AKU, KOMUTER & KERETA SAPU - Aiman Hazziq

6.2K 236 69
                                    

         

"Paan, kau okey tak?!"

    Gelap. Suara itupun aku dengar dalam keadaan sayup-sayup.

    "Alamak Acoi, dia tak sedar la!"

    "Shit! Call ambulans cepat."

    "Mana ada line tempat ni Coi. Haduhhh, kita nak buat apa ni?"

    "Angkat dia! Kita blah sekarang."

    Aku dapat rasa tubuhku diangkat dua orang kawanku, seorang pegang di kaki dan seorang lagi menyangkutkan tangannya di celah ketiakku. Aku hanya membatu, tidak mampu bergerak.

    "Aku dah cakap dah, bahaya datang tempat ni malam Jumaat. Kau tak nak dengar!"

    "Kau senyap lah cibs!"

***

    Lamunan aku terhenti bila komuter berwarna biru putih dan memaparkan iklan kerajaan berhenti di hadapanku. Pintu komuter dibuka perlahan, memuntahkan isi manusia di dalam yang pelbagai rupa. Aku sabar menunggu, sambil menyumpah dalam hati beberapa remaja yang tak reti sabar masuk ke dalam perut komuter. Setelah keadaan depan pintu komuter 'OK' barulah aku mengambil giliran untuk masuk.

    Mataku tertancap kepada beberapa tempat duduk memanjang, yang ada ruang kosong. Pintu komuter tertutup tak lama kemudian. Aku duduk di salah sebuah ruang kosong bila aku pastikan semua golongan yang memerlukan tempat duduk telah duduk. Waktu itu orang tidak ramai, maklumlah sudah pukul 9 malam. Rata-rata manusia sudah sampai ke rumah mereka namun aku lebih suka balik lambat. Pertama, kerana tiada siapapun yang menunggu di rumahku. Kedua, aku bukan jenis yang suka bersesak di tempat awam.

    Tempat duduk di hadapanku kosong, membolehkan aku membuang pandangan ke luar tingkap walaupun sebenarnya tak nampak apa di luar sana. Remaja tadi duduk di hujung koc bersandar tenang, di tangan kanan ada iPhone dan di tangan kiri menjinjit beg plastik H&M, Padini, FOS dan Parkson. 

    Perjalanan yang sepatutnya memakan masa 50 minit terasa lama. Suasana sunyi, jadi aku mengambil kesempatan untuk memejamkan mata. Aku tak risau terlepas stesen, kerana aku pasti akan bangun bila tiba di stesenku. Bagaimana? Entah, memang aku dikurniakan anugerah berupa sedemikian.

    Baru 5 saat aku memejamkan mata, bunyi hon komuter kuat menerjah gegendang telingaku, memaksa aku membuka semula kelopak mataku. Jantungku berdegup kencang, terkejut dengan bunyi yang maha kuat, mungkin kerana aku duduk di koc paling hadapan. Hon itu berterusan selama beberapa saat sebelum ada sesuatu melanggar komuter itu (atau komuter itu melanggar sesuatu).

    Secara tiba-tiba, lampu komuter terpadam, membuatkan aku semakin tak sedap hati. Ada sesuatu yang tak kena walaupun lampu terpadam itu perkara biasa sepanjang pengalaman aku menaiki komuter. Bunyi yang kedengaran waktu itu hanyalah nafasku. Segala bunyi bising tayar komuter bergesek dengan landasan hilang. 

    Dua saat lampu terpadam dirasakan seperti satu minit. Dan sebaik sahaja lampu kembali menyala, aku dapat lihat cermin di hadapanku berdarah! Ada sekujur tubuh, yang hanya tinggal upper body melekat di cermin itu. Kepalanya berpusing, 180 darjah daripada badan dan matanya, masih terbuka memandang aku!

    Aku tanpa sengaja terus mengeluarkan isi perut aku di dalam komuter itu juga, tidak tahan dengan apa yang aku nampak. Dari jelingan mataku, aku dapat melihat mayat itu jatuh ke landasan, meninggalkan kesan darah di cermin. 

    Habis lantai komuter itu kotor dengan muntahku. Tengahari tadi aku makan kari kepala ikan, mungkin itu puncanya.

***

CERPEN HARI JUMAATWhere stories live. Discover now