"Hm... Aku dapat rasa benda tu. Macam..."
Farid berhenti, melihat dedaunan yang melambai ditiup angin. Dia sengseng lengan baju sekolahnya yang memang sedia pendek.
"Ya. Aku dapat rasakannya. Ada disturbance in the Force."
Angin bertiup semakin kencang dan –
"Hoi! PONTENG KELAS?!"
Apa lagi? Terus Farid pecut menghilangkan diri setelah ditengking GPK HEM yang menjalankan rondaan.
***
"Sedap doh aircond kat sini."
"Aku cakap dah Man. Kau dulu kerek, time orang ajak lepak sini kau taknak ikut."
"Aku bukan taknak ikut. Cuma tulah." Luqman bersandar pada kerusi kusyen tempat kitorang duduk.
"Tulah apa? Sebab kau pengawas?" tanya Hanafi dengan nada sinis.
"Ke sebab ni bilik Bogon?" Aku intai ke luar tingkap, check line.
"Sebab ni bilik Bogon," dia berterus terang.
"Rilek. Kau kena yakin. Dia tu gigih pergi meronda cari budak ponteng, dia takkan balik bilik dia punya."
Loceng sekolah berbunyi, menandakan pertukaran waktu kepada waktu kelas ke sepuluh; atau waktu-waktu yang sama kaitan dengannya.
"Waktu apa sekarang ni?" Aku tanya secara random.
"Sekarang time Rozy Salleh. BM," Luqman yang jawab. "Kau nak stay sini ke? Taknak masuk kelas?"
"Taknak aku."
"Apasal weih? Dia kan nak discuss past year paper. Manalah tau dia ada kasi hint apa yang masuk exam?"
"Ala, nanti aku tanya Hud. Apa susah? Aku tak suka si Rozy Salleh tu." Aku intai keluar sekali lagi.
Hanafi ketawa kecil – dia tahu kenapa.
"Kenapa? Gitu taknak cerita kat aku," Luqman acah-acah rebel.
"Pasal discuss paper past year minggu lepas tu lah. Dia tu celaka gila. Bila aku cakap aku tak faham hukum DM, bukan main dia mengamuk."
"Saya marah betul ada murid yang tak pandai hukum DM. Kamu patut tahu sejak form two," Hanafi mengajuk kata-kata Cikgu Rozzy Salleh.
"Lepastu, bila faveret student dia tu, si Anan tu cakap dia pun tak reti hukum DM, terus perempuan tua tu terangkan pelan-pelan dekat satu kelas."
"Meh sini biar saya ajarkan intan payung nyawa permata..." kalini ajukan Hanafi di-hyperbola-kan.
"Oh. Yang tu ke?" Luqman tersengih sebab dia ingat.
"Gila apa? Cikgu pun pilih kasih. Dengan student bodoh macam kita dia nak marah-marah, tapi dengan student kesayangan bukan main macam malaikat. Lepastu kau expect student kau keluar dan jadi insan berguna ke?"
"Rilek Sal. Kau bukannya bodoh. Result kau dengan Anan tu lebih kurang je. Cuma dia tu anak orang kaya Sal. Cikgu sayang." Aku dapat dengar ada nada tak puas hati dalam kata-kata Luqman.
"Biar lah. Malas aku layan. Payah jumpa cikgu baik macam Ustazah Parehah tu. Buruk mana pun kita, baik je dia layan. Aku rasa kau macam feberet student dia Sal."
"Ye ye je."
"Dahtu, skoop exam ni kita kena mintak kat Hud?"
Aku dapat baca nada Luqman tu. Nada yang... "Kenapa kalau kena mintak dekat Hud?"
YOU ARE READING
CERPEN HARI JUMAAT
General FictionCerpen-cerpen baru oleh mereka yang pernah hasilkan novel Fixi. Kongsikan kegembiraan ini setiap hari Jumaat! Siri ini disiarkan sempena tahun 2016 dan kini dah tamat.