ROTI DARI SYURGA - Hanani Natasya

7.8K 378 24
                                    

         

Alif betul-betul sudah pokai. Wang terakhir di dalam dompetnya sudah habis diberikan kepada seorang budak lelaki yang dijumpa di luar pejabatnya semasa dia bergegas untuk pulang ke rumah.

"Bang, ada duit sikit tak? Saya dah dua hari tak makan." Budak lelaki yang berumur dalam lingkungan 11 tahun itu kelihatan comot dan berpakaian lusuh memandang Alif dengan wajah yang meminta simpati.

Alif membuka dompetnya dan melihat hanya ada sekeping not lima ringgit di dalam. "Alamak dik. Abang pun tengah takda duit ni. Sorry la eh."

Wajah budak itu menjadi lebih sedih. "Ala bang, takkan sikit pun takde? Saya betul-betul lapar ni. Ada sikit pun jadi lah bang."

"Aduh. Aku bukan taknak tolong lah."

Selain daripada duit yang tak mencukupi, Alif sebenarnya berasa berat untuk menolong budak itu kerana dia risau kalau-kalau budak itu menipunya, memandangkan sekarang sindiket menghantar budak kecik untuk meminta derma semakin berleluasa. Alif melihat jam di tangan kirinya.

"Sorry la dik eh. Adik pergi mintak kat orang lain eh. Abang dah lambat ni."

"Tolong lah bang. Saya dah dua hari tak makan ni..." Suara budak itu bergetar. Matanya pula sudah bergenang.

Aduh, nak menangis pulak ke budak ni! getus Alif dalam hati. Alif memandang kiri kanan. Beberapa orang sedang memandang ke arah mereka selepas melihat budak itu yang seperti mahu menangis. Alif berasa serba salah. Takut dianggap kejam oleh mereka. "Ala dik, jangan lah nangis. Malu la orang tengok."

Namun budak itu seperti tidak mahu mendengar. Dia menangis dengan kuat sehingga menarik perhatian lebih ramai orang yang lalu-lalang. Ada yang menggeleng melihat Alif.

"Ish, yelah yelah. Nah, ambik duit ni. Berhenti lah nangis tu." Pantas duit lima ringgit terakhirnya itu dihulur pada budak itu.

Budak itu tersenyum sambil mengesat air matanya. "Terima kasih bang! Semoga murah rezeki."

Alif hanya mengangguk sebelum bergegas meninggalkan budak itu. Segelintir orang masih memandang Alif seperti tak berpuas hati. Kalau ikutkan hati, mahu saja Alif menjerit pada mereka.

Pehal pandang aku? Diri sendiri pun tak nak tolong budak tu. Ada hati nak judge aku pulak!

***

Hari itu hari Jumaat. Alif bangun lewat memandangkan hari itu cuti awam di negeri yang didudukinya. Perutnya yang berbunyi meminta untuk diisi membuatkan Alif terjaga dari tidur. Alif menggeliat sebelum mencapai handphone-nya di bawah bantal. Skrin handphone-nya dihidupkan kemudian Alif melihat jam pada skrin itu.

2.00pm.

Alif melepaskan keluhan. Dia terlepas solat Jumaat lagi. Ini bukanlah kali pertama. Sudah beberapa kali dia tidur tak sedarkan diri sehingga terlepas untuk ke masjid. Alarm yang dipasang dalam handphone-nya belum mampu untuk mengejutkan Alif yang sememangnya kuat tidur.

Setelah puas baring menghilangkan mamai, Alif bangun lalu pergi ke dapur untuk memasak makanan tengah hari; dia tak mempunyai duit yang cukup untuk makan di kedai. Terpaksalah dia bertahan untuk beberapa hari lagi memandangkan minggu depan dia akan mendapat gaji.

Setelah sampai di dapur, peti sejuknya dibuka. Alif mengeluh kehampaan. Hanya terdapat sebotol besar air sejuk dan beberapa biji telur. Dua biji telur diambil sebelum peti itu ditutup.

Ktakk! Ktakk! Alif cuba menghidupkan api dapurnya namun tak berjaya. Tong gas di tepi dapur masaknya diangkat dengan sebelah tangan. Ringan.

CERPEN HARI JUMAATWhere stories live. Discover now