"Adik pergi dulu eh ibu?", Haziq menyalami ibunya setelah bersiap untuk ke studio.
"Adik balik awal sikit ye hari ni", Mariam memandang wajah anaknya sambil tersenyum.
Haziq mengangkat kening. "Kenapa ibu? Ada apa hari ni? Ibu macam suka je...", Haziq juga tersenyum melihat ibunya gembira.
"Tadi abang call. Dia kata dia nak singgah kejap lagi. Karang kita boleh makan tengah hari sama-sama. Dah lama tak makan sekali dengan abang", ujar ibunya dengan nada sayu.
Riak wajah Haziq berubah. "Kenapa dia nak balik?", nada suara Haziq meninggi.
"Kan dia dah lama tak balik sini. Apa salahnya? Lagipun ini rumah dia. Biarlah...", Mariam sudah masak sangat dengan anaknya yang bongsu itu.
"Tapi selera adik hilang tiap kali tengok muka dia. Lagipun, dia beli rumah ni guna harta ayah so rumah ni bukannya hak milik dia sorang", Haziq menjeling panas.
"Adik.. dah-dah la tu. Korang ni dua orang je anak ibu. Tak nak lah macam ni. Cuba berbaik?", Mariam mengusap belakang Haziq untuk menenangkannya.
Haziq hanya menggeleng sebelum melangkah keluar dari rumah itu. Harapanlah kalau nak aku berbaik dengan si tamak tu.
Sebuah kereta sudah menunggu Haziq untuk menjemputnya. Pak Wadi yang menjaga di pondok pengawal sempat menyapa Haziq sebelum dia masuk ke dalam perut kereta dan memandu pergi bersama rakannya.
Haziq bekerja sebagai jurugambar yang sangat professional. Hampir setiap minggu dia dibayar untuk merakamkan saat manis pelbagai jenis majlis terutamanya majlis perkahwinan. Disebabkan oleh kerjayanya, dia telah membuka sebuah studio diberi nama Capture Moment di Klang untuk menghasilkan karyanya. Kini, dia juga telah melatih beberapa orang untuk menjadi jurugambar terbaik dan bekerja dengannya.
Jam sudah menunjukkan ke angka 11.30 pagi. Haziq masih lagi sedang mencetak gambar milik pelanggannya. Dia perlu menyiapkan album pengantin itu dalam masa seminggu ini kemudian, dia perlu menyiapkan projek lain. Dia tak suka menangguh kerja. Selagi ada masa, selagi itu dia buat.
Tiba-tiba dia rasa poket seluarnya bergetar. Dia mengeluarkan telefon bimbit daripada poket lalu menjawab panggilan telefon tersebut. "Hello?"
"Hello. Ini Haziq ka?", suara seorang wanita berbanga Cina kedengaran di hujung talian. "Ya, saya. Siapa ni?", Haziq membalas.
"Ini I ma.. aunty Looi. Ey, ni aa.. I dengar you punya mak jerit-jerit wo...", ujar Puan Looi, jiran Haziq.
Haziq membuka telinganya. "Jerit-jerit?"
"Ya loh. You punya emak jerit tolong. I takut apa-apa jadi sama dia la... You kasi tengok apa jadi."
"Saya kat tempat kerja ni aunty. Teruk ke dia jerit?", Haziq menyoal risau.
"Haiya... Dia jerit tolong! I takut apa-apa jadi sama dia. I telefon polis ma...", kata Puan Looi lagi.
"Oh, ok ok. Saya balik sekarang. Thank you ya aunty", Haziq mematikan panggilannya. Dia segera menelefon teksi kerana dia tidak memandu kereta untuk ke studio tetapi dia menumpang kawannya.
Ketika tiba di hadapan rumah, Haziq ternampak Pn. Looi dan suaminya di luar rumah. Dia mendekati mereka. "Apa jadi aunty?"
"Haiya... You pergi masuk tengok la! Kami risau loh!", desak Pn. Looi lalu menolak belakang Haziq. Haziq pun berjalan masuk ke dalam rumahnya. Dia tidak memikirkan sebarang perkara buruk kerana dia tahu, Pak Wadi ada untuk menjaga keselamatan rumahnya.
Haziq tidak nampak kelibat Pak Wadi di pondok pengawal lalu dia melangkah masuk ke dalam rumah dengan perasaan berdebar.
Apabila Haziq buka sahaja pintu rumah, dia terdengar tangisan seseorang yang sangat kuat. Dia berlari ke arah punca suara itu.

YOU ARE READING
HOUSEMATE
RandomBerkawan rapat sejak di bangku sekolah mendorong tiga orang gadis yang berbeza profession dan perwatakan untuk tinggal sebumbung. Masing-masing mempunyai kerjaya dan kisah cinta yang menimbulkan konflik antara mereka. Namun tanpa mereka sedari, terd...