BAB 16

3.6K 231 4
                                    

"Assalamualaikum!" Farah memberi salam. Tiada sahutan. Di cuba sekali lagi. Tetap tidak ada tanda tanda orang didalam rumah.

"Waalaikumsalam." Farah segera menoleh. Eh ingatkan tok mak atau tok abah. Rupanya mamat handsome! Hahaha. Okey control gedik Farah!

"Erk..." Farah tidak tahu mahu cakap apa. Di pandang sahaja pemuda dihadapannya.

"Awak cari tok mak dengan tok abah ke? Mereka ada kat warung depan sana." Ujar pemuda tersebut.

"Haah. Saya cari diorang! Kalau macam tu tak apa lah. Saya tunggu dia kat sini. Terima kasih!" Balas Farah sambil tersenyum.

Lelaki dihadapannya membalas senyuman Farah. "Sama-sama. Saya Sufian. Anak makcik Peah sebelah tu." Sufian memperkenalkan diri sambil menunjukkan rumahnya.

Farah tersenyum sambil mengangguk. "Saya Farah! Cucu tok mak dan tok abah."

"Ouh tak sangka tokmak dengan tok abah ada cucu cantik macam ni kan? Hahaha." Ujar Sufian sambil tertawa perlahan.

"Eh mana ada. Biasa je lah! Hahaha." Farah ketawa. Kalau aku cantik, tak adanya Firman reject aku! Hai Farah, dah sampai Taiping pun fikiran kau kat Firman lagi ea? Ish ish ish.

"Okey lah saya pergi dulu. Bye, jumpa lagi!" Sufian segera menghidupkan enjen motonya. Farah memerhatikan pemergian Sufian. Hm not bad. Budak kampung sini tak ada lah sombong mana. Kita tengok budak perempuan dia pula nanti ya? Hahaha.

"Kamu ni Farah, datang mengejut! Tak pasal pasal kamu kena duduk kat luar tu berejam." Ujar tok mak.

Farah menarik kerusi duduk di meja makan.

"Apanya mengejut tokmak? I already told you last month okey? Paklong and uncle pun dah remaind kan tok mak kan?"

"Eh no? You all never told me about that!" Balas tokmak.

Farah ketawa besar. See? My tokmak can speaking you alls! Hahahha. Thats why i suka speaking dengan dia huhu.

"Eii tokmak ni! Dah nyanyuk! Pelupa hahaha."

"Entah maknya! Awak ni pelupa betul. Saya ni masih ingat lagi tau, si Kamarul ada telefon awak masa tu." Tok abah menambah.

"Iye ke abahnya? Kenapa saya tak ingat ya? " soal tok mak sendiri.

"Sebab tokmak dah tua! Hahahaha!" Farah mentertawakan tokmak.

"Udah udah lah tu gelaknya. Esok kamu ikut tok abah pusing kampung ya?" Ajak tokabah.

"Ehh no hal! I follow je." Balas Farah.

........

"Woi Farah! Bangun! Membuta je kerja kau! Bangun cepat! Bangun!!" Jerit Pian sambil mengetuk ngetuk meja.

"Diam lah! Aku ngantuk!" Balas Farah malas.

"Aku cakap bangun bangun!"

"Diam!"

"Bangun!!"

"Diamm!!!"

"Bangun Farah!!" Eh kenapa tiba tiba suara lain pula ni?

"Alah Pian, kejap lah! Bising ah!" Balas Farah tanpa membuka mata.

"Ya Allah budak ni. Dah lebih lima kali aku kejut tak bangun bangun! Farah!! Bangunn!!" Jerit tokmak.

"Eii kau ni apehal?! Memekak je!" Marah Farah. Dia terus bangun dan duduk melunjur. Matanya dibuka.

"Eh tokmak?" Tegur Farah. Tokmak membesarkan matanya.

"Susah betul kamu nak bangun ya? Siap meracau lagi! Kamu mimpi apa ni?" Soal tokmak.

Farah memandang siling.

"Farah....Farah mimpi Pian kot tadi. Sorry tokmak!" Ucap Farah sambil tersengih.

"Sudahlah kamu. Pergi mandi. Lepas tu solat! Lepas solat tolong tokmak masak!" Arah tokmak.

"Baiklah permaisuriku sayang!"

Selepas menunaikan solat subuh, Farah ke dapur.

"Wahh banyaknya bahan! Tokmak nak masak apa ni?" Soal Farah teruja.

"Haa harini tokmak nak masak simple je. Spagetti cabonara. Yelah, memandangkan kamu ni first time kat sini, tu yang tokmak masakkan. Takut kamu tak selera pula dengan masakan kampung." Ujar tokmak panjang.

"Haih tokmak ni. Farah makan aje lah! Cuma tolak ikan kering dan belacan je! Hahaha." Balas Farah sambil tertawa.

"Dah tak payah nak ketawa sangat. Cepat tolong tokmak! Pi potong daging tu." Arah tokmak.

Farah memandang tokmak. Kemudian dia memandang daging di dalam sinki.

"Alah tokmak! Farah tak pandai masak lah!" Ujar Farah.

"Apa anak dara tak pandai masak? Dah besar panjang macam ni? Amik je daging tu! Tokmak ajar macam mana nak potong." Arah tokmak lagi.

Farah muncung. "Malas lah tokmak! Tak minat masak! Huhuhuhu."

"Haa tu lah puncanya! Malas! Pemalas betul lah kamu ni! Tokmak nak ajar pun kamu dah mengeluh. Nanti dah kawin, macam mana? Takkan kamu nak laki kamu yang masakkan untuk kamu?" Soal tokmak.

Okey, like a speech wanna start right?

"Kamu kena ingat Farah. Kamu tu perempuan! Tugas perempuan ni memang kat dapur. Kena mahir! Kang nanti ada anak, kamu nak bagi anak kamu makan apa? Takkan hari hari lauk kedai? Tak kesian ke?" Sambung tokmak lagi. Haih tokmak, tokmak. Tangan buat kerja. Mulut pun bekerja sekali!

"Haih tokmak, siapalah yang nak kawin dengan Farah ni? Perangai dah lah macam budak budak! Tak cantik pula tu! Tak pandai buat kerja rumah pula tu! Ish ish ish, kesian kat Farah, kan tokmak?" Ujar Farah bernada sedih. Cehhh!!

"Haa tu lah kamu! Siapa suruh jadi pemalas sangat? Nak kesian kat kamu? Tak payah! Lebih baik kesian dekat siapa yang dapat kamu nanti! Dapat bini yang tak pandai serba serbi!"

"Alaa tokmak ni!!! Jangan lah kejam sangat dengan Farah! Nanti nak kawin Farah belajar lah!" Rengek Farah. Gue nak nangis sih disini! Tokmak nak gulai Farah! Huhuhu.

"Apa bising bising ni? Sampai tangga luar tu ha tokabah dengar." Tegur tokabah.

"Ni ha, abahnya tengoklah cucu kesayangan abahnya ni! Di suruh masak, tak pandai. Bila nak diajar, dikatanya malas! Apa nak jadi lah! Kamu tu dah anak dara tau Farah! Cuba lah jadi anak dara yang the best sikit? Ni tak, semua tak pandai. Apa je yang kamu pandai buat?" Bebel tokmak lagi.

Farah menunduk sambil memuncungkan bibirnya. Tokmak ni!!!!!

"Udah udah lah tu maknya! Budak ni baru je sampai semalam. Nanti nanti lah kalau nak ajar masak pun! Kesian si Farah ni." Ujar tok abah. Farah memandang tok abah.

"Yeahhh benar lagi nyata cakap tok abah! Nanti nanti Farah belajar okey? Hehehe." Tok mak menjegilkan matanya memandang Farah.

"Eh tok mak! Cepat pejam mata! Kang mata tu terkeluar sia sia je! Hahahaha!" Farah tergelak besar.

"Dah dah! Farah, jom ikut tok abah. Kita round kampung. Pagi pagi ni sejuk sikit."

"Jom!!!" Jerit Farah teruja.

"Haa jangan diajarnya panjat pokok kelapa pula! Budak ni bukannya betul sangat!" Pesan tokmak.

"Alah tokmak dont wory okey? I will behave myself! Hehehe." Ujar Farah. Kemudian dia terus berlari ke keluar.

BUDAKWhere stories live. Discover now