"What's wrong? Monyok je daripada tadi. Are you okay?", tegur Zubir kerana Sarah baru menghabiskan suku daripada makanan tengah harinya.
Sarah mengangkat muka memandang Zubir lalu pandangannya ditundukkan semula memandang nasi. "Nothing.", balas Sarah pendek.
"Yelah tu. Kau ingat aku tak tau ke apa perkataan 'nothing' bagi perempuan? It must be something. Come on, tell me.", teka Zubir. Sejak hubungan dia dan Sarah pulih, Zubir menjadi seorang yang lebih memahami dan mengambil berat tentang wanita itu.
"Kalau ada something pun, tak ada kena mengena dengan kau.", Sarah bersuara lemah.
Jiwa Sarah terganggu tiap kali teringat pasal Aida. Rasa bersalah pasti muncul di dalam benaknya kerana dia yang sengaja memanjangkan perang dingin. Bila difikirkan semula, Sarah berasa iri hati dengan Aida kerana Aida sudah pun berkahwin dengan Haikal iaitu lelaki yang kononnya menjadi sebab pembatalan percutian mereka ke Perth, Australia.
Tambah merumitkan, perkahwinan Aida menjadi bualan ibu bapa Sarah lalu menggesanya untuk berkahwin. Kata En. Sazali dan Pn. Sarinah, Sarah memang selayaknya berkahwin pada usia melepasi 25 tahun memandangkan dia sudah pun berjaya dalam pelajaran dan mempunyai pekerjaan yang stabil.
Sarah akui kata-kata orang tuanya malah dia sudah terlewat 2 tahun daripada umur asal yang dia sepatutnya berkahwin. Masalah utama yang menjadi penghalang impian Sarah adalah dia belum menjumpai calon suami yang sesuai untuk memimpinnya. Sarah pernah dengan rela hati membenarkan ibunya yang mencarikan calon suami untuknya namun Pn. Sarinah bercita rasa tinggi. Mahu menantu yang bagus-bagus saja walhal faktor tersebut tidak menjadi pilihan utama Sarah. Asal berbudi, bekerjaya dan beriman, cukuplah untuk menambat hatinya.
Zubir berhenti makan. Pinggannya ditolak ke tepi lalu roman Sarah yang putih dengan sentuhan alat solek itu ditatapnya.
"Fine. Then I'll wait until you are ready to tell me. I don't mind if we have to stay here as long as you want.", Zubir mendesak dengan cara yang halus.
Sarah menjeling Zubir sekilas seraya mulutnya masih mengunyah sedikit demi sedikit makanannya. Jantung Sarah mula berdebar apabila Zubir tidak berkelip memandangnya.
Sarah membetulkan selendang yang dililit menutupi kepala. Takut nampak selekeh pula di hadapan Zubir.
"Problem aku tak besar pun. Just rimas dengan apa yang berlaku.", akhirnya Sarah bersuara.
"Masalah apa ni?",
Sarah melepaskan keluhan berat. "First, aku gaduh dengan best friend aku.", Sarah mengeluarkan ibu jari bagi membuat perhitungan.
"Second, my parents asked me to get marry.", ujar Sarah ragu-ragu. Dia tahu bahawa air muka Zubir berubah walaupun lelaki itu sedang mengawal reaksinya supaya tidak kelihatan terkejut.
"Third?", Zubir mengangkat kening.
"I'm not going to marry anyone except...", Sarah membiarkan ayatnya tergantung.
"Who? Hadi?", Zubir menebak. Suaranya mendatar.
"I told you. Aku dah tinggalkan Hadi because we're not meant together.",
"Then, who?", Zubir juga berdebar-debar menanti jawapan Sarah. Cuma ada satu kemungkinan atau tanggapannya salah.
Sarah membalas pandangan Zubir tanpa menjawab. Jangan buat-buat tak tau boleh tak?
Zubir menghela nafasnya. "Is it me?"
"Look, I'm not giving any hopes here. Aku tak paksa kau untuk buat apa-apa pun. Aku faham kalau... Aku just...", Sarah gugup. Mukanya memerah menahan malu.
YOU ARE READING
HOUSEMATE
RandomBerkawan rapat sejak di bangku sekolah mendorong tiga orang gadis yang berbeza profession dan perwatakan untuk tinggal sebumbung. Masing-masing mempunyai kerjaya dan kisah cinta yang menimbulkan konflik antara mereka. Namun tanpa mereka sedari, terd...