BAB 36

101 5 0
                                    

Peah berjalan lembik ke biliknya. Kebetulan Sarah yang keluar bilik untuk ke dapur, terserempak dengan Peah.

"Aik, awal balik? Tak jadi dating ke?", usik Sarah diiringi senyuman apabila melihat wajah Peah tidak bermaya.

Peah tidak mempedulikan Sarah lalu memasuki biliknya. Pintu bilik Peah ditutup perlahan.
Langkah Sarah terhenti tatkala melihat kelakuan Peah yang tidak seperti normal. Selalunya, Peah akan membalas gurauan jika salah seorang daripada ada yang memulakan.

Hati Sarah rasa tak sedap seperti ada yang tak kena terhadap rakannya itu. Sarah membatalkan niatnya untuk meminum air di dapur lalu segera mengikut jejak Peah ke bilik.

"Peah, kau okay tak?", Sarah mengetuk pintu bilik Peah dengan perasaan bimbang.

Peah tidak menjawab. Tapi lama-kelamaan, bunyi sendu tangisan Peah kedengaran daripada dalam bilik. Sarah tidak menunggu lama untuk membuka pintu bilik tersebut. Mujurlah Peah terlupa hendak menguncinya.

Sarah mendapatkan Peah yang berbaring di atas katil. "Peah, kenapa kau nangis ni?", soal Sarah seraya mengusap lengan Peah.

Suara tangisan Peah semakin kuat apabila dipujuk Sarah. Sarah menjadi tidak keruan. "Janganlah nangis. Tell me what happen."

Selepas beberapa minit, Peah masih dengan sedu-sedannya. Sarah pula masih setia disisi Peah dan menantikan penjelasan wanita itu.

Peah akhirnya bangun daripada pembaringan lalu mengesat air matanya. Cermin mata dipakai semula setelah jiwanya kembali tenang. Sarah sudah siap sedia memasang telinga.

"Aku benci Ezzat.", kata Peah ringkas sebagai muqadimah untuk penjelasannya selepas ini.

Sarah tidak begitu terkejut kerana sudah menjangkakan bahawa Ezzat yang telah menyebabkan Peah berduka.

"Apa yang dia dah buat?", Sarah turut rasakan kemarahan yang dipendam Peah.

"Lepas dia dah bagi harapan dekat aku, dia tinggalkan aku macam tu je. Dia kata kitaorang tak patut teruskan hubungan sebab masing-masing busy. Tah pape kan alasan dia?", ujar Peah penuh penghayatan.

"Dia tau tak perasaan kau dekat dia?", soal Sarah lagi.

"Aku cakap aku suka dia. Tapi sebagai kawan.", balas Peah sebak.

Sarah tidak berpuasa hati. "Yang kau pergi cakap macam tu kenapa? Memang lah dia ingat kau tak suka dia."

"Apa gunanya kalau aku aku cakap aku suka dia pun? Dia still nak tinggalkan aku jugak. Kenapa dia tak boleh faham perasaan aku? Kalau dia tak nak aku suka dia, kenapa dia layan aku baik sangat?",

Sarah tidak membalas. Dia pun tidak tahu hendak jawab apa memandangkan perkara pun sudah terjadi. Walhal, dia tidak boleh sewenang-wenangnya memulihkan perasaan Peah.

Dengan tak semena, rasa hiba Peah datang semula. Sarah meminjamkan bahunya kepada Peah supaya dapat menambahkan kelegaan rakannya itu. Belakang Peah pula digosok dengan lembut.

Ini kali pertama Sarah melihat Peah sesedih begini sejak bertahun. Sudah jelaslah betapa besar cinta Peah pada Ezzat. Sarah pula yang terlebih geram dengan Ezzat. Dah buat orang suka dia, senang-senang je nak sakitkan hati orang!

"Kalau aku tau hidup aku jadi macam ni, baik aku mati je kan senang...", tiba-tiba Peah bersuara dalam tangis.

Mata Sarah membuntang lalu badan Peah ditolak bagi menjarakkan badan mereka. Kedua-dua bahu Peah dipegang lalu Sarah merenungnya.

"Kau cakap apa ni? Takkan lah sebab Ezzat kau nak jadi macam ni kot?!", Sarah bersuara bengang.

Peah terdiam. Dia memikirkan semula tentang ayatnya tadi.

"Think rasionally, Peah. Biarlah Ezzat tak suka kau sekalipun sebab kau boleh lupakan dia. Please move on. Ni bukan Peah yang aku kenal.", kata Sarah lagi dengan nada tegas.

Selepas puas dipujuk, Peah bersuara kembali. "Aku ingat nak ambik cuti. Aku nak balik rumah mak ayah aku."

"Eloklah. Pergilah tenangkan fikiran. Kau pun dah lama tak balik sana kan?", Sarah memuji keputusan Peah. Biarlah rakannya itu berubah angin.

Keesokan harinya, Peah ke Hospital Serdang untuk memohon cuti. Di samping itu, dia hendak membuat pemeriksaan ke atas semua pesakit yang dirawatnya sebelum dia pergi selama tiga hari.

"Doktor Zahirah.", Laura memanggil Peah ketika Peah melintasi wadnya.

Kalau boleh, Peah semahunya mengelak daripada berjumpa dengan Laura iaitu kakak Ezzat tetapi dia mestilah bertindak professional. Dah memang tanggungjawabnya untuk merawat Laura.

Laura menolak kerusi rodanya mendekati Peah. Peah memandang Laura dengan senyuman yang dibuat-buat.

"Doktor, terima kasih ya sebab jaga saya. I'll be leaving tomorrow.", kata Laura ceria.

Walaupun sudah habis rambut di kepalanya, Laura dapat meningkatkan keyakinan dengan selalu mendengar motivasi untuk pesakit kanser yang sering diadakan di hospital itu.

"Baguslah. Awak pun dah makin sembuh.", kata Peah pula. Dia melutut di hadapan Laura supaya wanita itu tidak sakit tengkuk akibat mendongak memandangnya.

"Doktor, hari tu Ezzat ada datang melawat saya. Dia selalu sangat cerita pasal doktor, tanya pasal doktor. Dia nampak happy sangat bila cakap pasal doktor. Saya rasa dia ada hati dengan doktor lah.", kata Laura tidak semena.

Berdesing pula telinga Peah tatkala mendengar nama Ezzat. Dia ragu-ragu ingin mempercayai kata Laura atau tidak.

"Tak. Dia tak suka saya.", kata Peah pula.

Laura pantas menggeleng bagi menidakkan kenyataan Peah. "Saya pasti dia suka doktor. Saya kenal adik saya."

Peah memekakkan telinga. Dia tidak mahu terjerat dengan kata-kata Laura yang hanya menyedapkan hati.

"Kalau doktor suka Ezzat, saya boleh cakapkan. Alang-alang kita mungkin tak berjumpa lagi lepas ni, biarlah hubungan kita kekal sebagai satu keluarga.", sambung Laura.

Peah masih tidak membalas. Cukuplah bagi harapan pada aku. Aku tak nak sakit lagi.

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now