MEREDITH - Neesa Jamal

8.2K 266 31
                                    

         

"S?"

"Ya, Meredith?"

"Saya terima panggilan dari kampung tadi siang."

"Ehm? Dari siapa? Kakak kamu?"

"Bukan, sayang."

"Then?"

"Dari arwah bapak saya."

Ternyata manusia ini aneh dan sukar sekali untuk difahami. Saya merenung wajah Meredith dalam-dalam. Saya cuba mencari signal bahawa dia akan ketawa sebaik sahaja dia menyebut ayat "Dari arwah bapak saya." tadi. Tidak ada sebarang signal, melainkan mimik wajah serius yang saya dapati darinya. "Kamu serius, M?" Saya tahu dia serius tapi saya sengaja mahu double-confirm.

Untuk memahami seorang perempuan saya tak hanya perlu observe (padahal saya sangat-sangat tidak suka memerhatikan orang apalagi perempuan hanya untuk memahami mereka), tapi perlu juga ditanya apa isi hati mereka supaya kita (lelaki) tidak lost. Perempuan itu ibarat labirin dan... ya, ianya sangat memeningkan bagi sesetengah lelaki yang bukan feminist.

"Saya lapar, M. Mau saya bikin grilled sandwich buat kamu?"

Meredith menggeleng dengan lemah. "Kamu mau dengar cerita saya atau tidak, S?"

Saya memeluk pinggang Meredith dan mengucup lembut dahinya kemudian perlahan bangun dari sofa. Sambil berjalan ke arah dapur, saya rasakan bahawa saya perlu melayani karenah isteri saya yang seorang itu. Lalu saya lepaskan keluh dengan perlahan dan hati-hati supaya dia tidak mendengarnya. "Iya, sayang. Teruskan cerita kamu."

"Jadi begini ceritanya, sayang.." Meredith juga bingkas bangun dari sofa dan berjalan ke arah dapur lalu memeluk saya dari belakang.

###

"Jadi kamu sembunyikan telefon bimbit di dalam coffin bapak?" Sudah banyak cerita mengarut yang saya dengar daripada mulut isteri saya, tapi yang satu ini... yah, bunyinya seperti Meredith benar-benar telah melakukannya.

"Iya. Ketika saya mencium bapak buat terakhir kali dengan pantas saya menyembunyikan telefon bimbit di celah coffin orang tua itu supaya dia boleh menelepon saya dari dalam kubur nanti. Ternyata dia dapat membaca niat saya, S!"

Isteri saya sudah gila barangkali. Apa yang telah dia makan tengahari tadi? Ada apa dengan kamu, M? Kenapa kamu mendadak jadi tidak waras? "Dia ada cakap apa-apa?"

"Ada." Meredith menyedut vanilla milkshake yang saya sediakan untuknya. "He said he wanted to come over to our house this coming Friday."

###

"This is you. The old you. The man who still has the perfect woman as his wife. The woman that your dear MOTHER loves the most."

Satu tube ubat gigi berjenama Darlie dimainkan di hadapan mata lelaki yang sedang memandangnya dengan wajah keliru. Lalu perempuan itu dengan perasaan kecawa membuka penutup tube dan mula menekan keluar isinya hingga habis.

"Ini kamu ketika kamu sedang sangat-sangat mencintai dia. Kamu sanggup bangun dari tidur pada jam 3 pagi, memandu keretamu daripada Desaru ke Singapura semata-mata untuk membelikannya satu set burger keju McDonald's. Kamu sangat mengenalnya hingga belum sempat dia memberitahu kamu apa yang dia mahu, kamu sudah ada jawabannya di hujung sarung akalmu."

Perempuan itu terus memicit keluar sepenuhnya isi tube ubat gigi dengan mata berkaca.

"Kamu terlalu memujanya hingga semua yang kamu miliki kamu telah berikan kepadanya. Hingga hari ini segalanya masih untuk dia. Perasaan kamu, ingatan kamu semuanya masih untuk dia bukan? Perhatian kamu, sayang kamu, cinta kamu, senyuman kamu. Semuanya, untuk dia. Hingga satu hari, kamu dengan tak sengaja telah melakukan salah yang tak kurang besar. Lalu, dia tinggalkan kamu."

CERPEN HARI JUMAATWhere stories live. Discover now