DAUN KELADI, GELEGAR BULUH - Irvan Affan

4K 196 37
                                    




Tengok artis, dia pun nak jadi artis. Peminat ramai, jadi perhatian.

Tengok ustaz, dia pun nak jadi ustaz. Orang mesti pakat nak buat jadi laki.

Tengok orang kerja kerajaan, dia pun nak. Senang buat loan katanya.

* * *

    Kepala pandang pada susuk tubuh manusia yang masih mengadap laptop sebaik saja kelopak mata dibuka. Sesekali terdengar bunyi tawa pakej dengan bahu terenjut-enjut.

    Sahih, dia bukan tengah belajar untuk esok ni. Hai, tak serik-serik. Dah berjam-jam kot mengadap benda alah tu. Fizi bangun dari baring, berdiri sebelum menapak ke arah Johan.

    "Bukan esok ada interview ka?" anak mata pandang skrin laptop. "Boleh pulak hang dok layan Running Man dari tadi?"

    "Haa, hang jangan nak mula bahan aku, aku layan Running Man ja tau. K-pop lain tak layan."

    "Hoi setan, aku tak kata apa pun pasai tu la bongok. Aku tak peduli la hang nak tengok apa pun. Aku dok kata, awat hang tak study pasal esok, mau depa tanya soalan pasal syarikat depa, hang nak jawab apa?"

    Johan jeling. Jari dipetik. "Kacang buncisss ja la. Aku ada kabel dalam tu. Mesti dapat punya."

    "Dah banyak kacang dah hang sebut, serupa tu jugak. Dari kacang tanah sampai ke kacang lendiaq, tak jalan jugak, apa cerita?"

    "Hang ni, kali ni aku mesti dapat punya. Jawapan betul atau salah, tak penting, yang penting, yakin dengan apa yang kita cakap." sambung Johan seraya menumbuk dadanya sendiri, memberitahu secara halus yang dia memang yakin dengan perancangannya kali ini.

    Sembang. Cakap besaq, nak harapkan orang kalau tak usaha apa jadah? Bukan sekali, dah banyak kali dah si Johan ni gagal dalam temuduga, sebabnya ni la, cakap pandai. Lepas tu bila dah gagal, mula la berangan nak jadi artis, nak buat business sendiri, nak jadi ustaz moden. Bukan nak memperlekeh, benda tu boleh kalau usaha tapi si Johan punya keterujaan ni takat sejam ja. Selama sejam tu, dia kena layan Johan punya plan sampailah habis masa. Lepas tu Johan akan kembali normal. Layan movie, main game dan menjerit, maki orang yang reject dia. Fizi sudah malas melayan peel si Johan. Nasihat? Dah. Cuma si Johan tu keras kepala. Yang bagusnya cuma satu, Johan punya confidence level tu, sangat tinggi, gayat!

    Ah, baik aku tidur, aku pun ada tanggungjawab jugak esok. Kerja untuk hidup.

* * *

Esoknya, petang.

    Beg dan dimuatkan dengan fail dilempar kasar di atas katil bujang yang dihujungnya penuh dengan baju-yang-sudah-dipakai-dan-dijangka-akan-diulang-pakai-beberapa-kali- sebelum-basuh.

    "Macam mana temuduga?" soal Fizi tanpa pandang wajah Johan. Dia dah boleh agak, tapi saja tanya.

    "Tak terduga aku dibuatnya."

    Fizi menoleh. Dahi berkerut. "Awat?"

    "Hang tau dak depa tu saja nak pekena aku. Hish, tu company orang Islam kot. Bukan nak tolong aku sesama agama ni, dia tanya aku apa yang uniknya syarikat dari segi pandangan peribadi, jawapan aku bagi dah tahap islamik dah aku rasa..." Johan diam.

    "Oi, hang jawab apa?"

    "Aku jawab la, aku tak jangka akan ada company yang menitikberatkan tentang bacaan Yasin secara berjemaah di hari Jumaat, waktu solat kena berhenti dan solat berjemaah. Dia potong cakap aku wei... dia tanya aku, hari ni dalam bulan Islam berapa haribulan."

    Fizi telan liur, dia pun tak tau!

    "Aku diam la, dah aku tak tau. Lepas tu dia tanya, lepas bulan Syawal bulan apa."

CERPEN HARI JUMAATWhere stories live. Discover now