BAB 24

81 4 2
                                    

Aida membawa dirinya ke rumah ibu bapanya di Rawang ekoran pertelingkahan yang berlaku antara dia dan Sarah. Dia perlukan masa untuk menenangkan hati yang tidak tenteram di samping membiarkan hati Sarah sejuk. Dia jujur masih mahu bersama Haikal dan oleh kerana itu, dia tidak mahu Sarah ternampak gerak-gerinya. Biarlah dia pulang ke tempat asal terlebih dahulu sehingga perkara ini selesai.

Setelah tiga minggu menanti, akhirnya Haikal dibebaskan pada hari ini. Aida tidak sabar hendak menjemput Haikal di penjara Kajang dan melepas rindu. Dia rindu melihat Haikal tanpa beruniform penjara.

Aida menuruni anak tangga dengan cermat lalu berjalan ke dapur. Ibu dan abangnya yang sedang menonton berita, diendahkan semasa perjalanannya ke dapur itu.

"Jate hok bunuh mok dio tu, bebah doh ko? ", Pn. Rohana menyoal anak lelakinya dalam dialek Kelantan. Lidah ibu Aida memang tidak lekang daripada berloghat negeri kelahirannya walaupun sudah lama tinggal di bandar.

"Jolo ko buke dio hok bunuh? Jange-jange polih saloh siasat.", balas abang Aida yang menuduh polis salah siasat tentang kes pembunuhan itu.

Telinga Aida peka mendengar perkara yang dibualkan oleh ibu dan abangnya. Mereka berkata sesuatu yang melibatkan seorang lelaki yang membunuh ibu dan polis. Bunuh? Mak? Polis?

Aida berlari ke depan untuk melihat berita yang ditonton mereka. Sah. Berita itu berkisar tentang Haikal yang bakal keluar penjara petang nanti.

"Bakpo pulok Ida laghi nih? ", Pn. Rohana menegur Aida yang berlari dari dapur.

Aida menggeleng malu. "Umi, bakpo umi tengok beghito ni? ", soal Aida bertanyakan mengapa ibunya menonton berita tersebut.

"Sebab jate hok bunuh mok dio tu tubik jagho haghi ni. Tok suko la umi tengok. Doh la namo Haikal.", Pn. Rohana tidak berapa berkenaan apabila lelaki yang dituduh pembunuh sebelum ini bakal dibebaskan. Tambahan pula, nama Haikal dianggap seorang yang berpesonaliti nakal dan keras kepala pada pandangan ibu Aida.

Aida hanya diam membisu. Hatinya sentap kerana lelaki yang tidak disukai oleh ibunya itu merupakan buah hatinya.

Aida meminjam kunci kereta kakaknya untuk menjemput Haikal di penjara Kajang. Secara senyap-senyap Aida menyusup keluar.

"Hah, nok gi mano pulok tu?", Pn. Rohana dapat menangkap gerak-geri Aida.

"Jumpa kawan.", kata Aida sebelum menutup pintu rumah.

.__________.

Haikal mengucapkan terima kasih kepada pegawai yang menjaga pintu keluar penjara itu. Setelah melangkah keluar, dia menadah tangan memanjatkan doa dan syukur atas nikmat yang dikurnikan oleh-Nya. Walaupun diuji kuat, Haikal tidak pernah menyalahkan takdir malah menganggap setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Beberapa minit menunggu di perhentian bas, sebuah kereta berhenti di hadapan Haikal.

Aida keluar dari perut keretanya lalu melemparkan senyuman kepada Haikal yang berambut pendek. Haikal juga membalas senyuman Aida.

"Masuklah.", pelawa Aida. Haikal hanya menurut.

Setelah Haikal selesa di tempat duduk penumpang, Aida memulakan pemanduannya.

"Apa khabar?", sapa Aida sebagai pembuka bicara.

"Baik, alhamdullillah. You?", soal Haikal semula.

"Good. I bersyukur sangat you dapat keluar.", balas Aida suka.

Haikal tersenyum. "It is not too bad duduk dalam penjara you know?"

"Why?"

"Selama tiga minggu I duduk dalam tu, macam-macam benda I belajar. Plus, I dapat muhasabahkan diri I dan dekatkan diri dengan Allah. Bayangkan kalau I tak masuk penjara. I takkan dapat experience semua ni.", ujar Haikal tenang.

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now