Bulan depan dah exam akhir tahun. Agak agak 'Dato' dengan 'Datin' tu pergi outstation tak ek? Mudah mudahan lah diorang pergi. Aman sikit hari hari aku nak jawab exam nanti. Kalau tak.....haih pening kepala aku.
"Haa termenung apa tu?!" Sergah Pian.
Farah memandang Pian. Pian menghulurkan lolipop kepada Farah.
"Wahhh thankyou! I love you!" Ujar Farah sambil tersenyum bahagia.
"Hm mana ada termenunglah. Aku tengah fikir ni." Jawab Farah bagi soalan Pian awal tadi.
"Apa yang kau dok pikir kan tu?" Pian membuka plastik lolipopnya sebelum menyumbat ke dalam mulut. Yela aku punya kecik je, muatlah nak sumbat dalam mulut. Kalau Farah punya yang bolat bosar tu manalah muat kan hehehe.
"Hm aku ingat kan, if result last year aku cantik! Aku nak move on dari rumah tu."
Pian terkejut plus weird. "Apa kes pula kau nak move dari rumah tu? Apa parents kau nak pindah ke?" Soalnya curious.
Farah menjeling. "Nope! Aku je yang nak pindah. Bosan lah asyik tengok orang dalam rumah tu je."
"Eh kau ada problem ke? Anything happen?" Soal Pian lagi.
Farah mengeluh perlahan.
"Pian, sorry! I cannot share it with you. Seriously sorry!" Farah menunduk.
"Kes berat ni! Tak pe tak pe. At the end, aku akan tahu juga. Its okey!" Ujar Pian selamba.
Farah sekadar tersengih. Pian memandang Farah. Lama ditenungnya. Farah yang perasan mula naik rimas dah. Eh ko pikir aku suka orang staring aku macam tu? Erg ofcouse not!
"Kau apa hal nak tengok aku macam tu?" Soal Farah malas.
"Kau lupa nak bagitahu aku lagi satu perkara!" Jawab Pian. Mata masih merenung Farah.
Farah yang geram dengan perangai Pian, menolak dahi Pian kuat.
"Aduh! Sakit lah!"
"Apa yang aku lupa?!"
"Kau tak cakap pon kau nak pindah mana?!!" Jerit Pian.
Farah sekadar membuat mulut kosong. Menunjukkan dia menyebut perkataan O.
"Emm aku nak move kat tempat grandpa aku, China!" Ujar Farah dengan teruja.
Pian terus mengetuk kepala Farah berkali kali. "Tak guna kau nak tinggalkan aku! Kau memang tak guna! Langsung tak guna! Berambus lah cepat!"
Farah mengaduh kesakitan.
"Woi bahlol sakit lah! Kau ingat Dato Kamel tu tak bayar zakat ke ha?!" Marah Farah. Namun Pian terus berlalu pergi meninggalkan Farah sendirian di taman.
Apa kes dengan si Pian ni? Tiba tiba je nak blah. Touching ke? Ke datang bulan ni? Hm kena siasat ni! Tapi...nanti nanti lah siasat. Baik aku habiskan dulu lolipop aku ni. Bisik hati Farah sambil tersenyum sendirian.
.......
Haikal yang nampak Farah duduk sendirian di bangku taman itu, berhenti berjogging.
"Eh Fir, stop!"
"Aik baru round two dah penat ke?" Soal Firman.
Haikal menggeleng. "Takde lah. Aku nampak Farah tu." Balasnya sambil menunjukkan ke arah Farah.
Firman melihat sekilas sahaja.
"So apa masalahnya kalau ada dia pun kat sini?" Soal Firman malas.
"She's too cute! Dengan lolipop kat tangan. Alolo comelnya!!!" Jerit Haikal teruja.
Aik mamat ni? Dah macam fangirling lah pulak aku tengok. Ish ish ish.
"Bro, behave siket okey! Kau menjerit macam pondan lagi, kau jangan jalan sebelah aku!" Firman memberi amaran.
