Sarah membersihkan dirinya setelah selesai melakukan pembedahan untuk memandulkan seekor kucing. Dia mencuci tangannya dengan tekun untuk menghilangkan segala kotoran walaupun dia melakukan pembedahan dengan memakai sarung tangan. Memang itu prosedurnya jadi dia hanya menurut untuk mengelakkan penyakit.
Selepas itu, dia berjalan menuju ke biliknya. Belum sempat dia hendak melabuhkan punggungnya di atas kerusi, pintu biliknya diketuk.
"Masuk", Sarah memberi kebenaran.
Wajah Zubir muncul di muka pintu biliknya. Sarah mengangkat kening. "Kenapa?"
"Dah pukul 1. Jom lunch?", pelawa Zubir sambil memeluk tubuh.
"Doktor Karim mana? Dia tak nak join sekali ke hari ni?", Sarah bertanyakan tentang doktor yang pernah dijumpainya ketika pertama kali masuk ke klinik itu.
"Dia takdelah. Tak payahlah asyik tanya pasal dia. Kalau dia ada pun, dia mesti tak nak join", Zubir mengherot mulut.
Sarah mencebik. Asyik takde je dia ni. Mana dia pergi?
"Jap", Sarah mengambil beg tangannya sebelum mendekati pintu di mana Zubir berada.
Sejak bekerja di klinik itu, tak pernah sekali pun Sarah terlepas untuk keluar makan tengah hari dengan Zubir. Pada mulanya, kekok juga kerana asyik berdua-duaan dengan lelaki itu. Tetapi sekarang dia sudah biasa. Malah rasa selesa kerana ada yang menemani.
"Kenapa Dr. Karim selalu tak ada eh? Dah berapa hari dah aku tak nampak dia", Sarah bersuara bagi menghilangkan rasa sunyi di dalam kereta Zubir.
"Kan aku dah kata jangan asyik tanya pasal dia", Zubir fokus dalam pemanduannya.
"Tanya pun salah ke? Apa yang penting sangat sampai kau tak nak bagitau?", Sarah masih berkeras inginkan jawapannya.
Zubir mengeluh. "Dia tu memang jarang ada dekat klinik sini. Dia bertugas dekat cawangan lain", ujar Zubir.
"Cawangan lain? Berapa banyak klinik dia ada?"
"Ada lah dalam 3 or entah. Aku tak ambik tahu sangat. Dia tu kan doktor pakar. So, kalau bukan sebab dia ke klinik lain pun, ada lah orang yang panggil dia. Kau ingat dia takde life ke?", omel Zubir.
"Macam mana kau boleh kerja dengan dia?", soal Sarah lagi.
"Dia ajak aku join dia bukak klinik ni. Aku on je la sebab aku pun tak suka kerja under orang. Lagipun kitorang kawan lama. So, aku rasa selesa."
"Kalau dia selalu takde macam ni, siapa yang ganti tempat dia sebelum ni?", makin galak Sarah menyoal.
"Takde siapa la. Aku kerja sorang. Sebab tu lepas kau habis belajar je, aku nak kau kerja dengan aku", Zubir memandang Sarah sekilas.
Sarah mengangguk faham. Patutlah...
"So, macam mana lepas kerja sini? Best?", giliran Zubir pula menyoal.
"Not bad. Tapi tu lah. Bosan sebab asyik mengadap muka kau je tiap-tiap hari", jawab Sarah selamba.
Zubir tergelak kecil. "Just admit yang muka ni lah yang kau nak tatap tiap-tiap hari kan?", bentak Zubir.
Sarah membuat muka menyampah. Dia kemudiannya hanya membisu sehinggalah mereka sampai ke sebuah restoran.
Setelah memesan menu, Zubir meminta diri untuk ke tandas. Sarah yang kebosanan menunggu pun mula membelek telefon bimbitnya. Dia membuka aplikasi Twitter, Instagram dan Whatsapp berkali-kali.
Sedang dia membelek, dia tak sedar ada dua pasang mata yang sedang memerhatikannya.
"Nash, tu macam Sarah je", Hadi menunjukkan seorang wanita yang berada di meja tidak jauh dari mereka kepada Nashrul. Nashrul menoleh untuk membuat proses pengecaman.
YOU ARE READING
HOUSEMATE
RandomBerkawan rapat sejak di bangku sekolah mendorong tiga orang gadis yang berbeza profession dan perwatakan untuk tinggal sebumbung. Masing-masing mempunyai kerjaya dan kisah cinta yang menimbulkan konflik antara mereka. Namun tanpa mereka sedari, terd...