Haikal memandu Mini Coopernya menuju ke Klang. Berdebar pula hatinya apabila memikirkan reaksi ibunya kalau dia meluahkan hasrat hati ingin memperisterikan Aida. Restu ke ibunya nanti?
Haikal tiba di hadapan sebuah rumah banglo. Walaupun rumah itu dibelinya sejak beberapa tahun yang lalu, tetapi hanya beberapa kali sahaja dia datang untuk singgah melawat ibu dan adiknya dalam setahun.
Kalau nak diikutkan, Haikal boleh saja minta cuti dua atau tiga hari untuk tinggal di rumah itu dengan lebih kerap tetapi dia berasa ralat untuk pulang ke rumah kerana hubungan dia dan adiknya yang dingin.
Haikal segera memadamkan perasaan itu. Niatnya untuk balik ni bukannya untuk cari gaduh tapi bertujuan baik. Dia ingin meminta restu ibunya untuk menikahi Aida.
Haikal memandang ke arah pagar rumahnya. Pagar itu terbuka. Mungkin ibu dah suruh Pak Wadi bukak pagar kot.
Haikal memakirkan keretanya masuk ke dalam rumah. Sempat juga dia menjenguk ke dalam pondok pengawal di sebelah pagar automatik itu tetapi tiada siapa di dalamnya. "Mana pulak Pak Wadi ni? Boleh dia biar pagar ternganga macam ni? Kalau ada orang masuk kang", Haikal mengomel.
Haikal menarik nafas sebelum keluar daripada Mini Coopernya. Dia perlahan-lahan membuka kasutnya lalu menolak tombol pintu. Senyap sunyi.
"Assalamualaikum... Ibu?", Haikal memberi salam. Dia terjenguk-jenguk ke segenap ruang tetapi tiada kelibat ibu mahupun adiknya di dalam rumah itu.
"Ibu, Haikal balik ni", masih tiada sahutan. Hanya bunyi kipas yang terpasang di ruang tamu kedengaran.
"Haziq?", Haikal memanggil nama adiknya pula. Kereta adiknya masih terpakir di luar jadi berkemungkinan adiknya ada di dalam rumah.
Diorang dekat belakang kot. Haikal melangkah ke dapur untuk menjengah ke halaman belakang.
Alangkah terkejutnya Haikal ketika menghala ke dapur dan terlihat sekujur tubuh terbaring di lantai dapur dengan berlumuran darah. "Ya, Allah!"
Haikal segera berlari mendapatkan tubuh yang kaku itu. "Ibu, ibu! Ibu!!!", tangan Haikal menggigil di saat dia melihatnya wajah ibunya yang pucat lesi dan lembik. Dia membaringkan kepala ibunya di atas pahanya. Dia tidak mempedulikan darah yang sudah membasahi baju dan seluar.
"Ibu, ibu bangun bu! Apa dah jadi ni ibu??!!", suara Haikal bergetar dan dia hampir mengalirkan air mata. Dia memerhatikan keadaan ibunya. Sebilah pisau terpacak tepat di perut wanita itu. Haikal tergamam.
Ibu Haikal tidak bersuara tetapi matanya separa terbuka. Mungkin sedang bertarung dengan kesakitan yang dialami. Akhirnya, air mata Haikal mengalir deras. Dia tidak mampu menahan sebak.
"Ibu, bangun bu!! Ibu!!!", Haikal menangis semahunya sambil tangannya tidak lepas menggerak-gerakkan tubuh ibunya yang tidak bermaya. Dia seolah-olah ketakutan dalam mimpi. Mimpi yang sungguh ngeri.
Haikal mengesat air mata. Dia perlu bertindak segera. Dia meninggalkan ibunya terbaring di lantai dapur lalu bangun untuk mendapatkan bantuan. Dia mengeluarkan telefon bimbit yang ada di dalam poket seluar jeannya lalu dengan tangan yang menggigil, dia mendail nombor kecemasan.
"Hai..Haik..kal", ibunya mengeluarkan suara yang tersekat-sekat. Haikal dengan cepat melutut semula lalu memangku ibunya. Telefon yang dipegang dibiarkan terhempas ke lantai. Ibunya lebih penting sekarang ini.
"Ma..afkan..ibu..kal... Ja..jaga..a..dik..Ha..aziq", ibunya berkata dalam menahan kesakitan. Suara erangan sesekali kedengaran daripada ibunya. Haikal menangis sekali lagi. "Ibu... ibu jangan pergi bu... Bagitau Haikal apa dah jadi ni bu! Ibu tolong bertahan!", Haikal menangis semahunya dalam pada dia tidak mahu kehilangan ibunya itu.
YOU ARE READING
HOUSEMATE
RandomBerkawan rapat sejak di bangku sekolah mendorong tiga orang gadis yang berbeza profession dan perwatakan untuk tinggal sebumbung. Masing-masing mempunyai kerjaya dan kisah cinta yang menimbulkan konflik antara mereka. Namun tanpa mereka sedari, terd...