"Sebuah bank di ibu kota telah dirompak pada siang tadi oleh sekumpulan perompak yang seramai lima orang. Kejadian tersebut berlaku pada jam 10.30 pagi ketika keadaan di sekitar kawasan bank tersebut masih lengang. Selain itu, 3 orang awam tercedera akibat terkena das tembakan yang dipercayai berpunca daripada salah seorang perompak berkenaan yang dikatakan panik ketika kekalutan sedang berlaku. Namun begitu, tiada mangsa yang maut akibat kejadian tersebut. Nilai rompakan yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM800, 000 itu merupakan nilai rompakan yang terbesar yang pernah dicatakan di Malaysia. Tambahan pula, rompakan yang terbaru ini merupakan rompakan besar yang ke 4 dalam tahun ini. Kini, pihak polis sedang mengenal pasti suspek dan telah berjaya menahan dua orang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes rompakan tersebut. Orang awam yang berada di tempat kejadian dan mendapat sebarang maklumat diminta untuk menampilkan diri ke balai polis berdekatan."
Supt. Omar mematikan televisyen di hadapannya lalu menoleh memandang anak-anak buahnya yang turut menyaksikan berita gempar tadi.
"Dah puas tengok? Ke nak aku ulang lagi?", sindir Supt. Omar. Anggota polis yang lain hanya membisu.
"Apa dah jadi ni? 4 kes jenayah rompakan dalam masa setahun. Apa ni?!", Supt. Omar menghentakkan meja lalu membuatkan anggota polis yang lain tersentak.
"Kami dah cuba tuan. Tapi perompak tu memang licik. Kami dah buat semuanya. Hantar perisik, cari suspek, buat tangkapan tapi semuanya jumpa jalan buntu", Yusuf bersuara.
"Kalau betul kau buat kerja, mana hasilnya? Satu hapak pun takde! Setakat hantar perisik, tangkap orang, soal orang. Sampai bila?! Kita kena bertindak cepat! Sebab penjenayah yang kita sedang berdepan ni bukan calang-calang. Sedetik kita lewat, selangkah dia di depan kita. Itu pun korang tak sedar lagi ke?!",
Ezzat mengurut dahinya. "Kami akan berusaha keras lagi lepas ni tuan. Kami janji. Kami akan buat apa saja untuk dapatkan maklumat pasal perompak tu", katanya dengan semangat.
"Boleh percaya ke? Korang cakap memang senang! Main hembus je! Tapi bila buat kerja, hampeh! Korang nak ke orang dekat Bukit Aman tu pandang serong dekat kita? Aku ni sekali-sekala nak la jugak naikkan nama balai polis ni ha. Tapi apakan daya, korang semua ni tak boleh pakai!", Supt. Omar berasa kecewa.
"Jangan cakap macam tu tuan. Kita masih ada peluang. Macam yang Inspektor Ezzat cakap, kami akan berusaha sehabis baik lepas ni", kata seorang anggota polis cina, Emily.
"Baik. Kalau itu janji korang, aku bagi korang peluang. Aku lantik kau, sebagai ketua kes ni.", Supt. Omar menghalakan jari telunjuknya kepada Ezzat dengan tegas. Mata Ezzat membuntang tidak percaya.
"Baik tuan. Saya dan anggota polis yang lain akan pastikan kami tangkap penjenayahnya.", Ezzat berdiri penuh yakin.
Supt. Omar mengangguk. "Baik. Buktikan pada aku yang keempat-empat kes rompakan ni ada kaitan sebab itu apa yang aku fikir. Korang bincang apa nak kena buat. Aku akan bertolak ke Brunei esok. Aku nak dengar berita baik bila aku sampai sini nanti.", katanya sebelum keluar dari bilik mesyuarat itu.
Semua anggota polis yang berada di dalam bilik mesyuarat itu memandang Ezzat tanpa berkedip.
Ezzat mengnarik nafas sebelum bersuara. "Lan, kau dah dapat ke rakaman cctv dekat bank tu?", soalnya kepada Dahlan.
"Dah. Tapi macam tak membantu. Perompak tu dah buat langkah berjaga-jaga supaya tak mendedahkan identiti diorang", ujar Dahlan.
Ezzat terangguk-angguk. "Kereta yang diorang pakai tu? Dah cari?",
"Ada orang jumpa kereta tu dekat Rawang. Takde saksi.", sampuk Emily pula.
"Clishè. Apa lagi yang korang jumpa?", Ezzat menyoal lagi.

YOU ARE READING
HOUSEMATE
RandomBerkawan rapat sejak di bangku sekolah mendorong tiga orang gadis yang berbeza profession dan perwatakan untuk tinggal sebumbung. Masing-masing mempunyai kerjaya dan kisah cinta yang menimbulkan konflik antara mereka. Namun tanpa mereka sedari, terd...