BAB 7

148 5 1
                                    

Sarah membaling topi yang berada di kepalanya serentak dengan graduan yang lain. Laungan gembira bergema di satu UPM menunjukkan bahawa segala beban mereka menimba ilmu selama ini boleh dilepaskan sekarang. Itulah saat yang dinanti-nantikan buat semua siswa dan siswi serta ibu bapa mereka. Bagi Sarah, kejayaannya ini merupakan hadiah buat ibu dan bapanya yang selama ini telah membesarkannya.

Sarah menerpa ke arah kedua ibu bapanya lalu mereka berpelukan. Sempat juga Sarah mengucup pipi kedua orang tuanya tanda berterima kasih.

"Tadaaaaa! Tahniah adik!", Encik Sazali mengeluarkan jambangan bunga yang disorokkannya. Sarah menerimanya dengan selebar-lebar senyuman. "Thanks ayah!"

Tak lama selepas itu, Peah dan Aida pula tiba. Sarah segera berlari-lari anak menyambut kedatangan mereka.

"Tahniah Sarah!", ucap Aida teruja. "Thanks korang sebab datang. You guys mean a lot to me", balas Sarah lalu melagakan pipi dengan mereka.

"Ad dengan Nat cakap sorry sebab tak dapat datang. Mat buyung tu biasalah tak boleh keluar rumah selalu. Nat pulak, ada perbicaraan hari ni", Peah bersuara.

Sarah tersenyum. "It's okay. Korang dah ada ni pun kira okay la."

"Sebab kitorang datang, kau kena belanja kitorang makan lepas ni", kata Aida selamba. Aida kalau bab save duit ni memang dialah nombor 1!

"Eh, apa pulak? Korang lah kena belanja aku makan sebab today is my day!!", Sarah melaung gembira. Peah menggeleng malu. "Seronok eh? Kitorang ada benda lagi best nk bagi kat kau"

"Apa dia?!", Sarah tidak sabar.

"Cuba kau pejam mata kejap", pinta Aida tiba-tiba. Sarah hairan dalam pada masa yang sama teruja. "Kenapa ni? I don't get it la"

"Pejam je la", gesa Aida sambil menggoyangkan tangan Sarah. Sarah hanya menurut.

"Kira sampai sepuluh, baru bukak mata tau", Aida mengambil jambangan bunga yang dihiasi teddy bear yang dipegang Sarah lalu dia dan Peah pun mengorak langkah meninggalkan tempat itu.

Sarah mula mengira. 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9,.... "Aku dah nak bukak mata ni". Perlahan-lahan Sarah membuka kelopak matanya. Retinanya memberikan gambaran seorang lelaki yang tinggi lampai bekemeja coklat dan berseluar jeans berdiri di hadapannya. Aida dan Peah pula tidak kelihatan.

"Tahniah Sarah", Lelaki itu menghulurkan jambangan bunga yang cantik kepadanya.

"Hadi..?Awak buat apa kat sini?", soal Sarah.

"Nak celebrate awak lah. Nah", Hadi menghulurkan lagi jambangan bunga tersebut kepada Sarah setelah tidak mendapat sambutan. Sarah menerima jambangan bunga tersebut dengan senyuman tawar. "Thanks"

"Saya harap awak akan lebih berjaya lepas ni. You did very well", sambung Hadi. "You too", balas Sarah ringkas.

"By the way, macam mana awak tau pasal konvo saya hari ni?", soal Sarah dengan nada tidak selesa. Dia tidak mahu ibu bapanya salah sangka jika terlihat mereka berduaan di situ.

"Saya dengar daripada Peah. Tu yang saya datang ni", jawab Hadi.

Ini suprise Peah dengan Aida? Kenapa mesti Hadi yang diorang bawak?

"Well, saya tak boleh lama sebenarnya ni. Saya balik dulu", ucap Hadi sebelum meninggalkan tempat itu. Sarah langsung tidak bersuara mahupun melambai.

"Nice guy huh?", suara seseorang berbisik di belakang Sarah. Sarah menoleh.

"Doktor Zubir? Doktor datang?". Dia datang.

"Of course. This is my place. I was here 2 years ago. Kalau ada event yang aku rasa aku patut datang, aku datang la", ujar Zubir.

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now