BAB 31

101 6 0
                                    

Farid menjunjung, mencium dan menekapkan ke dadanya kitab suci Al-Quran sebanyak tiga kali setelah membaca isi kandungannya. Kemudian, dia memeluk kitab suci itu erat. Dia sayangkan kitab itu dengan sepenuh jiwanya. Dia mahu hidup berlandaskan ajaran yang bersemadi di dalam kitab tersebut. Sesungguhnya, Al-Quran merupakan panduan hidup umat Islam yang wajib dipatuhi.

Bunyi tarikan tombol pintu menganggu konsentrasi Farid untuk terus bertafakur. Dia ingin keluar dari biliknya untuk melihat siapakah yang membuka pintu.

Farid terlihat Rosie, kakaknya sedang terhenjut-henjut hendak menuruni anak tangga selepas keluar dari bilik. Mungkin hendak menyelinap keluar rumah. Dengan berpakaian ketat dan tidak cukup kain, Farid yakin bahawa Rosie hendak ke kelab malam.

"Ros, where are you going?", soal Farid yang menyebabkan Rosie tersentak.

Rosie membetulkan pakaiannya sebelum menoleh memandang Farid. "Clubbing. Nak join?", jawab Rosie mengada-ngada.

"Tak payahlah, sister. You better duduk rumah, tidur. Dengan pakaian macam tu, it's not nice for you to go out malam-malam ni.", tegur Farid kerana bimbangkan maruah kakaknya.

"It's not your problem. And what about you? Terperap duduk rumah dengan berbaju melayu bersongkok bagai. Tak bosan ke? Apa you buat?", perli Rosie kerana tidak puas hati Farid menegurnya.

"I'm praying. Waktu-waktu macam ni afdhal untuk kita dekatkan diri dengan Allah. Bukannya clubbing, sister.", balas Farid.

Sememangnya selepas waktu Isyak merupakan waktu yang terbaik untuk kita beribadat dan meneguhkan iman dengan Maha Pencipta.

Rosie langsung tidak tersentap dengan nasihat Farid malah dia sudah lali dengan nasihat orang yang belum makan lebih garam daripadanya.

"What are you praying for? We already have what we want. Bersyukur la.", balas Rosie.

Farid menggeleng. "We don't have Risa yet."

"Risa? Why Risa?", Rosie mengangkat kening.

"She need us, Ros. She need our prayers. She is suffering out there.",

"Risa? She has a better life now.", bantah Rosie.

"Apa bising-bising ni?", En. Idham yang sedang menaiki anak tangga untuk ke tingkat tiga rumahnya, menegur Rosie dan Farid kerana bertekak.

Rosie mengeluh panjang kerana rancangannya untuk menyelinap keluar rumah terbantut. Dia sangkakan ayahnya sudah tidur nyenyak di dalam bilik rupanya tidak.

"Ni ha, daddy. Farid tak habis-habis cakap pasal Risa.", Rosie menuding jari.

En. Idham mendekati dua orang anaknya itu apabila sudah menjejakkan kaki ke tingkat tiga rumah agamnya. "Kenapa dengan Risa?", soal En. Idham serius.

Farid memandang mata ayahnya yang menyinga. En. Idham memang pantang apabila nama Risa kedengaran. "Pihak polis dalam usaha nak tangkap penculik tu, daddy. Risa will be found soon.", kata Farid perlahan.

"Dia lari dengan perompak tu, Farid. She will not come back home.", ujar En. Idham. Sakit hati terhadap sikap Risa masih berbekas di hati. Bapa mana yang tidak kecewa apabila anak perempuannya lari rumah?

"No, dad. Risa was kidnapped. Trust me.", kata Farid bersunguh-sungguh. Dia berharap En. Idham dapat menerima kenyataan tersebut.

"Enough, Farid. Stop talking about her or daddy pulak yang naik angin nanti.", kata En. Idham tegas.

Farid menunduk walaupun di dalam hatinya masih mahu menegaskan bahawa kembarnya, Nur Farisa binti Idham bukan lari rumah tetapi diculik oleh manusia tidak bertanggungjawab. Tambahan pula, Risa masih hidup cuma diseksa dengan bahan merbahaya di dalam badannya yang membuatkan dia masih kaku.

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now