BAB 51

1.2K 76 27
                                    

Malam yang sepi hanya ditemani bintang-bintang serta bunyian alam yang menjadi melodi pertemuan Aril dan Pian. Mereka hanya melepak dihadapan rumah Pian tanpa sebarang kata. Aril yang sedang bertenggek diatas motosikalnya memandang Pian yang khusyuk memandang langit.

Sudah menjadi hobi Pian untuk menatap langit tatkala hatinya dalam kesyahduan. Pandangan Pian dikalihkan ke arah Aril. "Apa hal kau tersenyum-senyum?" Aril tersenyum lagi walaupun sudah ditegur. Tidak disangka, sudah bertahun-tahun berkawan baik akhirnya Pian benar-benar jatuh hati pada Farah.

"Boleh bagitahu aku apa definisi seorang sahabat?" Pian memandang Aril lama apabila soalan sebegitu sensitif baginya kini terpacul dari mulut Aril.

Pian diam tanpa menjawab soalan Aril. Dia sendiri bertanya pada dirinya, apakah erti sahabat sebenarnya. Adakah wajar perasaan cinta lebih dari seorang kawan dalam perhubungan itu? Atau cinta itu hanya permainan perasaan sahaja.

"Dia ada disaat kau berada dalam kesusahan, kesedihan even dalam kebahagiaan. Dia ada di setiap saat kau perlukan dia. Dia faham kau, kau faham dia. Setiap saat, setiap minit, fikiran dia akan terlintas nama kau. Kau yang pertama dia cari, kau yang terakhir dia akan lupakan."

Pian memandang Aril terkebil-kebil. Adakah ini Aril? "Madah pujangga mana kau rembat ni?" Aril tersengih mendengar soalan Pian. "Itu ke maksud sahabat kau?" Soal Pian lagi. Aril pantas menggeleng.

"Itulah jodoh kita kalau kau nak tahu. Manusia dicipta berpasang-pasangan. Hidup saling melengkapi antara satu sama lain. Hidup saling memerlukan untuk menghadapi segala rintangan."

Sekali lagi Pian hilang kata-kata apabila mendengar kata-kata mutiara yang keluar dari ulas bibir Aril. Sejak bila mamat ni pandai bermadah helah?

"Tak sebenarnya point aku kat sini, segalanya bermula daripada hubungan persahabatan yang menemukan kita dengan perbezaan dan keserasian antara satu sama lain."

"Then?" Pian meminta Aril menghabiskan madah berhelahnya agar dia dapat masuk ke rumah dan tidur. Penat aku nak faham mamat ni.

"Then, bila dah faham antara satu sama lain tak mustahil perasaan cinta tu boleh hadir. Dan tak mustahil juga dia tu jodoh kita. Perancangan Allah ni cantik, bro!"

Pian diam memikirkan kata-kata Aril. Ya, perancangan Allah itu sangat cantik. Dia lah sebaik-baik perancang. Aril menepuk bahu Pian menyalurkan semangat setia kawan. Dia tahu rasa yang ditanggung oleh Pian. Dia sendiri melihat bagaimana rapatnya hubungan Farah dan Firman sekarang. Mereka tidak seperti dulu lagi.

Namun, dia hanya mampu mendoakan kebahagiaan dua sahabatnya itu. Biarlah mereka berdua mendapat keadilan yang sama. Tidak tertanggung rasa sakitnya apabila putus cinta. Namun lebih menyakitkan lagi apabila putus persahabatan akibat rasa cinta yang bercanggah.

"Nak jemput Pian ke?" Soal Farah kepada Firman. Firman memandang Farah sekilas sebelum kembali menatap telefon bimbitnya.

"Why not?" Soal Firman pula. Farah berfikir sejenak. Jelas terpampar riak kegusaran diwajahnya. Dia agak terkejut bila Aril menghubunginya dan memberitahu tentang kepulangan Pian.

"Takut Pian marah. Farah dah lama tak contact dia." Keluhan kecil kedengaran.

Firman memandang Farah. Senyuman nipis diberikan. "Kau orangkan bestfriend, mana boleh macam tu." Farah tidak menjawab kata-kata Firman.

"Nak Fir call ke?" Laju Farah menggeleng apabila Firman menawarkan diri untuk menghubungi Pian. Kemudiannya dia tersengih sendiri. Tahulah apa yang hendak dilakukan nanti. Pastinya Pian akan datang juga.

Muncung Pian sudah sedepa apabila dipaksa oleh maknya untuk menghadiri majlis Farah dan Firman. Tiba sahaja dihadapan rumah Firman, Puan Hana terus meninggalkan anak bujangnya keseorangan dan mencari Umi.

BUDAKWhere stories live. Discover now