Setelah tamat perhimpunan pagi Ahad itu, Haikal dan Firman masuk lewat ke dalam kelas. Mereka terus masuk dan duduk di kerusi masing masing.
"Penat gila siak!" Keluh Haikal.
"Tu lah pasal. Nak tercabut kaki aku ni haa." Sahut Firman.
"Bersyukurlah si Farah tu tak buat hal lagi time perhimpunan. Kalau tak..."
"Kalau tak, aku rasa lagi panjang lah speech pengetua tu! Hahaha!" Sambung Firman.
Haikal dan Firman tergelak kecil. Namun sewaktu mereka ingin bangun semula, punggung mereka seakan akan melekat.
Firman memandang Haikal. Haikal juga.
"FARAH?!!!!" Jerit mereka serentak.
...........
Farah dengan muncung sedepanya keluar daripada kelas dan terus menuju ke makmal biologi.
"Sakitnya hati!! Boleh pula si Pian ni tak layan aku?! Dah lah tak tunggu aku. Tak tolong aku buat pelan. Eh tu aku tak kesah sangat. Yang annoying gila bila aku cerita macam macam kat dia, boleh pula dia buat bodoh je! Eiii ni yang rasa nak sepak orang ni!!"
Bebel Farah sepanjang perjalanan. Alamak ramai pula pelajar form5 kat tangga tu. Haih lalu tangga lagi satu lah!
Farah menilik jam di tangan. Patutlah. Waktu rehat form5 rupanya! Baru sahaja Farah mahu menuruni tangga belakang, tiba tiba muncul muka Haikal dan Firman. Farah berhenti melangkah. Kemudian dia tersenyum.
"Hai abang abang pengawas!" Sapanya mesra sambil melambai lambai.
"Hai Farah!" Balas Haikal. Firman sekadar memberikan senyuman.
Farah menelan liur. Apa kes ni? Haa ni mesti pasal....
"Kau mesti tahu kan kenapa kami datang jumpa kau ni?" Soal Firman.
Haikal menjongketkan keningnya memandang Farah. Okey Farah, chill okey?
Kemudian Farah tersengih. "Yeahh ofcouse I know! Hahaha!"
Haikal dan Firman pelik melihat Farah ketawa.
Ni apa kes nak gelak ni? Kitorang tak buat lawak okey?
"Korang, jumpa aku, sebab,......" Farah memerhatikan Haikal dan Firman.
"Bontot korang berlubang kan?! HAHAHAHAHHA!!" Farah gelak besar sebelum melarikan diri.
Belum sempat Farah melepasi dua malaun itu, Firman sempat menarik lengan baju Farah. Menyebabkan Farah hampir terjatuh.
"Arghhh!!!"
"Farah!!!"
Jerit Farah dan Firman serentak. Farah sudah memejamkan matanya. Namun tiba tiba terasa belakang badannya disambut seseorang. Farah segera membuka mata.
"Firman?" Soalnya. Kemudian dia menolak Firman kuat sambil menumbuk dada Firman beberapa kali.
"Setan punya manusia! Kalau aku jatuh tadi macam mana? Suka lah kalau aku mati?! Eiiii tak guna!! *buk*" Marah Farah. Last kali si Firman mendapat penumbuk Farah. Fuh pakej!
"Aduh!" Firman memegang dadanya serta hidungnya. Sakit weii kena tumbuk dengan budak ni!
Haikal yang melihat menelan liur. "Eh Fir kau okey tak?"
"Haa kau?! Nak cari pasal lagi dengan aku?!" Soal Farah.
Haikal menggeleng sambil tersengih.
Farah segera berlalu naik ke kelas semula. Disebabkan diorang, aku dah terponteng kelas bio! Korang tunggu lah. Kalau aku jumpa lagi memang aku minta tuntut ilmu biologi dari korang!

ANDA SEDANG MEMBACA
BUDAK
Fiksi RemajaAku yang dulu mengejar jasad yang tidak bernyawa. Berharap akan ada keajaiban untuk dia membuka pintu hati untuk aku. Namun, makin aku kejar, makin aku sedar. Ianya hanya sekadar harapan. DIA yang sering berada disisi tatkala hati dilanda kesedihan...