Sarah, Aida dan Haikal sudah pun berada di Balai Polis Serdang untuk meminta bantuan polis mencari Peah. Kata Ezzat, mereka tidak dibenarkan membuat laporan polis sehingga Peah betul-betul disahkan hilang walaupun sudah genap tiga hari Peah menyembunyikan dirinya.
Telefon bimbit Peah tidak berjawab setelah dipanggil berkali-kali. Ada kalanya, wanita itu mematikan telefonnya.
"Hello, auntie?", Aida mencari alternatif lain untuk mencari Peah dengan menelefon ibu wanita tersebut.
"Hello, Aida. Ada apa?",
"Auntie, boleh tak pas kan telefon dekat Peah? Aida call dia banyak kali dia tak angkat la.", pinta Aida dengan lembut. Kata Sarah, Peah ke rumah ibu bapanya selama tiga hari bercuti.
"Peah? Dia tak ada la. Sejak bila pulak dia ada dekat sini? Dia dekat Bangi dengan Aida kan?",
"Yeke?", Aida berpaling memandang Sarah dan pihak polis yang sedang menantinya. Aida tidak tahu hendak membalas apa.
"Takkan Peah tak balik langsung? Semalam? Kelmarin pun dia tak balik?", soal Aida bertalu-talu.
"Tak. Call pun tidak. Kenapa ni? Peah pergi mana? Dia takde dekat sana ke?", kedengaran suara bimbang Pn. Norzanah.
"Eh, takdelah. Peah cuma ada cakap hari tu dia nak balik rumah auntie. Maybe dia tak jadi kot. Dia ke hospital agaknya.", Aida segera mengaburi kerisauan ibu Peah.
"Hospital? Dia masuk hospital kenapa pulak ni?", Pn. Norzanah bertambah bimbang.
"Eh, dia pergi hospital sebab kerja. Dia overtime la tu sebab tu dia tak balik.", bohong Aida.
"Okaylah, auntie. Saya letak dulu. Assalamualaikum.", laju saja Aida mematikan panggilan supaya dia tidak diajukan soalan yang selanjutnya oleh Pn. Norzanah.
"Macam mana? Peah tak balik?", soal Sarah ingin tahu.
Aida menggeleng perlahan. "Dia tak pernah balik sekalipun.", ujarnya.
Ezzat yang turut mendengar rasa lemah jantung dibuatnya. Mana pulak dia ni pergi?
"Kenapa Peah cuti? Tiga hari pulak tu. Dia jarang sangat nak mintak cuti tau. Selalunya sehari dua je. Itupun sebab nak dating.", Aida menyoal hairan.
"Dia patah hati. Orang yang dia suka tinggalkan dia.", balas Sarah sinis sambil sempat mengerling ke arah Ezzat yang menunduk.
Ezzat hanya buat tidak tahu. Dia tak boleh terlalu ikutkan perasaan dalam situasi begini. Mereka mesti mencari Peah secepat mungkin supaya wanita itu tidak terjatuh ke dalam jerat penjenayah yang sedang merancang sesuatu buruk ke atasnya.
"Habis tu macam mana ni?", sampuk Haikal. Kakinya sudah lenguh kerana asyik berdiri daripada tadi.
"Jangan berhenti call Peah. Pastikan dia jawab jugak tak kira apapun yang berlaku.", arah Emily.
.__________.
Peah berjalan menuju ke keretanya sambil menjinjing beg pakaian. Sudah tiga hari dia membawa diri ke Gold Coast Morib International Resort untuk menenangkan fikiran. Walaupun dia seorang diri dan terasa bosan, percutian itu masih mampu menguburkan rasa dukanya terhadap Ezzat.
Peah tergerak hati untuk menghidupkan semula telefon bimbitnya. Dia berbuat demikian kerana dia tahu bahawa dia akan diganggu dengan panggilan daripada pihak hospital. Paling tidak pun, panggilan daripada orang serumahnya.
Bertalu-talu mesej masuk daripada pusat telekomunikasi yang memberitahu Peah tentang berapa panggilan yang tidak dijawab sepanjang dia mematikan telefon.

YOU ARE READING
HOUSEMATE
RandomBerkawan rapat sejak di bangku sekolah mendorong tiga orang gadis yang berbeza profession dan perwatakan untuk tinggal sebumbung. Masing-masing mempunyai kerjaya dan kisah cinta yang menimbulkan konflik antara mereka. Namun tanpa mereka sedari, terd...