Isyarat muzik berbunyi. Dengan segera seorang perempuan yang bersiap indah dengan segala macam aksesori dan gaun jarang berkilau yang datang dari batu-batu kristal yang dilekatkan secara bersepah di permukaan kain jarang yang disinari cahaya lampu sorot dari atas pentas berjalan dengan penuh yakin selayaknya seorang diva. Mikrofon dicapai pantas dan mulut dibuka sambil lidah bersiap sedia untuk melenggokkan alur bunyi. Penonton-penonton di bawah bersorak-sorai terlalu asyik dibuai alunan merdu vokal dari sang pengalun.
***
Di atas meja kopi, terletak molek senaskhah surat khabar harian ternama negara dengan tajuk muka hadapan 'Pascale Lejjah Pecah Rekod Artis Wanita Pertama Negara Beli Hotel Di Dubai Secara Tunai'. Ditemani oleh beberapa mug kosong yang berkerak dengan sisa Milo dan Nescafe, serta beberapa bekas polisterin kosong dan dua tiga kotak Papa John size kecil. Tarikh di belah kanan, atas surat khabar tersebut 12 April 2012.
"Pascale! Hurry up, dah pukul berapa ni??"
Perlahan-lahan dengan terhuyung-hayang seorang perempuan yang berjalan setapak demi tapak sambil tangan kanan menahan dinding muncul dari belah dapur dengan tangan kiri memegang mug berisi air panas kosong. Dia terus laju duduk secara mengiring di atas sofa lusuh yang penuh dengan kesan cakar kucing.
"Kau pergi jelah Sab, aku tak larat. Aku.."
"Kau jangan banyak bunyi boleh? Kalau kau tak ambik job ni macam mana kau nak makan? Sampai bila nak harap duit poket aku je?!"
Pascale Lejjah terkedu. Sabrina, yang kelihatan seperti menyesal dengan kelancangan mulutnya meredupkan pandangan. Dia mengurut tengkuknya perlahan sebelum duduk di sebelah Pascale Lejjah. Tangannya diletakkan di atas paha Pascale Lejjah dan mengusap perlahan.
"Aku minta maaf, aku tak maksud nak ungkit semua.. tapi sejak.."
"Sejak apa? Sejak aku dah tak laku? Sejak aku kena hentam? Sejak segalanya pecah? Macam tu ke Sabrina?!"
***
PASCALE! PASCALE! PASCALE!
Satu stadium yang penuh dengan jeritan ribuan penonton yang teriak sambil melaungkan nama Pascale Lejjah, Diva Negara ketika itu. Pascale Lejjah kelihatan seperti biasa di tepi pentas dengan gaun singkat paras paha yang menampakkan sepasang paha yang mungil dan menggiurkan. Sabrina datang dari arah belakang sebelum menghulurkan mikrofon peribadi kepunyaan Pascale Lejjah.
"Nah, go and make me proud bitch!"
Sabrina sempat mengenyitkan mata. Pascale Lejjah tanpa membuang masa, setelah mikrofon dicapai terus ke tengah pentas. Muzik sudah bergema, penonton sudah gamat dengan tepukan masing-masing tanda teruja yang tidak berakhir. Mulut Pascale Lejjah dibuka luas dan..
KROAK! KROAK!
Sunyi sepi satu stadium. Tiada lagi tepukan gemuruh dan hilaian histeria peminat fanatik. Pascale Lejjah terpempan.
WOI! APE NI?!
PENIPU!!
KAMI NAK DUIT KAMI BALIK!
DASAR MELAYU!!
BAJET NAMA NAK AL-LUGHATUL AL A'ROBIYYAH!
Bergema kembali satu stadium, cuma dahulu gema itu dipenuhi dengan sorak-sorai gembira dan pujian melangit kini bertukar kepada kejian dan hinaan yang bertalu-talu. Sampah-sampah makanan mula dilontarkan. Tidak ketinggalan beberapa pasang kasut kulit mahal. Ada juga lampin pakai buang bayi dan tuala wanita yang masih segar dengan kumbahan bulanan. Pascale Lejjah masih kaku di tengah pentas.
YOU ARE READING
CERPEN HARI JUMAAT
Ficção GeralCerpen-cerpen baru oleh mereka yang pernah hasilkan novel Fixi. Kongsikan kegembiraan ini setiap hari Jumaat! Siri ini disiarkan sempena tahun 2016 dan kini dah tamat.