BAB 3

207 6 0
                                    

Peah menggeliat malas. Dia terus berguling-guling di atas katil kerana liat untuk bangun.

"Ish, jangan kacau la! Aku tau la apa nak buat", Sarah mengomel sambil tangannya ligat mengacau kuey teow di dalam kuali.

"Alah, masukkan sikit je!", Aida beria-ria menolak tangan Sarah.

"Jangan rosakkan masakan aku! Resepi aku! Ish minah ni kang aku tarik rambut kau buat mee karang!", Sarah mangacah.

"Ehem! Ehem!", Peah sudah berdiri di muka dapur setelah bingit mendengar pertengkaran antara Sarah dan Aida yang mengalahkan bunyi letupan bom di bandar Hiroshima.

"Eh, dah bangun dah princess? Good morning", sindir Aida kerana jam sudah pun bergerak hendak menunjukkan ke angka 11 pagi.

Peah menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Kau masak apa ni?", soal Peah kepada si tukang masak, Sarah.

"Kuey teow. Tapi minah ni ada pulak dia nak masukkan kiub tom yam dalam resepi aku?!", Sarah menujah kepala Aida walaupun Aida lebih tua 8 bulan 8 hari daripadanya.

"Aida menggosok-gosok kepala kerana pening. "Sikit je!"

Ting tong!

Bunyi loceng rumah mereka tiba-tiba berbunyi dan menyebabkan tiga dara itu terdiam.

"Siapa pulak yang datang pagi-pagi ni?", Sarah kelihatan risau.

"Kau gi tengokkan, Peah", arah Aida.

"Eh, apasal aku pulak?", soal Peah sambil tangannya masih lagi mengusik rambut.

"Pergi je la. Aku anak sulung. Dengar cakap aku", Aida mengungkit pasal usianya walaupun mereka bertiga sebenarnya sebaya.

"Eleh", Peah menjeling lalu mengambil tuala untuk menutup kepalanya sebelum berjalan menuju ke pintu.

Peah memulas tombol pintu rumahnya. Tiba-tiba dia terpaku. "Er..ibu?"

"Eh? Astagfirullahalazim budak bertuah ni! Bang tengok dia ni!", Pn. Norzanah mengucap panjang ketika melihat anak daranya yang seorang itu berada di muka pintu.

Peah hanya tersengih malu. Tak sangka boleh kantoi. Dia kemudiannya mengambil kunci pagar gril untuk memberi laluan buat ibu-bapanya untuk masuk ke dalam rumah.

"Siapa tu Aida?", soal Sarah ingin tahu setelah mendengar suara riuh seseorang. Aida tanpa disuruh, terus saja pergi ke arah Peah yang sedang memeluk pintu.

Aida dengan tidak semena-mena segera berlari ke biliknya setelah melihat siapakah gerangan tetamu yang bertandang ke rumah.

"Weh, kenapa?!", Sarah yang cemas melihat keadaan Aida, turut serta berlari ke bilik Aida dan meninggalkan dapur yang berasap. Nasib baik api dapur sempat ditutup.

"Hisy, anak bertuah ni! Ada ke balik tak bagitau mak ayah?", naik darah En. Khairul melihat sikap anaknya. Peah memuncungkan bibir.

"Pn. Norzanah melangkah masuk ke dalam rumah tanpa dijemput sambil menjinjing beberapa buah beg plastik. Menggeleng kepalanya ketika melihat keadaan ruang tamu yang bersepah kerana tidak berkemas dan dapur yang berasap. "Ish, rumah anak dara ni"

Langkah Pn. Norzanah diikuti suaminya. Hidung En. Khairul kembang-kempis menghidu sesuatu. "Uish, bau apa ni? Sedapnya", tiba-tiba perutnya mengegeroncong tanda minta diisi.

Peah hanya membontoti mereka tanpa mengetahui apakah langkah seterusnya yang patut diambil.

"Ha, akak. Bila balik?", En. Khairul menyoal setelah duduk di atas sofa.

"Baru semalam", jawab Peah di hadapan bapanya sambil menunjukkan gigi.

"Naik apa? Kenapa tak bagitau?", Peah disoal ibunya pula.

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now