BAB 10

125 4 0
                                    

Sarah menolak pintu kaca di hadapannya. Dia teragak-agak untuk melangkah masuk ke dalam kerana itu pertama kalinya dia datang ke klinik veterinar di mana Zubir berkerja. Terdapat pelbagai poster haiwan peliharaan di dinding klinik itu ketika dia berjalan menuju ke kaunter. Susun atur kerusi di lobi juga tampak kemas dengan tona warna biru hijau yang menarik.

"Er.. hai", sapa Sarah kepada seorang gadis yang berada di kaunter tersebut.

"Ya, cik. Ada apa?", soal gadis bertudung kecil molek tersebut.

"Saya, Sarah Aina. Sepatutnya hari ni saya masuk kerja kat sini. Doktor Zubir ada?

"Oohh... Cik doktor praktikal tu kan? Doktor Zubir tak masuk kerja hari ni", ujar jururawat tersebut.

Sarah mengangguk dalam pada gelabah. Dia ni takde la pulak.

"Tapi takpe, cik boleh mula bertugas hari ni. Saya boleh tunjukkan bilik-bilik dalam klinik ni kalau cik nak. Bilik cik pun dekat situ je.", gadis itu menyambung lalu menunjukkan pintu bilik yang terdekat di situ.

Sarah mula gelabah. Dia panik sebab kena bertugas hari ini apatah lagi Zubir tak ada untuk membimbingnya. Bagaimana kalau dia buat silap?

Seorang lelaki yang berpakaian kemas masuk ke dalam klinik tersebut lalu menuju ke arah kaunter. "Mun, fail kucing nama Snowbell tu mana?", kata lelaki tersebut tanpa mempedulikan Sarah yang ada di sebelahnya.

"Oh, kejap ya doktor.", gadis itu berlalu masuk ke dalam bilik yang ada di belakangnya. Sarah yang merasa janggal langsung tidak bersuara mahupun memandang lelaki itu. Lelaki itu pula baru perasan kehadiran Sarah. Dia memandang wanita itu pelik tetapi dia juga tidak menyapa.

Sarah berdebar. Cepatlah apa aku nak buat ni. Dia kemudiannya menoleh ke arah lelaki yang memang daripada tadi memandangnya. Dia memandang lelaki itu, lelaki itu juga memandangnya. Mereka saling berpandangan. Kemudian gadis itu masuk semula dengan memegang sekeping fail. Fail itu kemudiannya dihulurkan kepada lelaki itu.

Sarah dan lelaki itu menjauhkan pandangan masing-masing. Lelaki itu menyambut fail di hadapannya. "Siapa ni?", soal lelaki itu kepada gadis yang bernama Mun itu.Dia merujuk kepada Sarah.

"Ni doktor praktikal yang Doktor Zubir bawa. Dia masuk kerja hari ni. Cik Sarah, ni Doktor Karim.", ujar gadis itu lalu memperkenalkan kedua-duanya.

Lelaki yang bernama Karim tersebut membuat muka berpuas hati. Sarah melemparkan senyuman ringkas tanda salam perkenalan.

"Sarah, pergilah masuk bilik awak tu. Kita bergilir-gilir kalau ada patient hari ni. Dengar kata, awak graduate dengan terpuji so mesti awak pro kan?", Karim bersuara.

Muka Sarah memerah kerana malu. "Eh, biasa je"

Karim kemudiannya berjalan masuk ke dalam biliknya diikuti Sarah.

Sarah membuka pintu biliknya. Hanya terdapat meja kerja dan kerusi di bilik itu. Sarah berjalan menuju ke meja tersebut. Baru dia perasan terdapat sekeping nota di atas mejanya.

First day on work and I'm not here. Sorry and make yourself comfortable at new place ;)

Zubir

Sarah tersenyum sendiri. "Kenapa nak kena bagi note? Call kan boleh..."

.__________.

Aida memecut laju di lebuhraya Plus menuju ke negeri Perak. Seronok dia apabila mendapat kebebasan untuk menunggang motosikal dengan kelajuan 150km/j.

Dalam masa 2 jam sahaja, dia sudah tiba di susur keluar Taiping. Kemudian dia memandu pula ke Louis Hotel di mana dia akan menginap selama 3 hari 2 malam.

Setelah menerima kunci, dia menuju ke biliknya yang berada di tingkat paling atas. Ada beberapa orang pekerja yang memerhatikannya kerana berpakaian ranggi dan hanya membawa backpack di belakang. Sangat sempoi. Lagipun dia pergi ke situ bukan untuk bercuti tetapi atas tuntutan kerja.

Dia memasuki bilik di mana dia menginap. "Wow...", Aida terlopong seketika apabila membuka lampu bilik tersebut dan tersergamlah sebuah kamar yang cukup luas dengan katil bersaiz king. Matanya bercahaya dalam keseronokan.

Dekorasi di dalam bilik itu ringkas tetapi menerapkan unsur moden. Aida meneliti segenap ruang di dalam bilik tersebut. Aida melompat-lompat di atas lantai marmar yang sejuk dan menyamankan.

Setelah puas meneliti segenap ruang, dia mencapai telefonnya lalu pergi keluar balkoni. Dia mendail suatu nombor lalu menekapkan telefon tersebut di telinga kirinya.

Haikal yang sedang bekerja di pejabatnya, tergopoh-gapah menjawab telefon setelah mengetahui si pemanggilnya ialah Aida.

"Hello"

"Hello. Buat apa tu?", Aida menjawab.

"You ke ni? Betul ke you yang call I ni? Aida ke?", Haikal menyoal tidak percaya.

"Ye lah. Kenapa?",

Haikal tersenyum kegembiraan. "Tak pernah-pernah you call I. Kenapa call?"

"Saja. Tak boleh ke? Kalau tak boleh takpelah...", Aida buat nada merajuk.

"Eh, eh. Of course la you boleh call. Anytime okay",

"Hurm... Rindu la", Aida mengerut muka kerana malu. Tak pernah dia bersikap terlalu jujur dengan Haikal begitu.

Haikal terpempam. Dia menjadi tak tentu arah tetapi dia mengawal perasaannya itu. "Haih... Belum sehari tinggalkan I dah rindu dah? Ada dua hari lagi tau. Sanggup ke?"

Aida tersengih. "Ish, mana ada lah! Saja je kasi you gila sekejap.",

"But sayang, if you really missing me, I can go there ASAP if you want.", Haikal bernada serius.

"Tak payah la. I okay. I just bosan je sebab baru sampai sini. How's work?", soal Aida.

Haikal mengeluh panjang. "Okay. Just busy sikit but it's okay, I still can handle it."

"Kalau macam tu, takpelah. You sambung kerja. Kerja elok-elok.",

"Okay. Take care okay sayang. Please come back safe and sound. I'll wait."

Terharu rasa hati Aida mendengar ucapan Haikal yang kedengaran sangat ikhlas. Aida membalas sebelum mematikan panggilannya. Arghh... Aku rindu dia. Haikal...

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now