Aku tolak pintu bilik perlahan-lahan. "Kau dah ready?"
"Dah... Dah..."
Aku nampak Hud kesat air mata. Aku datang dekat dan tutup laptop yang dia tengah perhati daripada tadi.
"Dahlah. Jom. Karang lambat."
Dia buka phone pula. Taip something.
Degil budak ni. Tutup laptop, dia buka phone pula. "Dah la tu..."
Nasib baik ada bas Rapid. Walaupun kena bersesak-sesak macam sardin, at least dapatlah juga merasa naik public transport yang murah dekat bandar Kuantan ni.
Sepanjang tunggu bas, sampailah dah turun, Hud masih diam. Langsung tak cakap sepatah haram. Asyik pandang telefon. Dahla mata lebam sebab menangis tak henti. Aku risau orang salah faham yang dia ni baru lepas break up through phone. Patutnya aku buat-buat tak kenal je sebab malu – malu dilihat masyarakat. Tapi sebab aku fikir yang dia ni adik tiri aku, nak tak nak aku galas juga tanggungjawab aku sebagai seorang abang iaitu jika memalukan diri di public, biar malu sama-sama.
"Kau jangan macam ni Hud. Aku risau nanti kau pulak yang masuk tempat ni," aku tegur dia lepas kitorang turun daripada bas.
Dia tak jawab sebaliknya masukkan phone ke dalam kocek dan hulurkan barang yang dia pegang dari tadi – yang kitorang beli sama-sama semalam.
Untuk bawa ke sini.
Untuk kasi seseorang yang masuk kat tempat ni.
Hospital.
Hud ikat tali kasut. "Kau tau Sal? Diorang still bash dia. Dekat wall Facebook dia, dekat komen Instagram pun..."
"Hud..." Aku rasa sangkaan aku dari tadi tepat. Dia tengok phone dari tadi untuk tengok semua benda ni.
"Diorang tulis benda-benda macam, 'cuba lagi... next time pastikan berjaya'... 'tali tu pun rasa jijik nak sentuh kau'... Yang paling banyak..."
"Dahlah tu. Jangan macam ni."
"Paling banyak, orang tulis 'GAY'."
Aku tarik Hud bangun lepas dia habis ikat tali kasut. "Biarlah diorang. Cyber bully, keyboard warrior. Gasak la. Benda-benda kat social network ni memang banyak yang menyakitkan hati. Dah tahu benda tu menyakitkan hati, tak payahlah tengok. Makin ditengok nanti makin akan sakit hati. Diorang yang tulis tu tak rasa apape pun."
Hud sekadar gigit bibir.
Aku tahu apa yang dia rasa. Manusia mengukum.
Rasa makin depress bila masuk dalam lif. Satu, sebab sempit. Dua sebab orang-orang dalam ni pun masing-masing macam Hud – merembeskan aura sedih. Adoi.
Sebelum masuk dalam bilik ni, Hud tarik tangan aku.
"Kenapa?"
Dia tak cakap. Tengah kumpul aura positif agaknya. Aku pun support dengan letak tangan atas bahu dia. Nah, seraplah aura positif abang tiri kau yang sememangnya positif minded ni.
Dia ke satu sudut dan tengok phone semula.
Dah kenapa budak ni? Tak reti dengar nasihat aku ke?
Takpe, takpe. Positif... Positif... Dia mungkin tengah baca inspirational quotes untuk naikkan aura positif dia.
Pintu dibuka perlahan dan kitorang nampak dia tengah baca surat khabar dekat atas katil.
"Hai Farid," aku tegur.
"Hei!!" Dia sambut dengan gembira. "Kenapa datang tak bagitau?"
Memang aku boleh bagitau Farid. Memang time kau dekat hospital ni aku boleh contact kau.
YOU ARE READING
CERPEN HARI JUMAAT
General FictionCerpen-cerpen baru oleh mereka yang pernah hasilkan novel Fixi. Kongsikan kegembiraan ini setiap hari Jumaat! Siri ini disiarkan sempena tahun 2016 dan kini dah tamat.