BAB 21

112 5 0
                                    

Ezzat memanggil semua anggota polis yang menjadi pasukannya untuk berkumpul di bilik mesyuarat. Dia mengadakan mesyuarat tergempar kerana mendapat maklumat baru tentang kumpulan perompak yang dicari-cari oleh pihak polis selama ini.

"Kita baru dapat maklumat daripada Detektif Dahlan yang kumpulan perompak tu mempunyai hobi bermain gokart di Shah Alam. Diorang akan ke sana lagi Sabtu ni jadi kita kena berganding bahu untuk tangkap diorang. That's why kita perlukan perancangan yang rapi dan semua ahli digalakkan memberi idea bernas untuk rancangan ni. Kita tak boleh terlepas diorang kali ni. Ini je peluang yang kita ada.", hujah Ezzat sebagai pembuka kata.

"Apa kata kita hantar spy untuk pantau gerak-geri diorang?", cadang Sarjan Shahrul.

"No. Kali ni aku sendiri nak tangkap diorang dengan tangan aku. Dah lama kita tunggu peluang ni. Mana boleh hantar orang lain yang buat kerja.", ujar Yusuf bersemangat.

"Betul tu. Nak tak nak kita kena menyamar jugak Sabtu ni.", Inspektor Emily bersetuju.

"Tapi tak semudah tu. Selama setahun ni, diorang dah tau cara polis nak tangkap diorang. Kita kena fikir di luar kotak. Lagipun, takde pun salah seorang daripada kita yang kenal perompak tu.", Detektif Dahlan bersuara pula.

Ezzat juga memikirkan bagaimana cara untuk menyusun strategi. Tiba-tiba dia teringat lelaki berambut mohawk. Lelaki itu terakam di dalam cctv rompakan yang berlaku di rumah Mariam Musa baru-baru ini. Ezzat mendapat satu akal.

"Yusuf, ingat tak lelaki rambut mohawk?", soal Ezzat kepada rakan setugasnya.

"Mestilah. Aku dah siasat pasal dia tapi aku tak tahulah jampi apa yang dia pakai sampai komputer aku kena hack bila cari maklumat pasal dia. Orang-orang dia pun sama. But don't worry, aku akan usahakan lagi lepas ni.", terang Yusuf. Cuba menyakinkan Ezzat.

"Aku ada sorang kawan ni. Dia dah terlibat dalam pencarian kita ni secara tak langsung. Aku rasa dia boleh tolong kita tangkap perompak tu.", kata Ezzat serius.

"Siapa? Kenapa kitorang tak tau pun?", soal Emily hairan. Tak sangka ketua mereka seorang yang perahsia.

"Benda ni pun baru jugak. Dia doktor dekat Hospital Serdang.", kata Ezzat lagi.

"Doktor? Takpe ke?", soal Dahlan.

"Apa je yang dia boleh tolong? Rawat orang?", perli Yusuf pula.

Ezzat memandang Yusuf tajam. "Dia bukan je doktor malah dia tau lebih banyak maklumat daripada kita semua."

"So, dia nak join ke?", soal Emily.

Ezzat menghela nafasnya. "Aku tak tau. Lagi bagus dia join sebab dia kenal lelaki rambut mohawk tu."

Semua anggota polis yang berada di situ terkejut. Masing-masing mula membuka mulut.

"Macam mana dia boleh kenal?"

"Siapa dia tu?"

"Tak bahaya ke dia kenal dengan lelaki tu?"

"Entah-entah dia pun terlibat sama..."

Ezzat mengetuk meja itu dengan kuat suapaya perhatian tertumpu kepadanya. "Jangan buat spekulasi dulu. Dia orang biasa dan tak tau pun siapa sebenarnya lelaki mohawk tu. Aku akan tanya dia untuk join kita secepat mungkin.", Ezzat memeluk tubuh.

"Kau nak aku ikut ke?", Emily mencelah.

Yusuf yang duduk di hadapan Emily membuat muka menyampah. "Kenapa tiba-tiba pulak ni... Kan selalunya aku yang ikut Ezzat?", sindir Yusuf. Bukannya dia tak tahu yang Emily sebenarnya ada niat lain.

Emily menjeling Yusuf tajam. "Apa masalah kau? Salah ke aku nak ikut? Kau kalau nak ikut pun, ikut je lah."

"It's okay Emi. Kau pun tak payah ikut lah Yusuf. Aku tak nak dia rasa takut pulak kalau korang ikut sekali. Biar aku je yang slow talk dengan dia. Aku nak kita settlekan kes ni cepat. Kalau boleh sebelum chief balik dari Brunei. Biar dia tahu yang kita ni boleh buat kerja dan bukannya hampeh macam yang dia cakap.", kata Ezzat tenang tetapi mendalam. Kata-kata sindiran oleh Supt. Omar masih berbekas dalam hatinya.

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now