Peah berdandan cantik pada hari itu. Dia telah pun memilih pakaian yang sesuai untuk dipakainya. Dia mesti kelihatan menarik tetapi sopan di hadapan Ezzat.
Teruja hati Peah apabila polis itu menelefonnya beberapa hari lepas untuk mengajaknya keluar. Mujurlah dia dibenarkan mengambil cuti pada hari ini jadi dapatlah dia meluangkan sedikit masa dengan Ezzat, lelaki idamannya.
Ezzat menunggu di kaki bangunan kondominium sambil bersandar keretanya. Dia mengenakan kemeja lengan panjang bewarna biru dengan seluar jeans yang kasual tetapi bergaya.
Peah menghampiri Ezzat teragak-agak kerana tidak yakin dengan penampilannya yang serba ringkas. Handsomenya dia!
Ezzat segera berdiri menghadap Peah apabila wanita itu sudah berada di hadapannya. Walaupun hanya menggayakan blaus hijau dengan skirt labuh, sudah cukup untuk membuat Ezzat terpukau.
"Hai.", sapa Peah ringkas untuk mengelakkan kejanggalan antara mereka.
"Hai.", balas Ezzat mesra.
"Kita nak pergi mana ni?", soal Peah.
"Kita pergi makan la. Awak dah makan?", Ezzat pula menyoal.
Peah menggeleng perlahan.
"Kalau macam tu, jom la.", Ezzat berjalan ke tempat duduk pemandu manakala Peah tempat duduk penumpang hadapan.
Ezzat membawa Peah ke sebuah restoran Thai di Kuala Lumpur. Salah satu meja di dalam restoran yang bertarafkan 4 bintang itu sudah ditempah oleh Ezzat selepas Peah bersetuju untuk keluar dengannya.
Seorang penyambut tetamu membawa mereka berdua ke meja makan yang bersebelahan dengan dinding kaca dan agak tersorok di dalam restoran itu. Saja Ezzat memilih kedudukan itu untuk manaikkan mood romantis.
Segan rasanya Peah apabila Ezzat menarikkan kerusi untuk menjemputnya duduk. Dia rasa istimewa diperlakukan sedemikian.
Ezzat duduk di hadapan Peah. "Cantik tak meja ni? Saya suruh diorang hias bagi cantik.", ujar Ezzat.
Peah memerhati keadaan meja makan mereka yang dihias cantik dengan alas meja berwarna merah serta terdapat sekuntum bunga ros putih diletakkan di dalam pasu di pusat meja itu.
"Cantik gila.", balas Peah teruja. Dia buat semua ni untuk aku ke?
Tidak lama kemudian, seorang pelayan tiba dan memberikan pilihan menu untuk mereka berdua. Pelbagai jenis masakan Thai menjadi tarikan tetapi Peah berasa gusar untuk memilihnya.
"Saya nak satu set Tom Yam dengan fresh orange. Doktor?", Ezzat sudah memilih menunya.
Peah memandang Ezzat berkerut. "Bagi saya Nasi Goreng Thai dengan teh'o ais je la."
"Tu je? Pilih la lagi. Saya belanja.", kata Ezzat lemah lembut.
"Takpe. Itu je.", Peah menghulurkan buku menu itu kepada pelayan semula selepas membuat pesanan.
Kejanggalan mula menerpa mereka berdua sebaik sahaja pelayan itu beredar.
"Tak ada orang nak marah ke doktor keluar dengan saya ni?", baru terlintas di fikiran Ezzat tentang status wanita di hadapannya.
"Siapa pulak nak marah?", Peah tidak mengerti dengan soalan Ezzat.
"Manalah tahu doktor ni dah berpunya. Kang tak pasal-pasal lebam mata saya bila balik nanti sebab ada orang marah.", Ezzat berseloroh.
"Ooh...", Peah akhirnya faham. "Kalau saya ni ada boyfriend, takdenya saya nak keluar dengan inspektor.", jawab Peah tenang. Dia juga ingin bertanyakan hal yang sama kepada inspektor itu tetapi dia tidak mahu menampakkan bahawa dia sedang menggatal.

ANDA SEDANG MEMBACA
HOUSEMATE
RandomBerkawan rapat sejak di bangku sekolah mendorong tiga orang gadis yang berbeza profession dan perwatakan untuk tinggal sebumbung. Masing-masing mempunyai kerjaya dan kisah cinta yang menimbulkan konflik antara mereka. Namun tanpa mereka sedari, terd...