BAB 23

3.1K 210 10
                                    

Farah membawa Pian ke warung milik Mak Peah a.k.a mak abang Sufian. Kelihatan Sufian sudah tercegat di situ. Farah dan Pian segera melajukan langkah.

"Woi Pian! Tunggu lah aku!" Farah terkejut apabila Pian tiba tiba memecut ke warung abang Sufian.

Pian sekadar ketawa melihat Farah terkial kial nak melintas jalan. Kemudian dia menghampiri Sufian secara senyap senyap.

"Woi! Baru sampai?" Sergah Sufian pula.

Dia tahu Pian dan Farah sudah sampai. Mana taknya. Kelibat tak nampak lagi, suara dulu yang datang menerjah.

"Abang ni. Pian baru nak terkejutkan abang!" Monyok sahaja muka Pian. Sufian tersengih.

"Dah korang datang memekak siapa je yang tak perasan kan?" Sufian memandang Farah yang tercungap cungap. Dengan muka masam mencuka.

"Kau ah ni Farah! Tak jadi aku nak buat abang Sufi terkejut." Pian menjeling Farah.

Farah terus berdiri tegak sambil mencekak pinggang.

"Apa pula salah aku?!"

"Siapa suruh kau menjerit kat tepi jalan tadi?!"

"Siapa suruh kau tinggalkan aku?!"

"Siapa yang ajar korang memekak datang kedai orang ni?!"

Farah dan Pian serentak memandang abang Sufian yang kini berdiri memandang tajam ke arah mereka berdua.

Farah dan Pian kemudian nya berpandangan. Kemudian melemparkan senyuman sesama sendiri.

"ABANG LAH!" Jerit mereka serentak sambil ketawa kuat.

Sufian hanya mampu menggeleng kepala sahaja. Kemudian dia meminta diri untuk menyediakan minuman.

Mereka bertiga duduk semeja.

"Abang ni, puas kami cari kat rumah tadi. Rupanya dah datang kedai dulu!" Rungut Farah.

Pian sekadar mengangguk dan menyedut ice-coco nya. Wehh nikmatnya. Ahhh hahahaha. Sufian tersengih.

"Apa pula? Abang awal awal dah bagitahu yang abang tunggu korang kat kedai je. Lupa lah tu!"

Farah sekadar menjongket bahu.

"Woi Farah!" Jerit satu suara. Mereka bertiga memandang serentak.

Wani, Amani dan Aqilah rupanya! Mereka kemudiannya mendekati meja Farah. Bersama jelingan tajam.

Pian memandang mereka bertiga pelik. Adakah ini black girls itu? Omg cantiknya! Kemudian dia memandang Farah pula. Eh tak. Cantik lagi Farah aku! Hehe.

"Kau kat sini rupanya ea perempuan?" Soal Amani sinis.

Farah memandang dengan pandangan malas. "Look like uolls care about me right?" Kemudian Farah dan mereka bertiga ketawa kuat.

"Wehhh rindu!" Jerit Aqilah, Amani dan Wani. Segera mereka memeluk Farah. Farah sekadar ketawa lagi.

Eh lupa pula. The blackies sudah berbaik! Semua ini berkat idea bernas daripada Pian. Pian, thankyou so much!

Pian dan Sufian saling berpandangan. Tak ku faham dengan perempuan perempuan ni. Pantang jumpa, mesti 'rindu' lepastu 'peluk'! Padahal baru jumpa semalam! Kalau tak jumpa pun, always gosip kat group. Still kata rindu? Aihh sengal tahap infinity ni!

"Ehem ehem! Bang, kesian kita kan. Jadi tunggul." Perli Pian sambil muncung.

Sufian terus mengetuk kepala Pian. "Kau jangan nak mengada!"

Mereka semua menarik kerusi duduk di sebelah Farah. Terpaksa Pian beranjak ke sebelah Sufian.

"Sampai hati tolak Pian ke tepi!" Farah memandang Pian.

"Ala sorry lah! Princess princess Farah dah datang port ni."

Sufian sudah berlalu ke belakang bagi menyiapkan minuman yang dioder. Dan terus menyambung tugas yang tergendala tadi.

Wani Amani dan Aqilah berdehem beberapa kali sambil tersenyum senyum. Farah memandang.

"Apa korang sakit tekak?!" Mata dijegilkan. Pian masih memuncung. Namun dia terus menongkat dagu memandang Farah. Daripada pandang orang lain kan? Kerusinya dirapatkan di sebelah Farah. Tempat Sufian tadi.

Farah sekadar memberikan jelingan sahaja. Mengada dah dia ni!

"Ceh, ni lah boyfriend kau tu?" Soal Wani.

"Hensem!" Bisik Aqilah dan Amani serentak. Kemudian mereka ketawa kuat. Ergh ni memang spesies tak malu. Gelak ikut suka hati!

Farah sekadar tersengih sebelum mengangguk. Kemudian dia menarik banny Pian sehingga menutup bahagian mata.

"Dia lah buah hati pengarang jantung aku! Hahahaha tak ada maknanya!" Kemudian dia terus menolak Pian manja.

Pian sudah tersengih sengih. Apabila mereka sudah rancak berborak sehingga mengabaikan Pian, Pian semakin muncung.

"Tiga budak hitam jalan tepi longkang,

Jumpa geng hitam maka terjun longkang!"

Empat mata kini merenung Pian. Pian mengangkat kepala.

"Kenapa?" Kening diangkat sekali tanda menyoal.

"Kau nyanyi lagu apa tadi?" Soal Farah pula. Pian menayang sengih.

"Dengar ke? Hehehe." Kepala digaru garu. Masak aku kalau dia nak kejar aku sekarang!

Namun, tidak. Farah sekadar memberi jelingan maut sahaja. Ni yang nak nangis ni! Sampai hati abaikan aku. Tahu lah dah ada geng baru!

"K ah. Aku gerak dulu." Ujar Pian sambil bangkit dari kerusi.

"Eh nak pergi mana?" Soal Farah. Yang lain hanya memerhati.

"Cari ketenangan. Tak tenang aku kat sini dengar gelak korang. K chaw! Muah ciket" Pian melemparkan flying kiss sebelum berlalu sambil membetulkan banny di kepalanya.

BUDAKTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang