BAB 19

89 5 0
                                    

Laura sedang lena dibuai mimpi pada petang itu. Peah hanya memerhatikannya dari jauh kerana tidak mahu mengganggu pesakitnya. Rambut Laura yang perang ikal mayang sudah mula kelihatan jarang akibat kesan kemoterapi. Mukanya pula sentiasa pucat lesi dan tidak sama seperti kali pertama Peah melihatnya. Peah rasa sayu dan kesian melihat keadaan Laura yang semakin hari semakin dimamah penyakit yang menular di dalam badannya.

Peah menoleh lalu terlihat dirinya di dalam cermin. Lingkaran hitam bawah mata semakin kelihatan begitu juga dengan eyebeg yang semakin menebal. Badannya juga sudah mula lesu sejak kebelakangan ini. Ini semua gara-gara tidak mendapat rehat yang secukupnya sebab asyik kerja lebih masa pada waktu malam. Aku kena start jaga badan ni.

Kemudian, bilik VIP 11 itu sekali lagi menarik perhatian Peah. Kali ini, seorang lelaki berbaju hood dan berambut mohawk memasuki bilik tersebut sambil memegang sejambang bunga yang dihias cantik. Peah meneliti situasi tersebut. Siapa tu?

Tapi Peah tak ambil pusing. Dia baru hendak berlalu tetapi seorang jururawat sempat memberhentikannya. Peah mengangkat muka memandang jururawat itu. Jururawat yang sama yang bergosip dengannya tempoh hari.

"Doktor nampak tak lelaki yang masuk wad tu tadi?", soal jururawat itu kepada Peah.

Peah menoleh memandang wad itu sebelum mengangguk.

"Itulah tunang patient dalam tu. Hensem kan?", ujar jururawat tersebut. Peah segera membuat muka tanda geli. "Tak langsung. Kalau rambut dia tu sikat kemas sikit, maybe saya pertimbangkan.",  kata Peah lalu mereka berdua tergelak kecil dan berhenti dengan cepat. Jahatnya aku!

Peah berjalan menuju ke koridor yang agak sunyi lalu berkira-kira hendak memberitakan tentang pelawat itu kepada Ezzat atau tidak kerana baginya perkara itu tidaklah penting mana. Mesej Ezzat kepadanya terngiang-ngiang di ingatan.

Kalau ada apa-apa info lagi, inform saya.

Peah mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menaip maklumat yang didapatinya pada hari ini.

"Taip apa tu...",

Peah menoleh ke tepi tatkala mendengar suara seorang lelaki berdiri di sebelahnya. Peah terkaku kerana lelaki itu merupakan lelaki yang berambut mohawk tadi. Sejak bila dia ada kat sini?

Lelaki itu tersenyum tanpa ada sebab yang diketahui oleh Peah. Mulut Peah masih terkunci dan jantungnya berdegup laju. Telefon bimbit yang dipegang di tangan segera dimatikan.

"Doktor ni doktor apa?", soal lelaki itu.

"Ha?", otak Peah tidak dapat memproses maklumat kerana terkejut.

Lelaki itu tersenyum lagi sekaligus membuatkan bulu roma Peah meremang.

"Boleh saya cakap dengan doktor dekat bawah?", lelaki itu menyoal lagi.

"Buat apa?", Peah pula yang menyoal.

"Saya nak cakap sikit dengan doktor. Doktor pakar sakit puan kan?", teka lelaki itu tepat.

Peah mengangguk.

"Jom, saya belanja minum sambil kita cerita.", pelawa lelaki itu lalu memulakan langkahnya.

Walaupun diri Peah berkeras tidak mahu menerima pelawaan lelaki itu, hatinya masih tergerak untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Entah macam mana dia mendapat keberanian walaupun dia tahu mungkin lelaki itu mempunyai agenda lain. Tetapi, dia juga mempunyai agenda tersendiri.

Peah menilik jam tangannya yang sudah menunjuk ke angka 5 petang. Harap-harap takde patient time ni.

Sudah hampir tiga minit Peah menghirup air teh ais di hadapan lelaki yang tidak dikenali itu. Lelaki itu masih tidak bersuara dan menceritakan hal yang dikatakan tadi.

"Awak nak cakap apa tadi?", soal Peah dengan nada yang jelas kerana suasana di kafeteria itu agak bingit.

Lelaki itu mengangkat muka memandang Peah tak berkelip. Wajah lelaki itu segera dianalisa oleh Peah. Berkulit hitam manis, muka berjeragat, bersubang di telinga kanan dan berambut mohawk dengan warna kuning gelap. Dasyat dia ni. Serius dasyat.

"Bagitau saya pasal Ensefalitis.", lelaki itu bersuara.

Peah memikirkan tentang perkara itu sejenak. "Ensefalitis ni sejenis penyakit otak atau lebih dikenali dengan radang otak. Penyakit ni muncul sebab ada virus. Macam tu lah. Kenapa?", ujar Peah menggunakan pengetahuan asasnya.

Lelaki itu mengangguk. "Apa perasaan doktor kalau orang yang doktor sayang dapat penyakit tu?"

"Sedih la sebab bila ada penyakit yang melibatkan otak ni, risiko untuk maut tu tinggi.", Peah membalas jujur.

"Itulah apa yang saya rasa sekarang ni.", ujar lelaki itu lalu menghirup secawan kopi hitam.

Peah teringat akan pesakit di dalam bilik VIP 11. "Tunang awak sakit tu ke?", soal Peah terkejut.

"Dia bukan tunang tapi girlfriend.", balas lelaki itu.

Peah mengangguk. Geram pula rasa hati Peah kerana jururawat memberikan dua informasi yang salah. Pertama, pesakit itu bukan koma kerana kemalangan. Kedua, pesakit itu bukan tunang kepada lelaki di hadapannya.

Tiba-tiba Peah berasa simpati terhadap lelaki yang tidak dikenali itu. "Sejak bila dia dapat penyakit tu?"

"Lama dah. Saya yang jaga dia selama ni.", ujar lelaki itu.

"Mana ahli keluarga dia?", soal Peah lagi.

Lelaki itu bingkas bangun sebelum menjawab. Dia mengeluarkan sekeping not RM 5 lalu meletakkan ke atas meja makan. "Tolong bayarkan. Saya nak gerak dulu."

Peah terpinga dengan tindakan lelaki itu. "Awak nak pergi dah ke?"

Lelaki itu mengangguk. "Itu je yang saya nak share satakat ni. Kalau awak nak tau lagi, awak belanja saya minum pulak lepas ni.", kata lelaki itu sebelum melangkah pergi.

Terkebil-kebil mata Peah melihat lelaki itu pergi dengan langkah yang pantas. Apebende dia buat ni?

**********
Sorry sebab penulisan merapu untuk bab ni but I'll promise to do the best in the next chapter.

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now