BAB 5

176 6 0
                                    

2 hari selepas itu...

Sarah memeluk Peah erat lalu melagakan pipi mereka. Aida kemudiannya turut melakukan perkara yang sama. "Nanti kalau nak balik sini lagi, jangan lupa call", pesan Aida.

"Iyelah", Peah menepuk-nepuk bahu rakan-rakannya lalu tersenyum.

Sarah sudah memuncungkan mulutnya. Sedih pula apabila Peah sudah mahu pulang ke Pulau Pinang untuk menghabiskan masa terakhirnya sebelum konvokesyen yang akan diadakan pada bulan hadapan.

"Dah la tu... Dah macam itik dah aku tengok. Tak comel", Peah cuba memujuk Sarah.

Sarah hanya tersenyum tawar. Beg-beg Peah semuanya sudah berada di dalam boot kereta En. Khairul.

"Okay, jom. Nanti terlepas flight pulak", kata En Khairul sambil menutup bumbung but keretanya.

Berat pula hati Peah hendak meninggalkan dua orang rakannya yang paling sewel. Apatah lagi apabila difikirkan yang dia hanya akan membuang masa saja di universitinya itu. Lebih baik dia terus tinggal di sini. Best pun best.

"Bye...", Peah melambai kepada Aida dan Sarah daripada dalam kereta yang sedang bergerak meninggalkan kondominium itu. Dua orang wanita tersebut turut membalas lambaiannya.

"Dah, dah. Jangan nak nangis", kata Aida kepada Sarah selepas kereta yang membawa rakan mereka itu hilang dari pandangan.

.__________.

Aida memasuki perut kereta Mini Cooper milik Haikal. Dia mengulangi perbuatan yang sama sejak 3 hari yang lepas.

"Morning...", ucap Haikal lalu tersengih ibarat lala busuk.

Sarah yang duduk di belakang sudah terbiasa dengan ucapan pagi Haikal kepada Aida sejak kes di kolam renang tempoh hari. Baginya hubungan dua sejoli itu sedang mekar bak bunga mawar walaupun Aida tidak mengiya atau menidakkan hubungan mereka. Tapi dia tahu bahawa rakannya yang seorang itu, memang cepat cair.

Aida buat pekak. Dia langsung tidak mahu membalas apatah lagi memandang wajah Haikal.

"Asal monyok je ni? You okay tak?", soal Haikal dengan nada risau. Dia menjenggukkan kepalanya untuk memandang wajah Aida.

"Hisy, cepatlah! Dah lambat ni! Tak payah nak buat mengada-ngada boleh tak? Menyampah!", Aida tiba-tiba mengherdik.

Haikal tersentak. "Okay, okay". Dia membuat bermacam-macam andaian. Pertama, Aida sedang bendera jepun. Kedua, Aida datang bulan. Ketiga, Aida senggugut. Keempat, sebab dia dah lambat dan yang terakhir sebab Aida period. Hurm... Macam lebih kurang je.

Aida menilik jam tangannya. Ternyata dia memang sudah lambat masuk ke pejabat. Tiba-tiba terbayang wajah Dato' Murad yang sedang mencuka.

Harap-harap Murad tak masuk office hari ni. Kalau tak mati la aku! Mintak simpang...

"Tak payah berhenti depan lobi. Saya tak nak orang nampak kita", arah Aida apabila mereka hanya berada pada jarak 500 meter dari bangunan syarikatnya. Eh, syarikat di mana tempat dia bekerja.

"Asal pulak?", soal Haikal ingin tahu. "Sebelum ni okay je."

"Sebab sebelum ni okay lah kita ni dah jadi gossip hangat. Tau?", ujar Aida dengan suara yang mendatar.

Teringat dia apabila terdengar Wani dan Balqis bergosip semalam. Namanya tiba-tiba sahaja menjadi sebutan. Bukan setakat diorang berdua je, malah hampir satu syarikat duk bercerita.

"Betul ke kau dengan Encik Haikal tu couple?", Wani membuka cerita.

"Mana ada. Kau merepek apa ni?", Aida segera menidakkan.

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now