Sebulan kemudian...
Sarah membaca semula alamat yang tertera pada skrin telefon bimbitnya. "Betul lah kat sini!"
"Siapa pulak cakap salah?", Aida yang duduk di belakang, mencebik.
Peah meninjau lagi pintu masuk restoran yang bernama Gita Bayu itu. Rumah pengawal yang ada, menghalang pemandangannya. "Kita masuk je lah"
Peah menekan pedal minyak untuk melalui rumah pengawal itu. Tingkap pintu pemandu diturunkan setelah salah seorang pengawal yang menjaga, memberi tanda suruh berhenti.
"Cik ada jemputan ke?", tanya pengawal itu.
"Nanti, akan ada guard yang mintak pas kau. Kau tunjuk je, nanti dia bagi masuk", terngiang-ngiang lagi suara Adriana di kotak ingatan Aida.
"Tunjuk kad ni", kata Aida kepada Peah yang duduk di tempat duduk pemandu.
Setelah menunjukkan pas masuk kepada si pengawal, akhirnya kereta Myvi itu dapat menuju masuk ke dalam kawasan yang serba hijau dengan rimbunan pokok yang redup lagi nyaman.
Peah memakirkan keretanya di tempat parkir kereta yang telah disediakan. Restoran yang akan mereka tuju hanya berada tidak jauh dari situ.
Keluar sahaja daripada kereta, bunyi riuh-rendah suara orang ditambah dengan alunan muzik pop kedengaran dengan begitu jelas.
Tanpa membuang masa, tiga orang wanita itu berjalan menuju ke restoran setinggan yang tampak klasik kerana dibina menggunakan hasil kayu dan juga papan. Suasana di sekeliling pula dihiasi dengan alam semula jadi. Terdapat tasik, pokok-pakau dan burung-burung kecil yang mengasyikkan lagi pemandangan. Begitu natural.
Aida, Peah dan Sarah perlu menaiki beberapa anak tangga sebelum tiba di beranda yang merupakan ruang makan di restoran tersebut.
Seramai lebih kurang 30 orang yang sedang menjalankan aktiviti sosial mereka, dipandang dengan penuh teruja oleh Sarah. Ada yang kenal, ada yang samar-samar.
"Eh, yang tu siapa ek? Eh, itu Qis kan? Eh, Aqid pun ada lah! Lainnya dia!!!", komen Aida setelah mengamati seorang demi seorang mereka yang ada di situ.
"Eh, korang!!!", teriak Adriana teruja setelah melihat kedatangan tiga dara itu.
"Adriana!!!", Peah terus berlari-lari anak ke arah Adriana atau lebih mesra digelar Ad.
Sedang tiga orang rakannya menggian rindu, Sarah pula duk melilau memandang suasana di sekeliling. Bukannya hendak menghargai pemandangan alam semula jadi yang boleh diperhati daripada beranda itu, tetapi melilau mencari orang. Mencari...
"Cantiknya kau Ad!!!", puji Aida.
"Ish, mana ada! Kau tu yang dah gorgeous! Peah pun!! Lain gila kau! Aku ingat model mana lah tadi korang ni", puji Ad melambung.
Sarah akhirnya mendekati mereka. "Aik, aku ni tak cantik ke?", Sarah mencebik.
"Gila tak cantik. Kau tu daripada dulu cantik. Sekarang lagi lah! Ayu je", Ad memberikan senyuman yang menyakinkan. Kembang Sarah dibuatnya.
Selepas itu, mereka turut bertemu dengan rakan-rakan lain seperti Natasha, Qistina, Alis, Salleh, Nashrul dan beberapa orang lagi. Pertemuan itu sekaligus menggamit memori mereka ketika di bangku sekolah menengah dulu.
Setelah puas berbual dengan rakan-rakannya, Sarah meminta diri untuk ke tandas.
Selesai sahaja membetulkan tudung dan berpuas hati dengan rupa parasnya, Sarah melangkah keluar daripada tandas. Tiba-tiba kaki Sarah terpelecok akibat tergelincir dek lantai basah. Bertuah badan, dia sempat disambut oleh seorang pemuda yang kebetulan sedang berjalan disitu.

YOU ARE READING
HOUSEMATE
RastgeleBerkawan rapat sejak di bangku sekolah mendorong tiga orang gadis yang berbeza profession dan perwatakan untuk tinggal sebumbung. Masing-masing mempunyai kerjaya dan kisah cinta yang menimbulkan konflik antara mereka. Namun tanpa mereka sedari, terd...