Hari ini buat pertama kalinya Sarah mengikuti Zubir merawat haiwan di Zoo Negara. Sepatutnya tugas itu milik Karim kerana dia adalah salah seorang veterinar professional di zoo tersebut tetapi Zubir diberi kepercayaan untuk menaikkan namanya sebagai seorang veterinar muda. Di samping itu. Sarah juga boleh menempah nasib. Macam tak percaya sahaja doktor baharu sepertinya diberi peluang untuk menunjukkan kemahiran merawatnya kepada haiwan di zoo.
Ternyata angan-angannya meleset. Dia tidak menyangka bahawa dia perlu merawat seekor anak singa berusia 6 bulan yang terkena jangkitan. Tambahan pula, anak singa tersebut merupakan anak singa yang cacat kerana lahir tidak cukup bulan.
Malang sekali buat Sarah dan Zubir, mereka kehilangan peluang untuk menyelamatkan anak singa tersebut kerana mengalami komplikasi ketika pembedahan. Sarah dipersalahkan oleh Zubir kerana bersikap gelabah ketika pembedahan.
"Doc, I am so so so sorry", Sarah mengejar Zubir apabila keluar sahaja dari bilik pembedahan.
"Jangan mintak maaf dengan aku. Mintak maaf dekat orang dalam zoo ni sebab anak singa yang diorang bersusah-payah bela selama ni, dah mati", Zubir berkata dengan nada perli.
"I know. Saya tau doktor pun kecewa. Tapi staf sendiri kata yang tekanan darah Belly memang rendah. Dari awal lagi peluang untuk dia hidup 20% je. Doktor tau tu kan?", ujar Sarah untuk memperbetulkan keadaan. Belly ialah nama anak singa itu.
"Stop it. You've ruined everything. Kau dah musnahkan harapan aku", kata Zubir sebelum pergi meninggalkan Sarah kegelisahan.
Zubir tanpa teragak-agak memandu keretanya keluar dari Zoo Negara. Darahnya yang menggelegak kerana marah tidak boleh disejukkan. Dia betul-betul kecewa. Baginya, tindakan Sarah dalam bilik bedah tadi sungguh tidak professional lalu mencalarkan namanya sebagai seorang pebimbing.
Dia terus memecut berpuluh kilometer laju. Pendingin hawa di dalam keretanya semakin lama semakin mendamaikan hatinya. Dia mula berfikir secara waras. Kemudian baru dia tersedar sesuatu. "Ya Allah, Sarah...", Zubir membuat u-turn lalu menuju semula ke Zoo Negara. Dia baru teringat bahawa wanita itu datang bersamanya tadi. Jika dia tinggalkan Sarah, bagaimana wanita itu hendak pulang?
Sarah duduk di atas bangku di luar pintu masuk zoo. Dia meraup wajahnya berkali-kali kerana terkilan. Dia tidak menyangka yang Zubir begitu baran apatah lagi apa yang berlaku itu terang-terangan bukan salahnya.
Bukannya aku tak cuba tapi aku dah cuba sehabis baik kan? Kalau dah ajal, memang tak boleh buat apa la. Apalah nasib aku ni...
Zubir mencari Sarah di mana tempat mereka bertekak tadi tetapi tidak ada. Dalam bilik rawatan pun tidak ada. Dia meluaskan kawasan cariannya sehingga dia sempat melawat pelbagai jenis haiwan di dalam Zoo Negara tetapi kelibat wanita itu masih tidak dijumpainya. Mana pulak dia pergi ni?
Dia keluar dari pintu hadapan zoo itu lalu meneruskan carian. Dia terpandang ke arah satu bangku di mana terdapat seorang wanita bertudung menunduk memeluk lutut. Zubir menghembus nafas lega.
Zubir melutut di hadapan Sarah yang masih kaku. Wajah Sarah tidak kelihatan kerana dia menekup wajahnya dengan paha. Mungkin menangis kerana sedih dimarahi Zubir tadi.
"I'm sorry...". Zubir meminta maaf.
"Aku terbawak-bawak perasaan. Aku tah aku salah. Aku tak patut marah kau lepas tu tinggalkan kau. I just felt so bad", Zubir masil lagi melutut.Dia mencuit bahu Sarah untuk mengejutkan wanita itu tetapi wanita itu masih tidak mahu mengangkat muka. "Sarah, I'm sorry..."
"Sarah... Sarah", Zubir memanggil nama wanita itu berkali tetapi dia seolah-olah tidak mendengar. Zubir mulai risau dia menggerakkan bahu Sarah dengan lebih kuat.
"Sarah, wake up!"
Sarah tersentak dari tidurnya. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan kerana terkejut. "What? Apa jadi?", Sarah menyoal seperti orang dungu.
Zubir mencebik. "Kau tidur ke?", soal Zubir.
Sarah tersengih malu. Dia membetulkan tudung yang sudah kemik.
Zubir menggeleng. Panas pula rasa hatinya kerana semua yang dikatakannya tadi hanya satu pembaziran air liur. Boleh dia tidur dekat sini? Cuaca panas pulak tu.
Dalam kereta, mereka berdua hanya diam membisu. Tanpa Sarah sedari, Zubir membawanya ke Shah Alam. Jauh terpesong dari destinasi mereka yang sepatutnya.
Setelah beberapa ketika, barulah Sarah perasan signboard yang tidak sepatutnya. "Eh, kita salah jalan ni doktor", tegur Sarah. Zubir meneruskan pemanduannya tanpa mempedulikan kata-kata Sarah.
Setia City Mall. Mereka tiba di pusat membeli-belah tersebut. Sarah terpinga kerana tidak tahu apa agenda Zubir sebenarnya. Tetapi dia tak mahu menyoal lagi kerana berkecil hati. Dia ikut sahaja di mana kaki Zubir melangkah.
Mereka menuju ke padang di luar bangunan Setia City Mall. Ramai orang yang melakukan aktiviti di padang tersebut tetapi tidak seramai orang pada hari minggu.
Sarah masih hairan apa yang cuba dilakukan oleh Zubir. Mereka meneruskan langkah sehingga ke tengah padang tersebut. Mujurlah awan menutupi matahari pada ketika itu.
Zubir melabuhkan punggungnya di atas rumput padang itu. Sarah masih berdiri tegak dan tidak mengikut langkah Zubir.
Zubir menepuk-nepuk rumput di sebelahnya. "Have a seat"
Sarah membuat muka tetapi dia tidak membantah kerana kakinya sudah penat berjalan. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Zubir.
"Apa kita buat ni?", akhirnya Sarah menyoal.
"Mententeramkan hati", Zubir menjawab sambil matanya lepas ke depan.
Mereka diam sejenak. Sarah merasakan satu perasaan yang cukup tenang dalam dirinya. "Takpe ke kita tak balik klinik sekarang ni?"
"Karim ada. Lagipun...", Zubir menoleh memandang wajah putih Sarah. Mungkin diselaputi tepung solekan. "...I want to spend more time with someone special"
Sarah hanya mendiamkan diri. Dia membuang jauh-jauh rasa geli di perutnya itu lalu mengelak pandangan Zubir.

YOU ARE READING
HOUSEMATE
RandomBerkawan rapat sejak di bangku sekolah mendorong tiga orang gadis yang berbeza profession dan perwatakan untuk tinggal sebumbung. Masing-masing mempunyai kerjaya dan kisah cinta yang menimbulkan konflik antara mereka. Namun tanpa mereka sedari, terd...