BAB 22

96 4 0
                                    

Sarah menendang tayar kereta Hyundai Elantranya itu dengan perasaan geram. Dia ternampak sebiji paku terbenam di dalam tayar keretanya. "Time ni pulak lah kau nak pancit!"

Sejak bila paku itu berada di tayarnya pun dia tidak tahu. Tahu-tahu saja tayar itu sudah kempis apabila pagi. Menyampah betul.

Sarah mula gelabah kerana tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Jam yang berada ditangannya sentiasa berdetik dan tidak lama lagi dia akan lewat ke klinik. Dia tak rasa Zubir akan membenarkannya cuti lagi hari ini setelah dia mengambil cuti beberapa hari lepas kerana dia pulang ke rumah ibu bapanya.

Kalau boleh, Sarah mahu mengelak untuk menaiki teksi atau uber kerana harga teksi zaman sekarang agak mahal. Tambahan pula klinik dan tempat kediamannya agak jauh.

No, aku tak akan menyusahkan Aida lagi. Dia dah la not in the mood!

Sarah tiada pilihan. Dia mencari satu nama dalam senarai kenalannya lalu
membuat panggilan.

.__________.

Zubir melangkah keluar dari bilik Sarah setelah melihat tiada orang di dalamnya lalu menuju ke kaunter. "Mun, Dr. Sarah dah sampai?", soalnya kepada Munirah.

Wanita tersebut menggeleng. Zubir menilik jam tangannya berkali-kali. "Dah pukul berapa dah ni? Dia stuck dalam jam ke?", Zubir bernada risau.

Zubir mengeluarkan telefon bimbitnya lalu keluar dari klinik untuk melihat keadaan di luar.

"Thanks, Hadi.", ucap Sarah ringkas apabila Hadi sudah memberhentikan keretanya tidak jauh dari klinik haiwan tempat Sarah bekerja.

"Sama-sama. Lepas ni, kalau awak nak saya tumpangkan banyak kali pun boleh.", jawab Hadi lembut.

"Takpelah. Ini pun dah menyusahkan dah. Mesti awak dah lambat pergi kerja kan?", muka Sarah berkerut kerana rasa bersalah.

"It's okay. Apa guna ada saya kalau tak boleh tolong kan?", kata Hadi lagi.

Sarah hanya mengiyakan lalu keluar dari kereta itu secepat mungkin kerana dia sudah terlalu lambat.

Zubir memerhatikan sahaja Sarah keluar dari sebuah kereta lalu berjalan ke arahnya dengan tergesa-gesa. Zubir masih tercegat disitu dengan telefon bimbitnya masih ditekapkan ke telinga.

"Sarah!", Hadi melaung nama Sarah seraya berlari ke arah wanita tersebut.

Sarah segera menoleh. Sebuah telefon bimbit yang sedang berdering diberikan kepadanya oleh Hadi. "Nah, awak tertinggal handphone dalam kereta tadi."

Sarah menepuk dahinya kerana cuai. "Thank you, Hadi.", ucap Sarah lalu mengambil telefonnya. Nama Zubir terpapar pada skrin telefon yang sedang berdering itu. Mata Sarah segera beralih ke arah klinik. Susuk tubuh Zubir kelihatan dan lelaki tersebut sedang leka memandangnya.

"Saya ambik awak balik nanti eh?", pelawa Hadi. Dia terlupa untuk mengatakan perkara itu.

Sarah mengangguk kerana mahu Hadi berlalu pergi dengan cepat. Jantungnya berdebar ketika melihat Zubir yang bermuka ketat.

Apabila Hadi sudah pergi meninggalkannya, Sarah berjalan cepat untuk masuk ke dalam klinik.

"Patutlah lambat. Buah hati hantar rupanya.", kata Zubir apabila Sarah tiba di hadapannya. Nada suaranya kedengaran sinis.

Sarah menarik pintu masuk klinik untuk membukanya. "Dia kawan je la.", balas Sarah.

Zubir dengan pantas menolak pintu itu dengan tapak tangannya kerana tidak membenarkan Sarah untuk masuk ke dalam. "Kenapa dia hantar kau? Kau dah ada kereta sendiri kan?", soal Zubir sejurus kemudian.

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now