Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dear readers,
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada korang semua yg telah membaca karya sulung saya iaitu Housemate dari awal huruf sampailah ke warkah saya yang julung kalinya saya tulis untuk anda. Yang baca separuh pun saya ucapkan terima kasih tapi tak taulah anda baca sampai sini ke tak.
Adakah ianya satu kesalahan kalau saya tak tulis author's note tiap kali selesai menulis satu bab? Ataupun khaskan satu part untuk tulis author's note? Saya rasa mungkin ya sebab saya tak dpt beramah mesra dgn pembaca setia saya yang saya tahu mesti ada punya antara korang yang baca Housemate dan tertunggu-tunggu update dari saya walaupun tak munculkan diri. Mungkin juga tak menjadi kesalahan sebab tak ada siapa pun yang kesah pasal penulis. Betul tak?
Saya tak tau nak cakap macam mana, nak luahkan macam mana perasaan saya tatkala menulis perkataan TAMAT pada bab terakhir novel ini iaitu BAB 40. Relieve maybe? Rasa mcm semua beban yg saya pikul dapat saya hempas ke tanah time tu jugak. Kalau ditanya sama ada saya mahu menulis lagi atau tidak jawapan saya MEMANG TAK LA. Susah yang amat. Ayat saya pun tak cukup sharp untuk menyengat hati anda semua. Tapi yang terhibur tu baguslah. Oh ya, masih terdapat banyak typo yang saya kesali tak dapat nak betulkan dalam masa terdekat. In shaa Allah kalau ada masa terluang, saya betulkan ye? Saya betulkan sekali ayat budak-budak saya tu.
************
TENTANG PENULISOh, pasal saya? Tak payah tau sangatlah. Saya ni low profile. Dilahirkan mmg bukan untuk jadi seorang penulis tapi suka berangan sebab tu terkeluarlah hasil idea utk cerita Housemate ni. Saya seorang pelajar sekolah menengah dan tahun depan (2017) bakal menduduki SPM untuk aliran sains. Fuhhh! Doakan saya dapat 9A+! Aamiin.
HOUSEMATE
Ookaayyy saya tak taulah korang excited ke tak nak tahu mcm mana saya dapat idea nk buat cerita ni. Tak kisahlah. Saya akan bagitahu jugak anyway.
Draft asal Housemate dibuat lebih kurang setahun or dua tahun yang lalu. (2014) Semuanya bermula apabila saya dan kawan baik saya, Aida berangan nak serumah sbb saya selalu melepak kat rumah dia. Plus, dia ni kaki novel. Saya pun dapatlah idea nak menzahirkan cerita impian kami ni dalam bentuk tulisan. Draft after draft after draft, akhirnya saya tulis juga dekat laptop sampai bab berapa saya tak ingat. Bila saya dapat tahu dari rakan sekelas saya tahun ni yang ada aplikasi Wattpad yang berguna untuk penulis novel dan kaki novel, saya mula menjerumuskan diri ke dalam lembah Wattpad. Saya copy Housemate dari laptop dan saya pindahkan mengikut pembahagian bab dekat Wattpad. Fokus saya hanya untuk sambung menulis dan mempublishkan Housemate untuk bacaan semua warga di aplikasi ini jadi saya tak berkesempatan nak membaca hasil karya orang lain. Disebabkan tu jugak kot saya kurang belajar dan ayat saya macam budak tadika. Saya ni bukanlah berdisiplin orangnya sebab tu lah saya jarang nak update Housemate. Sampailah akhir tahun ni, saya gagahkan diri jugak nak habiskan tahun ni sebab saya tak suka biar tergantung lelama. Nanti saya lupa idea bernas saya and saya taknak ianya mengganggu saya tahun depan, tahun di mana saya sepatutnya fokus SPM.
Saya tak pernah menyesal buat Housemate. Saya rasa Wattpad sangat berguna untuk netizen seperti kita ni untuk membaca dengan lebih banyak. Wattpad juga yang telah menemukan anda dengan Housemate. Bak kata pepatah, tanpa Wattpad, siapalah Housemate. So, well done Wattpad!
Rasanya cerita Housemate bertukar versi dah banyak kali sebab saya rasa pengisiannya kurang. Ini impian saya dan Aida jadi kalau boleh, saya nak jadikannya realistik. Waktu pertengahan pembikinan Housemate pun saya pernah berhasrat nak menukar lagi sekali jalan cerita ni dan buat semula sebab watak Peah iaitu memang kawan baik kami, sepatutnya bertukar profession. Peah sepatutnya dah tak boleh jadi doktor walaupun itulah cita-cita yang dia nak. (Peah sekarang aliran akaun). Namun, hasrat negatif saya tu dihalang oleh Aida sekeras-kerasnya. Dengan jiwa yang kental, saya teruskanlah juga walaupun ceritanya dah tak jadi realistik 😞.

YOU ARE READING
HOUSEMATE
RandomBerkawan rapat sejak di bangku sekolah mendorong tiga orang gadis yang berbeza profession dan perwatakan untuk tinggal sebumbung. Masing-masing mempunyai kerjaya dan kisah cinta yang menimbulkan konflik antara mereka. Namun tanpa mereka sedari, terd...