CHIME - Syahmi Hafizuddin

3.7K 163 12
                                    

       

Aku hentikan kereta di seberang jalan sambil kepala menoleh ke kanan. Aku sudah tiba. Memang tak salah lagi, itulah rumahnya. Mana mungkin dapat aku lupa. Brek tangan ditarik sebelum aku mematikan enjin kereta. Aku membuka pintu kereta lantas angin sepoi-sepoi bahasa menerpa kulit wajahku.

Aku ingat lagi sewaktu kali pertama aku menjejakkan kaki ke situ. Tiupan angin lebih kurang begitu juga. Aku berjalan ke arah pintu pagar rumah teres dua tingkat itu. Rumah itu serba putih. Pintu pagarnya putih. Dindingnya juga putih. Tapi sejarahnya amat hitam.

Rumah itu sudah kosong sekarang. Hanya ada dedaunan kering yang memenuhi lantai jubin halamannya. Dan papan tanda kadbod yang tertulis UNTUK DIJUAL tergantung di pintu pagar, ligat bergerak-gerak setiap kali ditolak angin seakan-akan boleh tercabut bila-bila masa saja.

Aku seorang anggota polis. Banyak pengalaman yang pernah aku lalui sepanjang menjalankan tugas. Namun hanya ada satu saja yang takkan dapat aku lupa, sampai bila-bila.

* * *

    Kisah ini diperdengarkan kepadaku selepas kejadian itu. Kalau betul apa yang aku dengar, maka betullah. Kalau tidak, aku tak tahu apa yang sebenarnya berlaku di sebalik tabir. Sampai sekarang masih belum ada yang dapat mengenalpasti.

Hari sudah petang sewaktu dia tiba ke rumah itu. Dia memandu kereta Satria berwarna kuning, baru pulang dari kampungnya di Kelantan. Seminggu dia bercuti sempena hari raya Aidil Adha. Seminggu jugalah rumah sewa itu ditinggalkan tanpa penghuni.

    "Ya, dah sampai dah kak," dia mematikan enjin, keluar dari kereta dengan telefon bimbit ditekan pada telinga kanan. "Janganlah risau sangat."

    Sambil berbual di telefon, dia membuka pintu pagar, masuk ke halaman rumah lalu terus berjalan ke arah pintu masuk rumah tersebut. Dia perasan kasut-kasut rakan serumahnya sudah ada di luar pintu itu.

    "Ha'ah, ada kawan yang dah sampai dah. Siapa nama? Aih, kalau beritahu pun akak kenal ke?" Dia membuka pintu dan melangkah masuk. "Muz dengan Bob namanya. Ha, tak kenal pun kan?"

    Dia tergelak sendirian. "Okay, okay. Kirim salam mak ye. Wa'alaikumussalam."

    Dia menutup pintu masuk di belakangnya dan menghampiri papan lembut berwarna biru di tepi dinding tak jauh dari tempat dia berdiri. Papan lembut itu berfungsi sebagai tempat untuk menampal notis-notis penting seperti bil, surat, dan lain-lain. Biasanya ia ditampal dengan menggunakan paku tekan. Dan pada hari itu, ada sesuatu yang lebih diberi perhatian berbanding notis-notis lain—

Yang masih belum bayar:

MuzBobIbrahimHuzaif

"Yang masih belum bayar duit sewa rumah ke?" dia mengagak sambil memasukkan telefon bimbit ke dalam kocek seluar. "Dan siapa pulak yang rajin buat senarai ni? Sebelum ni tak ada pun. Letak nama aku nombor 3 pulak tu. Aku patut nombor 1!" Dia tergelak sendirian. "Okay, so nampaknya Muz sorang yang dah bayar..."

Dia terus berjalan ke arah sinki dapur untuk membasuh tangan. "Bob! Muz!" panggilnya sambil melangkah. Senyap. Tiada respons. Dia mengagak mereka sedang tidur jadi dia biarkan saja. Dia membuka paip sebelum membasuh tangan pada air yang mengalir.

Di ruang tamu rumah itu ada satu set chime yang tergantung pada sebiji lampu dinding yang mentolnya berbentuk bunga ros. Aku tak pasti apa terjemahan chime dalam Bahasa Melayu, tapi aku boleh gambarkannya sebagai satu set batang besi yang tergantung pada tali dan akan menghasilkan bunyi dengan berlanggaran antara satu sama lain apabila ditiup angin atau digerakkan oleh apa jua jenis daya fizikal.

CERPEN HARI JUMAATWhere stories live. Discover now