TIVI MISTERI - Hani Suraya

4.9K 198 27
                                    




Masuk hari ini, dah genap seminggu aku duduk sorang-sorang kat rumah. Famili aku semua pergi umrah. Baru hari kelima, ada lagi sepuluh hari kot diorang kat sana. Jadi aku tinggal dengan kucing saja la nampaknya.

Jam sudah berdetik ke 1 pagi. Aku capai remote tivi dan tekan butang 6-1-6. Layan jela kartun yang ada. Inilah aktiviti aku sebelum tidur.

Kedebam!

Huih, kus semangat! Korang dengar, kan? Itulah dia. Ituuuulah dia bunyi yang selalu mengganggu aku malam-malam macam ni.

Aku selalu terdengar macam ada orang dok jalan-jalan kat tingkat atas. Bunyi tapak kaki dan seretan kerusi sering saja kedengaran pada jam-jam begini. Lepas dah bunyi jalan-jalan dan seretan kerusi tu, mesti finisher dia bunyi kedebam tu. Padahal, mana ada orang pun kat atas tu!

Bilik aku kat bawah, bersebelahan dengan ruang tamu. Memang tak dan la aku nak naik atas semata-mata nak jadi ahli seekers. Malas nak layan, aku abaikan saja bunyi itu.

Sepanjang minggu itu juga, cuaca agak panas. Bahang sampai membawa ke malam! Jadi, aku mengambil keputusan untuk tidur di ruang tamu saja. Aku bentang toto betul-betul kat bawah kipas berkelajuan maksimum, siap hadap tivi lagi. Memang first class habis! Kira setiap kali tidur tu, aku pasang tivi, sekadar nak kasi lawan bising yang tak habis-habis dari tingkat atas.

Seperti malam yang sebelumnya, tiap kali aku tidur je, bila aku terjaga, pasti tivi sudah sedia off. Pelik juga. Masa awal-awal tu, aku ingatkan aku ter-off masa aku mamai, atau mungkin aku terpasang timer ke apa. Takut plus cuak jugak tapi aku buat derk jela.

Bunyi bising kat tingkat atas waktu macam ni memang aktif. Bunyi kerusi kena seret la, bunyi benda jatuh kedebam la... ish! Lagi satu, bunyi orang berlari turun tangga, tap-tap-tap-tap... macam-macam! Tu yang buat aku pasang je tivi sampai ke subuh. Tapi aku tak tahu apa atau siapa yang tutupkan tivi tu setiap kali aku tertidur.

Aku ingat, malam ni, aku nak stay. Aku nak rungkaikan misteri tivi ni, kalau boleh. Nak tengok, tivi ni akan tertutup sendiri ke tak nanti. Tapi tu lah... mata ni pun dah terlalu mengantuk, dan aku pun tertidur–

* * *

Dia dah lambat nak pergi kerja! Sedang dia berkejar-kejar masa, kakinya tersungkur pada kaki kerusi. Terus dia terjatuh, kedebam. Pergh, sakit bontot dia yang jasad tak berfizikal ni. Ikutkan boleh je dia guna jurus tembus lantai, tapi dia silap jampi, terus tak menjadi. Dia kena turun cepat, kalau tak nanti lambat!

Terus dia berlari turun tangga. Tap, tap, tap, tap, tap... bila dah nak sampai ke anak tangga yang terakhir, dia lompat selang dua anak tangga dan landing... tap! Bajet akrobatik habis la tu.

Sampai je di ruang tamu, dia nampak budak tu lagi. Dah seminggu budak tu tidur kat ruang tamu. Dengan tivi terpasang... bazir letrik betul! Dia terus capai remote, tekan power button kasi off.

Kemudian, terus dia ke dapur. Sebelum pergi kerja, kena la makan dulu. Kasi isi perut. Dia tengok dalam tong sampah. Hmmm... ada tulang ayam KFC! Rezeki dia la nampaknya ni.

* * *

Aku terjaga semula bila telinga tak menangkap sebarang bunyi dari tivi. Aku tertutup tivi lagi agaknya ni. Terus aku cari remote. Hmmm... remote kat atas meja. Macamana aku nak capai remote ni masa tidur kalau betul aku yang off tivi ni tadi?

Dan-dan tak nak fikir yang seram-seram, telinga aku menangkap bunyi plastik tong sampah di dapur. Ha... ni satu lagi gangguan yang aku kena hadap minggu ni. Bunyi tong sampah kena geledah. Aku abaikan je, tapi dalam masa yang sama, aku curious walaupun aku bukan kucing. Aku pun pergi dapur, nak ushar kot-kot kucing akak aku ke kan. Bila sampai kat dapur, tengok takde apapun. Aku rasa kucing tu dah keluar sebelum aku tidur tadi.

Bila tenung tong sampah lama-lama, baru teringat Mama pesan, tutup tong sampah tu bila dah malam, nanti berbau, takpun takut ada benda yang 'makan' sampah tu.

Aku jalan dekat tong sampah tu, nampak ada cicak kat dalam tu. Mungkin binatang ni la yang buat bising sampai aku takut selama ni. Terus aku ambil penutup kuali dan tutup tong sampah tu. Pandai-pandailah kau cari jalan keluar ye, cicak!

Tang tu jugak la anjing melolong kat belakang rumah. Cis, meremang bulu roma aku. Baik aku baring balik kat depan tivi sambil layan kartun.

* * *

Tengah dia syok makan, budak tu datang dan tutup rezeki dia. Cilaka betul. Kasi can la jembalang atap rumah kau ni nak makan Kepci jugak!

Dalam bengang-bengang tu la terdengar seruan memanggil-manggil dari belakang rumah. Bukan main kuat anjing tu melolong. Hah, tu maknanya waktu untuk dia bekerja! Elok la dia pergi sekarang sebelum azan Subuh berkumandang!

* * *

Aku kembali ke depan dan membuka semula tivi. Lolongan anjing tu biaq pi la dia nak melolong lama mana pun. Aku menatap rancangan kartun lagi. Misteri tivi tertutup sendiri masih tak terjawab lagi tapi rasanya aku okey je... kot.

TAMAT

CERPEN HARI JUMAATWhere stories live. Discover now