itu baru mencecah 6 bulan.
"Sabar kejap eh. Saya nak beli tisu lepas tu, saya bawak awak pergi klinik ye.", Farid bermonolog seraya membelai kepala anak kucing itu dengan jarinya.
Farid pergi ke kedai berdekatan untuk membeli sebungkus tisu dan makanan kucing basah kerana dia hendak membawa kucing itu ke klinik haiwan untuk membuat rawatan. Rasa laparnya hilang terus. Takpelah. Kalau aku tolong kucing tu, Allah tolong aku balik.
Setelah memasuki sebuah klinik haiwan di Seri Kembangan, Farid mendaftar di kaunter lalu menunggu untuk beberapa minit. Kucing itu masih mengiau daripada tadi walaupun sudah diberi makan oleh Farid. Mungkin kucing itu tidak selesa apabila Farid memegangnya atau takut dengan suasana baru.
Farid dipanggil masuk ke dalam sebuah bilik. Dia memegang kucing yang berlapikkan tisu itu dengan berhati-hati kerana tidak mahu kucing itu melompat lari.
Apabila memasuki bilik tersebut, dua orang doktor sudah pun sedia menunggu. Seorang doktor lelaki dan seorang lagi doktor perempuan. Mereka mengarahkan Farid untuk meletakkan kucingnya di atas penimbang.
Ini kali pertama Farid menjejakkan kaki ke klinik haiwan jadi dia tidak berpengalaman. Dia memerhatikan sahaja doktor-doktor itu memeriksa kucing yang mengiau itu. Mereka mencatat rekod berat, memeriksa mata dan seangkatan dengannya.
Dua orang doktor itu berbincang seketika. Farid tidak dapat mendengar dengan jelas bait-bait ayat yang mereka tuturkan kerana mereka menyarung penutup mulut dan hidung. Kemudian, doktor lelaki itu berlalu keluar dari bilik itu dan meninggalkan doktor wanita dengan Farid.
"Encik Farid.", doktor wanita itu memanggil Farid yang sedang mengelamun. Farid segera menumpukan perhatiannya kepada doktor itu.
Doktor bernama Sarah itu menarik penutup mulut dan hidung yang disarungnya ke bawah untuk bercakap dengan jelas. Farid dengan tak semena merenung dan mengamati wajah doktor itu. Seolah-olah dia mengenali doktor di hadapannya. Sarah?
"Macam mana dia boleh jadi macam ni ye?", soal Sarah merujuk kepada kucing itu.
"Er.. saya tak tau. Saya jumpa dia tadi dah memang macam ni keadaan dia.", ujar Farid dengan perlahan kerana masih berfikir.
Sarah ni ke yang belajar dekat UPM dulu? Dia dah jadi doktor? Mata Farid masih tidak lepas daripada memandang Sarah.
"Sebab tu lah awak namakan dia Anonymous? Sebab dia bukan kucing awak?", Sarah tergelak kecil ketika melihat semula kertas pendaftaran Farid yang bertulis 'Anonymous' pada nama haiwan peliharaan.
Farid mengangguk tanpa bersuara. Dia juga turut tersenyum.
"Okay. Anonymous terkena jangkitan kuman maybe sebab persekitaran dia yang tak bersih dan pemakanan dia yang tak bagus. Saya dah beri dia vaksin so dia akan beransur pulih. In shaa Allah dia akan pulih sepenuhnya dalam masa 2 bulan. Awak berniat nak jaga dia ke lepas ni?", jelas Sarah.
Farid berfikir sejenak. "Erm... Saya ada niat nak jaga dia tapi saya tak pernah bela kucing. So, saya tak tau apa nak buat.", kata Farid.
"Jaga kucing senang je. Give what it needs and let it live it's life. Kucing ni suka have fun so awak cuma perlu biarkan dia bermain lagi-lagi anak kucing macam ni, memang suka main. Then, awak just bagi dia makan ikut masa dengan kuantiti yang sesuai. Saya sarankan awak bagi dia makan makanan basah sebab perut dia jarang proses makanan. Lepas tu, awak sediakan pasir atau tempat untuk dia membuang hasil cerna dia. Untuk kebersihan dia, awak mandikan la dia sebulan dua kali ke or depends on need.", terang Sarah panjang lebar.
Farid mangangguk faham. "Doktor tolong sediakan semuanya macam sangkar, pasir, and makanan yang sesuai boleh tak? Saya akan jaga kucing ni tapi tulah, saya tak ada apa-apa keperluan kucing dekat rumah.", kata Farid segan.
"Okay. Cuma sangkar tu klinik ni tak jual lagi-lagi sangkar yang besar untuk kucing ni main-main. Awak boleh search nearby kedai haiwan kalau awak nak."
Farid mengangguk faham. Dia betul-betul tak ingat aku atau sebab aku dah bertukar rupa so dia tak cam?
Setelah selesai urusannya, Farid menjinjing barang-barang kucing dan sangkar mudah alih yang terdapat Anonymous di dalamnya untuk dibawa pulang.
"Encik Farid,", Sarah memanggil semula Farid yang dalam perjalanan keluar klinik itu.
Farid menoleh dan menunggu butir bicara Sarah seterusnya.
"Terima kasih sebab awak sudi jaga kucing ni.", ucap Sarah.
"Kenapa nak ucap terima kasih?", soal Farid hairan kerana kucing itu bukannya milik Sarah.
"Yelah, orang zaman sekarang ni mana sudi nak jaga kucing macam Anonymous ni. Semua nak bela kucing yang sudah sedia comel sedangkan kucing macam ni lagi memerlukan perhatian manusia macam kita. Kan?", kata Sarah dengan mendalam.
Farid faham akan maksud yang disampaikan oleh Sarah. "Terima kasih untuk doktor jugak sebab bantu saya bela Anonymous. Kalau doktor tak beri tunjuk ajar, maybe saya tak bela.", Farid merendah diri.
"Dunia perlukan lebih ramai orang yang berhati mulia macam awak, Encik Farid. Saya pasti Anonymous akan seronok hidup di bawah jagaan manusia penyayang macam awak. Pasti ada ganjaran untuk awak nanti.", tenang hati Sarah apabila menyusun ayatnya. Semuanya keluar ikhlas daripada hati.
Farid tersenyum gembira. Dia juga berharap sebegitu.
"Sarah, I need you in operation room, please.", Zubir datang memanggil Sarah.
Sarah mengundurkan diri untuk mengikuti Zubir ke dalam bilik pembedahan. Farid hanya memerhatikan gerak-geri mereka. Diorang still berdua rupanya...
**********
Link untuk mengetahui lebih lanjut tentang rumah Farid ---------->
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1107&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_04.htm
YOU ARE READING
HOUSEMATE
De TodoBerkawan rapat sejak di bangku sekolah mendorong tiga orang gadis yang berbeza profession dan perwatakan untuk tinggal sebumbung. Masing-masing mempunyai kerjaya dan kisah cinta yang menimbulkan konflik antara mereka. Namun tanpa mereka sedari, terd...