KISAH BIASA-BIASA - Irvan Affan

4.4K 113 34
                                    

         

Gelisah dibuatnya apabila mengenangkan perbualan isterinya dan jiran sebelah tadi. Susah kalau ada banyak manusia penghasut ni. Yang tidak nampak di depan mata, yang ghaib menghasut pun boleh sangkut apatah lagi seorang manusia.

Sesekali Kamarul menjeling ke arah dapur. Kemudian ke arah jam di dinding. Berkali-kali dia mengulang perkara yang sama sebelum otak mengeluarkan kata putus.

"Husna, mai kat abah sat..." perlahan Kamarul bersuara sambil menggamit Husna sehingga Husna berdiri di hadapannya.

"Nampak dak remote Astro tu dekat atas meja tu?"

Angguk.

"Pi ambik sat, bawak mai kat abah. Lepas tu Una pi main masak-masak balik, naa? Masak lebih. Abah nak jugak."

Tanpa banyak bunyi, Husna menurut dengan senyuman melebar. Sebaik sahaja alat kawalan jauh berada di tangan, Kamarul terus meletakkannya di celah sofa. Sempat dia menjeling ke arah Husna, jari telunjuk diletakkan di hadapan mulut. Memberi isyarat supaya kekal diam.

Kamarul senyum lantas merebahkan badan di atas sofa. Kemudian terdengar bunyi tapak kaki Humaira menghampiri ruang tamu dan wanita itu duduk di atas lantai di hadapannya.

Aneh. Kenapa Humaira tidak bersuara apa-apa?

Tatkala suara di TV mula bertukar, senyuman Kamarul mati, dia pejam mata.

Misi tak berjaya. Rupanya dia sudah buat 'reminder'. Misinya untuk menghalang Humaira dari terjebak, tidak berjaya.

'Rasa nak cili ja mulut janda sebelah ni. Memandai ja suruh bini aku tengok tu lah, beli tu la, beli ni la. Dia nak beli, beli sorang-sorang sudah lah. Hish!' Kamarul hanya mampu membebel di dalam hati.

"Abang! Bangunlah." Bahu Kamarul digoncang kuat.

"Hmm..."

"Nak beli Shimono."

Kamarul terus bangun dari baring. "Kimono???! Nak buat apa kimono?"

Geleng. "Bukan Kimono, tapi Shimono."

"Shimono? Apa benda Shimono?"

"Vakum..."

"Kan kita dah ada vakum yang?"

"Dah rosak, anak perempuan abang buat kuda."

Tangan terus menepuk kepala sendiri. "Nanti, kalau beli yang baru, dia buat kuda lagi."

"Dak, kali ni, vakum tu kecik, ringan, pegang lagu tu ja. Macam orang dok semboq asap nyamuk Aedes. Abang tengok la kat TV tu..."

Anak mata menghala ke arah TV. Satu minit berlalu tanpa suara.

Dua minit.

Tiga minit.

"Boleh dak ni?" sekali lagi bahu Kamarul digoncang.

"Haa, beli la."

Kamarul kembali berbaring membelakangi Humaira. Mata dipejam rapat.

'Mujurlah bini aku ni mintak benda yang dah rosak. Kalau mintak benda yang dah ada memang aku tak bagi. Tapi tulah, nak katakan tidak pada dia tu aku tak gamak. Satu hal lagi, yang aku pun ternganga tengok Go Shop tu dah kenapa?!'

***

Beberapa hari kemudian, barang yang dibeli pun tiba. Sejak kelmarin, Humaira tak habis-habis dengan vakum barunya. Kalau boleh semua tempat nak divakumnya. Dan sekarang, dia baru balik dari kerja, Humaira masih dengan alat itu.

"Yang oi, duduk la. Rumah dah bersih dah. Bagi la vakum tu rehat sat."

"Biasalah, cewi. Err..."

CERPEN HARI JUMAATWhere stories live. Discover now