BAB 23

85 4 0
                                    

Sudah seminggu sejak pihak polis membuat tangkapan di Shah Alam. Dua daripada tujuh orang suspek berjaya diberkas. Malangnya, salah seorang daripada mereka bukanlah lelaki mohawk.

Peah diberi ganjaran sejumlah wang ringgit atas jasanya membantu pihak polis membuat tangkapan tersebut. Walaupun begitu, hatinya rasa tidak tenteram. Lelaki mohawk tidak lagi kelihatan di Hospital Serdang malah pesakit dalam bilik VIP 11 juga telah lesap secara tiba-tiba hasil serbuan polis. Peah berasa musykil. Mungkinkah lelaki itu sedang merancang sesuatu?

Kes pembunuhan Mariam Musa kini dilabel sebagai kes rompakan dan pembunuhan yang berlaku merupakan sebahagian daripada insiden tersebut. Oleh yang demikian, Haikal terlepas daripada tuduhan membunuh dan bakal dibebaskan tidak lama lagi. Aida merupakan orang yang paling gembira mendengar berita itu. Akhirnya, Haikal dapat hidup seperti sedia kala. Mungkin.

Aida dan Peah kebetulan tinggal berdua pada malam itu. Mereka sama-sama menyaksikan buletin utama yang disiarkan di televisyen. Berita tentang kes rompakan itu sedang rancak dibicarakan oleh pihak polis kepada wartawan.

"Ini kes rompakan dekat rumah Haikal kan?", soal Peah hairan.

Aida mengangguk tanpa bersuara. Dia menoleh ke arah Peah untuk membiarkan wanita itu meneruskan kata-katanya.

"Tak sangka aku boleh bantu pihak polis untuk lepaskan boyfriend kau. Ajaib.", Peah berkata kemudian tersengih.

"Maknanya kau tak nak tolong Haikal keluar penjara la? Zalim betul kau ni.", Aida mencubit lengan Peah dengan jarinya yang berbisa. Aida nampak lebih ceria selepas berita pembebasan Haikal.

"Sebenarnya, aku sendiri tak tau aku tangkap penjenayah untuk kes apa. Yang aku tau, penjenayah yang diorang nak tangkap ni bukan calang-calang.", ujar Peah sambil mengusap lengannya.

"Macam mana kau boleh berani buat keputusan nak join polis? Kau tak takut kena tembak ke? Nasib baik kau tak apa-apa. Kalau tak, arwah dah kau.", kata Aida lalu ketawa mereka terburai.

"Entahlah. Aku tak nak pun ada kaitan dengan polis ni tapi setiap kali Ins. Ezzat mintak tolong, aku rasa aku perlu lakukan sesuatu. Seolah-olah aku terima segala permintaan dia tanpa beban.", ujar Peah lagi bagi menjawab segala persoalan Aida.

Aida membuat muka. "Eleh, kalau kau dah suka dia, memang apa pun kau redah kan?"

"Tak jugak. Aku memang dilahirkan dengan naluri untuk menolong orang tapi sebab suka dia tu memang salah satu sebab la.", Peah ketawa lagi.

Kedengaran pintu rumah dikuak seperti ada orang sedang memasuki ke dalam rumah. Sarah akhirnya pulang dari klinik haiwan. Dia seorang sahaja yang tidak bercuti pada hari ini.

"Awal balik?", soal Aida kepada Sarah yang sedang membuka kasut di muka pintu.

"Saja aku balik awal sebab nak pergi JPN.", balas Sarah lalu mendekati dua orang rakannya.

"JPN? Buat apa?", soal Aida lagi.

"Ambik passport aku la. Kan kita nak pergi Perth bulan depan?", Sarah telah menempah passport sejak 6 bulan lepas sebagai persediaan.

Aida baru teringat tentang perancangan percutian mereka. Dia, Peah, Sarah, Natasya dan Adriana telah bersetuju memilih Perth sebagai tempat percutian mereka kerana tempatnya yang menarik, kos yang lebih murah dan tidak memerlukan transit untuk ke sana jadi boleh menjimatkan masa.

Aida langsung tidak membuat sebarang persediaan. Dia sibuk memikirkan tentang Haikal sejak kebelakangan ini jadi dia hilang arah.

"Aku... aku tak ingat pun.", kata Aida.

"Alah, it's okay. Ada sebulan lagi. Lagipun, kau dah memang ada passport kan?", Sarah juga yang bersuara manakala Peah seperti biasa menjadi orang tengah perbualan mereka.

Aida membisu kerana dia sedang memikirkan sesuatu. Peah dan Sarah hanya memerhatikannya dengan pandangan gusar.

"Aku rasa, aku tak join korang kot.", Aida bersuara semula.

Sarah memandang Aida tanpa berkelip. "What?"

"Sorry tapi aku tak rasa aku boleh join kali ni.", Aida menunduk serba-salah.

"No, because there is no more next time. This is the only chance. Are you out of your mind?", Sarah masih mengawal nada suaranya walaupun sedikit bengang dengan kenyataan Aida.

"Serious weh, aku tak boleh."

"Why? Apa alasan kau nak bagi?", Sarah mengangkat kening.

Aida melepaskan keluhan berat. "Haikal perlukan aku sekarang ni. Aku tak boleh nak happy-happy dengan korang kalau dia tengah sedih.", ujar Aida.

Sarah tergelak sinis kerana menahan marah lalu menyoal, "Kau gila ke apa? Apasal dengan kau ni?"

"Aku tak halang pun korang nak pergi so pergi je lah tanpa aku. Bukannya aku rosakkan plan ni pun", Aida menegakkan haknya.

"Aku kenal kau bukannya baru and yes, kau rosakkan plan ni. Five of us had planned everything and now you want to destroy it because of a man?", Sarah tidak dapat mengawal kemarahannya.

Peah sudah mula rasa tidak tenteram apabila melihat dua orang gadis itu bertengkar apatah lagi Sarah memang seorang yang baran.

"Dah la tu. Bincang cara elok boleh kan?", Peah akhirnya bersuara apabila keadaan semakin tegang.

"Aku tak sangka kau boleh anggap boyfriend lagi penting dari kawan-kawan kau sendiri.", sindir Sarah kerana terlalu geram. Dia sudah merancang segalanya untuk percutian ini dan padanya, keputusan Aida langsung tidak relevan dan berifkiran pendek.

"Suka hati lah.", Aida bingkas bangun daripada tempat duduknya lalu berjalan menuju ke bilik.

Sarah memandang tepat ke arah Aida dengan pandangan tajam. "Siapa aku pada kau? Siapa yang ada dengan kau masa kau susah senang? Aku ke Haikal?!", soal Sarah bertalu-talu dengan nada marah.

Aida tidak menoleh malah meneruskan langkahnya ke bilik.

Peah memandang Sarah. "Jangan jadi childish boleh tak?", kata Peah dengan nada suara mendatar. Sia juga tak mahu cari gaduh tetapi dia kesal dengan apa yang berlaku.

"Kau pun back up dia? The one who is acting like a child here is she. Not me.", Sarah menjeling.

"Aku tak nak back up sesiapa tapi kau fikirlah apa yang terbaik.", kata Peah lagi lalu menepuk bahu Sarah perlahan.

Sarah tidak menunggu lama untuk bersendirian di biliknya dan meninggalkan Peah tercegat di ruang tamu.

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now