BAB 30

103 5 0
                                    

Sebulan kemudian...

Rumah Pn. Rohana dan En. Azmi mula dipenuhi dengan sanak-saudara serta kenalan rapat. Hari ini bakal berlangsungnya majlis ijab dan kabul puteri bongsu mereka iaitu Aida dengan pasangannya, Haikal Daniel.

Terdapat khemah di luar rumah banglo dua tingkat itu. Walaupun majlis diadakan secara kecil-kecilan, ianya tetap meriah apabila diserikan dengan suara riang anak-anak buah Aida. Semua teruja menanti detik pernyatuan dua hati yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Rakan-rakan karib Aida iaitu Nat, Adriana, Peah dan Sarah turut hadir bagi memeriahkan majlis. Dato' Murad ialah satu-satunya tetamu wakil pejabat. Bukan sengaja Aida dan Haikal tidak mahu menjemput rakan sepejabat tetapi jemputan mereka teramatlah terhad. Manakan tidak, majlis dirancang hanya dalam masa sebulan sahaja.

Kalau bukan desakan oleh rakan-rakannya, Sarah tidak mahu menunjuk muka di majlis itu. Hubungannya dengan Aida masih belum pulih dan mereka masih dingin sehinggalah ke hari ini. Atas sikap professional, Sarah hadir juga dengan rasa ralat.

"Kahwin dah kawan aku sorang ni.", kata Peah yang berada di dalam kamar pengantin iaitu bilik tidur Aida. Aida sedang dipersiapkan oleh jurusoleknya.

"Kau nampak cantik sangat Aida! Dah lama tak tengok kau makeover macam ni.", kata Nat teruja. Nat juga tampak cantik pada hari itu walaupun hanya berbaju kurung Kedah.

Aida hanya tersenyum. Malu-malu kucing dibuatnya. Aida memang jarang mengenakan alat solek tetapi apabila disolekkan oleh penata rias professional, dia nampak begitu menawan apatah lagi pada hari yang istimewa ini.

"Aku dengan Aida, dah. Korang bertiga bila lagi?", soal Adriana kepada tiga orang gadis yang masih solo di dalam kamar itu. Perkara yang dimaksudkan adalah berkahwin.

"Belum sampai jodoh, nak buat macam mana.", balas Peah berpura-pura mengesat air mata.

Sarah yang duduk di penjuru katil tidak bersuara daripada tadi tanda protes. Dia ingin pulang ke rumah secepat mungkin kerana tidak mahu berlama di situ.

Haikal yang berada di sebuah hotel di Rawang juga sedang dipersiapkan oleh pembantunya. Dia memakai baju melayu bercekak musang berwarna putih.

Terdetik hati Haikal untuk menelefon bakal isterinya memandangkan dia tidak perlu tergesa-gesa bersiap. Almaklumlah lelaki tak perlu bersolek. Haikal mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Aida.

"Hello.",

"Hello, future wife.", kata Haikal manja.

Rakan-rakan Aida sudah seperti disampuk hantu apabila Haikal menelefonnya. Mulut mereka kecoh dek kerana teruja. Aida menunjukkan isyarat jari kepada mereka untuk menyuruh mereka diam. "Kenapa call ni?", soal Aida.

"Aik, call pun tak boleh ke?", Haikal menyoal semula.

"Bukan tak boleh cuma I pelik kenapa you call. You tak pergi bersiap ke?",

"Saja I call nak melepas rindu. Bersiap tu kejap lagi pun boleh. I sekejap je bersiap bukan macam you.",

Aida mencebik. "Fine. Lepas lah rindu tu puas-puas."

"I nak nikmati saat I bercakap dengan you ni sebab I masih bujang. Lepas ni I cakap dengan you, I dah jadi suami you dah.",

Aida tergelak kecil. "Yelah, future hubs. I nak mintak maaf dengan you kalau sepanjang kita kenal, I ada sakitkan hati you. I harap semuanya berjalan lancar. Suruh driver you tu bawak kereta elok-elok!", ucap Aida sayu.

"Alolo... Yelah, I maafkan. I pun nak mintak maaf kalau I ada buat you sakit hati. I tahu I buat lagi banyak dosa kat you, sayang. Forgive me and hopefully I dapat jadi suami dan you dapat jadi isteri yang terbaik. Aamiin.", balas Haikal sambil tersengih mengenang betapa banyaknya silap dia pada Aida.

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now