HOUSEMATE - Syahmi Hafizuddin

4.8K 196 34
                                    

         

Hai, aku Huzaifah. Member-member panggil Jepah, atau bagi yang lebih malas, mereka panggil Jep saja. Ya, aku ada sebuah kisah untuk diceritakan. Bukankah kita semua begitu?

Tapi sebelum itu biar aku mulakan dengan memperkenalkan teman-teman serumah aku. Aku tinggal bersama tiga orang lagi teman serumah di sebuah rumah teres sewa di kawasan Salak Tinggi. Tujuan kami menyewa rumah itu adalah untuk memudahkan kami pergi-balik KLIA setiap pagi. Kerja? Tidak. Kami semua praktikal di sana. Biasalah, pelajar tahun akhir universiti.

Sekarang ini, kami semua sedang duduk di ruang tamu. Melepak sambil menonton televisyen, yang mana aku rasa sebenarnya tak ada orang yang sedang menontonnya pun. Dibiarkan hidup sekadar untuk mewujudkan bunyi latar agar tidak terasa kesunyian.

    Baik, yang sedang duduk di atas sofa membaca surat khabar itu namanya Zuhaidi. Kitorang panggil dia Zuzu. Dia berasal dari Besut, Terengganu. Yang sedang duduk di sebelahnya dengan earphone tersumbat di kedua-dua belah telinga itu pula adalah Syakir. Dia berasal dari Perak. Ipoh rasanya. Dan yang ketiga yang sedang termenung jauh keluar tingkap sambil memerhati awek-awek yang lalu-lalang itu adalah Amin. Kitorang panggil dia Bob, sebab... well, tubuhnya yang agak besar. Tapi, beliau ni jenis yang tembam-tembam comel gitu. Dan aku... aku pula sedang membalas pesanan WhatsApp mak aku yang bertanya bila nak balik kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sejujurnya, aku tak tahu lagi. Aku tinggal di Sabah. Paling jauh dari sini kalau nak dibandingkan dengan teman serumah aku yang lain. Kenapa dan bagaimana aku end up dekat sini? Selain dari alasan praktikal di KLIA, panjang ceritanya dan tak relevan pun untuk aku ceritakan. Atau mungkin, nanti-nanti saja baru aku maklumkan.

"Wei," mereka bertiga menoleh ke arah aku yang memecahkan kesunyian yang tak berapa sunyi itu setelah sekian lama. "Korang nak balik Raya bila?"

"Sabtu ni dah start cuti kan?" tanya Syakir sambil menanggalkan earphone dari lubang telinga kanan.

"Jumaat malam dah boleh balik dah," Zuzu melipat surat khabar The Star yang boleh dikatakan lebih besar daripada saiz badannya sendiri.

"Kau balik Jumaat malamlah Zu?" tanya Bob.

"Ha'ah, tiket dah beli dah pun." Jawabnya.

"Kau bila Jep?" Bob menoleh ke arah aku.

Aku sekadar mengangkat bahu.

"Entah," aku menggosok-gosok belakang kepala. "Aku pun tak beli tiket lagi ni. Mak aku dah risau dah bila aku nak balik."

"Chill-lah. Kau balik Jumaat ni pun, ada seminggu lagi sebelum Raya." Sambung Syakir.

"Kan? Kau, Bob?" aku bertanya kembali.

"Sabtulah kot." Dia bersandar pada dinding. "Time tu family aku semua dah ada kat rumah."

"Syakir?"

"Kalau boleh memang Jumaat nak balik terus," dagunya diusap-usap. "Tapi, rasa macam nak balik lewat sikit. Tak nak rushing sangat. Ahad ke..."

Ya, kalau boleh aku tak mahu ceritakan bahagian ini. Bahagian sembang-sembang kosong saja. Tapi sembang kosong inilah yang memulakan segalanya. Maklumat dari perbualan ini yang memberi peluang kepada DIA untuk membuat perancangan, dan menentukan...

Siapa yang pergi dahulu. 

* * *

Jumaat.

Hujan yang lebat akhirnya sudah reda. Tak adalah reda sangat, tapi kira bolehlah untuk aku redah sambil menaiki motosikal. Bob, Zuzu, dan Syakir sudah lama pulang ke rumah sewa dengan menaiki kereta. Ada juga mereka paksa aku naik sekali, malam nanti barulah ambil semula motosikal itu, tetapi aku yang menolak. Sebab motosikal inilah yang selalu aku gunakan untuk pergi sembahyang terawih di surau dekat kawasan perumahan kami itu. Lagipun aku malas nak pergi ke KLIA semula malam nanti.

CERPEN HARI JUMAATWhere stories live. Discover now