BAB 11

106 4 0
                                    

Peah melawat setiap seorang pesakitya. Dia kemudiannya menuju ke arah Laura yang sedang menikmati makan tengah hari.. Peah tersenyum apabila melihat Laura selera makan walaupun cuma nasi putih berlaukkan sup ayam tawar.

"Apa khabar puan hari ni?", sapa Peah lembut.

"Baik, doktor. Doktor tak nak makan sekali?", pelawa Laura.

Peah menggeleng perlahan lalu memberikan senyuman manisnya. Sepatutnya dia boleh berehat di biliknya tetapi hari itu dia rasa tidak lesu walaupun tidak tidur sejak pagi tadi. Jadi dia mengambil keputusan untuk beramah-mesra dengan pesakit yang dirawatnya serta menawaf kawasan hospital.

Tak lama selepas itu, sepasang suami isteri berumur lingkungan 50-an tiba di wad di mana Laura berada. Riak wajah Laura bertukar ceria apabila melihat pasangan itu.

"Mak, abah!", kata Laura sebelum menyambut pelukan ibunya. Kemudian, dia memeluk ayahnya pula.
"Laura sayang. Apa dah jadi ni?", wanita itu mengusap pipi mulus Laura. Laura menggenggam erat tangan ibunya dengan perasaan sebak. "You're coming. I'm glad you're coming."

Peah hanya memerhatikan saja gelagat anak beranak itu. Runtun jiwanya apabila merasakan kesedihan yang dialami oleh mereka. Mana tidaknya, apabila anak sendiri diberitakan menghidap penyakit yang membawa maut, hati siapa yang tak sedih? Tiba-tiba wajah Puan Norzanah terbayang di mindanya. Rindu la pulak.

Peah mengambil keputusan untuk beredar bagi memberi ruang kepada mereka melepas rindu masing-masing.

Ezzat membetulkan pakainnya setelah keluar dari tandas. Dia segera menuju ke arah wad di mana ahli keluarganya berada. Dia cuma ada masa sekejap sahaja sebelum dia pergi bertugas. Banyak perkara yang perlu diselesaikannya. Almaklum sajalah apabila sudah menggalas jawatan ketua.

Akibat langkah Ezzat yang tergesa-gesa, dia terlanggar seorang lelaki yang berambut mohawk. "Eh, sorry bang.", spontan saja mulut Ezzat meminta maaf.

Ezzat segera terpandang ke arah alat penyuntik yang terjatuh di atas lantai milik lelaki mohawk. Dengan pantas, lelaki itu mengambil penyuntik tersebut lalu memandang Ezzat dengan pandangan tajam. Dia mengangguk tanda 'tak apa' sebelum berlalu pergi. Ezzat masih tercegat di situ sambil matanya tidak lepas daripada memandang lelaki berkenaan.

Ezzat cam lelaki tersebut tetapi dia tak pasti di mana dia melihatnya. Otaknya ligat berfikir apa yang lelaki tersebut buat dengan penyuntik itu. Kenapa seorang lelaki yang kelihatan biasa memiliki penyuntik? Adakah itu perkara yang tidak munasabah?

Ezzat mengingati semula dari mana lelaki itu datang sebelum mereka berlanggar. Ezzat memandang sebuah bilik tidak jauh di hadapannya. Kakinya mula mengorak langkah.

Pintu bilik itu bertulis VIP 11 menandakan bilik itu merupakan wad pesakit VIP. Dia mulai curiga kerana dia pasti yang lelaki tersebut keluar dari bilik itu tadi. Apa dia buat dalam ni dengan penyuntik?

"Inspektor Ezzat?", suara seorang wanita memanggilnya dari belakang.

Ezzat tersentak. Jantungnya yang memang daripada tadi berdegup laju terasa seakan-akan berhenti. Dia menoleh.

"Inspektor buat apa kat sini?", soal Peah hairan.

Ezzat menghela nafas panjang. Dahinya berpeluh deras. "Saya.. saya nak cari kakak saya", mulutnya menipu.

"Wad kakak inspektor kat sana", Peah menunjuk ke arah wad tidak jauh dari situ.

Ezzat hanya mendiamkan diri. Dia masih tak berganjak.

"Inspek...",

"Shh! Jangan panggil saya dengan panggilan tu. Panggil saya Ezzat", belum sempat Peah bersuara, Ezzat sudah memotong terlebih dahulu dengan nada berbisik.

Peah terkedu.

"Saya nak cakap dengan doktor sekejap. Boleh?", Ezzat bersuara semula. Dia berjalan menjauhi bilik tersebut.

"Erm.. boleh. Tapi pasal apa?", Peah gusar.

"Pasal kakak saya. Tapi saya nak cakap bukan dekat sini tapi secara privasi. Doktor ada tempat untuk kita cakap berdua je?", nada suara Ezzat mendatar.

Peah ligat berfikir apa yang sedang berlaku tetapi dia tidak menolak permintaan Ezzat. "Bilik saya", katanya sebelum mereka berdua menuju ke biliknya.

Ezzat menutup pintu bilik dengan berhati-hati. Dia memastikan bahawa tiada siapa yang memerhatikan mereka. Peah berdebar. "Ada apa ni Inspektor?"

Ezzat memandang Peah sambil mengambil nafasnya. "Jangan panggil saya inspektor. Panggil saya Ezzat", dia tidak boleh biarkan identitinya terdedah kerana identiti seorang polis itu amat berharga. Sama seperti superhero cuma tidak bertopeng.

"Ok, Ezzat. Ada apa?", Peah menyoal.

"Saya dapat rasakan sesuatu yang pelik berlaku kat sini. Macam ada jenayah", kata Ezzat sambil meletakkan kedua-dia tangannya ke atas meja sambil membongkok. Dia bercakap tanpa memandang Peah.

Darah Peah berderau. "Jenayah? Jenayah apa?"

"Bilik tadi. Bilik VIP tadi tu, siapa pesakit dalam tu? Dia maybe dalam bahaya", nada suara Ezzat bergetar.

Mata Peah membuntang. "Betul ke apa yang awak cakap ni? Kenapa dalam bahaya pulak?"

"Ada orang yang mencurigakan keluar dari bilik tu tadi. Saya... saya risau", Ezzat seolah-olah tidak tenteram. Peah cuba menenangkannya.

"Sabar... Mungkin awak silap orang. Jangan jadi paranoid",

"Tolong saya, doktor.", Ezzat memandang ke dalam mata Peah.

"To..tolong apa?", adrenalin mengalir laju dalam darah Peah.

"Tolong saya dapatkan maklumat pasal pesakit dalam bilik tu, please. Kalau doktor tolong saya, doktor ialah orang yang paling berjasa pada saya.", rayu Ezzat.

"Tapi.. tapi saya ada tugas lain", Peah membuat alasan.

"Doktor tak payah buat banyak. Tolong saya curi-curi tengok siapa orangnya, latar belakangnya, dan jugak siapa yang datang melawat dia. Pleasee...", rayu Ezzat lagi. Dia kelihatan sangat terdesak.

Peah tidak bersuara ya ataupun tidak.

"Ini nombor saya. Kalau doktor ada apa-apa maklumat pasal dia, please give me a call or message. Thanks", Ezzat meletakkan kad namanya ke atas meja lalu keluar dari bilik itu. Peah terkebil-kebil melihat anggota polis itu menghilang seperti asap.

Apa dah jadi ni?

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now