"Ah lantak. Jom pergi kat dia!" Ajak Haikal sambil menarik tangan Firman.
Firman cuba merentap tapi cengkaman malaun ni, ya tuhan! Sakit Cl kuasa dua!
"Yow Farah! Hang sorang je ke?" Tegur Haikal.
Farah mendongak ke atas untuk memandang dua makhluk dihadapannya.
"Eh hai abang abang pengawas!!" Balas Farah sambil melambai lambai tangan.
Firman mengerutkan keningnya. "Bukan aku je ke abang pengawas kau?"
"Haa?!" Soal Farah dan Haikal serentak.
Eh aku nak cakap dalam hati je lah! Terlepas pulak! Adeh! Firman tersengih.
"Tak ada apa lah!" Kemudian mukanya kembali serious.
"Eh abang abang, duduk lah! Takkan nak jadi bodyguard tak berbayar pula kat sini?" Tegur Farah sambil ketawa.
Firman segera duduk dihadapan Farah. Haikal masih berdiri.
"I duduk sebelah you boleh?" Soal Haikal.
Farah tersenyum lebar. "Eh boleh.....boleh sangat!" Haikal dah menarik nafas lega.
"Tapi tu pun kalau kau nak rasa kena cucuk dengan batang lolipop ni, kau duduk lah! Hahaha" sambung Farah sambil ketawa mengekek.
Haikal sudah muncung sedepa. "Kau nak jadi itik ea? Ke nak jadi menyangkut baju? Hahahaha!" Farah menggelakkan Haikal lagi.
Akhirnya Haikal pun turut tergelak. Firman sejak tadi menahan senyum agar tidak kelihatan. Yes. Kalau tengok budak ni gelak, mesti kau rasa nak gelak gak. Mudah terhibur betul.
"Apalah Farah ni, makan lolipop pun sampai tudung senget benget." Tegur Haikal.
"Eh yeke? Lantak lah. Pakai cantik cantik pun bukan ada orang NAK!" Ujar Farah sambil menjeling ke arah Firman di hadapan.
"Apa pandang pandang? Ada hutang?" Marah Firman. Farah sekadar menjelir lidah ke arah Firman sebelum ketawa sendiri.
"Hahaha! Marah macam bapak orang dah! Kelakarnya! Hahahaha!!" Okey aku gelak sebab...sebab memang kelakar muka dia bila marah. Apa pandang pandang? Ada hutang? Macam mak jemah pon ada gak! Eiii kelakar lah hahahaha uwekk.
"Kalau kau nak tahu aku ni dah ada 4orang anak. Sebab tu lah perangai aku ni matang. Tak macam kau! Budak budak!"
Farah sambung ketawanya. "What? 4orang anak?! Woww! Bagi lah aku jaga anak anak kau! Biar aku tak jadi bud....WHAT?!! KAU PANGGIL AKU BUDAK BUDAK?!!!" Jerit Farah.
Firman dan Haikal dah tergelak gelak melihat perubahan Farah.
"Kau ingat aku ni budak ke haa?!" Soal Farah kasar. Mereka menganggukkan kepala.
Kemudian Farah pula yang ketawa besar. "Hahahaha gelak kan lah lagi! Korang tunggu lah nasib korang Ahad nanti! Aku akan pastikan korang tak dapat nak belajar dengan selesa. Belajarlah korang kat lantai!" Ujar Farah sebelum meninggalkan dua malaun tak guna lagi tak boleh pakai!
Firman dan Haikal saling berpandangan.
"Apa maksud dia?!" Soal mereka serentak.

ANDA SEDANG MEMBACA
BUDAK
JugendliteraturAku yang dulu mengejar jasad yang tidak bernyawa. Berharap akan ada keajaiban untuk dia membuka pintu hati untuk aku. Namun, makin aku kejar, makin aku sedar. Ianya hanya sekadar harapan. DIA yang sering berada disisi tatkala hati dilanda kesedihan...