BAB 46

1K 102 9
                                    

Masing masing menunggu di tepi katil Pian. Gerak balas yang ditunjukkan Pian amat menggembirakan orang disekelilingnya.

Sayu hati Farah melihat Puan Hana yang setia mengusap tubuh Pian dengan kain basah.

"Pian sayang, bangun nak. Mak rindu nak dengar suara anak mak ni. Rindu nak dengar Pian mengusik mak. Siapa yang nak teman mak kat rumah nanti nak? Tak kesian ke, mak duduk seorang diri?" Rintih Puan Hana. Tangannya mengusap wajah anaknya itu.

Setitis air mata Farah jatuh dari pipi.

"Sabar lah Ana, in sha Allah tak lama lagi dia akan sedar."

Pujuk Umi. Farah memandang Aril. Aril hanya melemparkan senyuman.

"Semua ni salah Farah. Kalau Farah tak usik Pian, mungkin benda ni semua takkan berlaku."

"Apa kau merepek ni, Farah!" Suara Aril kedengaran marah.

"Farah!" Umi menggelengkan kepalanya.

Farah menunduk. "Farah minta maaf, cik Ana."

Puan Hana menggenggam tangan Farah. "No need to apologize. Semua ni dah ketentuan Nya, Farah."

Senyuman Puan Hana membuatkan Farah ingin menitiskan air mata lagi. Namun ditahannya.

"Ana, mari akak teman kamu makan. Kamu tak makan lagi kan hari ni?" Ajak Umi.

Farah memandang Puan Hana. "Cik Ana kena makan. Jaga kesihatan. Kalau tidak nanti, Pian mesti sedih."

Puan Hana sekadar tersenyum sebelum mengangguk perlahan.

"Tolong tengok-tengokkan anak cik ya?"

Farah menggangguk.

Setelah kelibat ibu tungal dua orang itu melangkah pergi, Farah cuba menghampiri Pian.

Belum sempat Farah menolak roda kerusinya, Aril terlebih dahulu menolaknya.

"Ei aku boleh tolak sendiri lah!" Rungut Farah.

"Apa salahnya aku tolong?" Farah hanya mendiamkan diri saja.

"Pian, kau tengok lah mamat ni. Suka buat aku rasa macam tak berguna. Aku masih ada kaki tangan lagi tau!" Adu Farah sambil mengesat air matanya.

Entah kenapa tiba tiba mengalir bila melihat wajah Pian dari jarak dekat.

Aril menggelengkan kepalanya. "Menangis lagi?"

Aril mengambil tempat duduk bertentangan dengan Farah. Pian yang berada ditengah tengah dipandang.

"Bro, kau tahu tak. Farah yang dulu, bukan yang sekarang. Sejak kau tidur panjang ni dia asyik menangis je. Tolonglah bagi aku ayat jampi kau yang sentiasa buat dia gembira. Boleh?"

"Mana boleh! Dia Pian aku. Dia seorang je yang boleh bagi ayat jampi kat aku!" Marah Farah.

Aril tersengih.

Tiba tiba Farah memegang kepalanya yang masih berbalut.

"Ahh!"

"Eh Farah, kau kenapa?" Soal Aril gelabah. Segera dia menghampiri Farah.

Farah menggeleng perlahan dengan tangan memegang kepala.

"Aku hantar kau balik bilik ea? Kau kena rehat ni."

Farah memejamkan matanya sebentar. Berharap kesakitannya berlalu pergi. Namun, denyutan dikepalanya dirasakan makin kuat. Akhirnya dia mengangguk dan Aril pun menolaknya sehingga sampai ke dalam bilik wad.

Setelah itu, dia melihat Aril sedang bercakap-cakap dengan doktor di luar. Farah hanya membiarkan dan yang dia mahu ketika ini adalah, tidur.

Farah perlahan membuka mata apabila merasa sentuhan di bahagian lengannya.

"Doktor?" Farah mengerut keningnya.

Doktor wanita dihadapannya melemparkan senyuman.

"Feeling better now?" Soal doktor itu.

Farah pelik. Dia segera bangun dari pembaringan. Namun pergerakan kakinya terhalang.

"Eh kenapa kaki ni?!" Hampir menjerit dia bertanya apabila melihat kakinya berbalut.

Doktor itu tersenyum lagi. "Farah ada ingat apa apa tak sebelum ni? Farah tengah buat apa? Jumpa siapa?"

Farah memegang kepalanya. Mata dipejam.

"Entah lah doktor. Saya...saya nampak wajah wajah yang ada kaitan dengan saya tapi..."

"Tapi apa?"

"Tapi saya tak tahu nama mereka."

Doktor itu mengangguk perlahan. "Awak ada rasa sakit kat mana mana tak?"

"Kepala. Asyik berdenyut je."

Doktor itu tersenyum. Bahu Farah disentuh. "Apa yang saya beritahu ni, tolong ingat betul betul."

Farah hanya memandang wajah doktor itu.

"Farah sekarang ni dekat Sabah. Terlibat dalam kemalangan dengan seorang kawan lelaki, Darwish Farhan semasa nak pergi ke syarikat daddy Farah. Sebab tu Farah boleh ada di sini."

Hampir ternganga Farah mendengarnya. "Seriously?!"

Kepalanya dipegang lagi. 'Apa sudah kejadian'. Dia cuba fikirkan maklumat yang diterima.

"Oh saya ingat! Darwish Farhan tu Pian! Tapi, kami ni orang Johor. Macam mana boleh ada kat Sabah ni pulak?"

Aril muncul menjadi penyelamat doktor itu untuk menjawab pertanyaan Farah. Farah memerhatikan pemergian doktor itu.

"Farah? Kau tak ingat ke apa yang berlaku?" Soal Aril sambil mengambil tempat di sisi Farah.

Farah merenung jari jemarinya.

"Hm, kau pun aku tak ingat."

"Seriously?! Kau tak ingat aku?" Farah perlahan lahan menggeleng.

"Apa teruk sangat ke memori kita sampaikan kau tak ingat aku?" Ujar Aril dengan tawa.

Farah menggaru kepala yang tidak gatal.

"Aku Aril lah! Kau ingat tak, masa kau duduk rumah tokmak, ada aku, ada Pian, ada abang Sufi, ada abang pengawas kesayangan kau, umi. Kita jumpa masa kau tengah gaduh dengan the blackies."

Farah memejam matanya lama. "Oh, tak ingat. Tolong keluar. Nak tidur. And please, call my daddy suruh dia bawa aku balik rumah."

"Eh jangan tidur!" Tegah Aril.

"Apahal?"

"Kau tak sedar ke Farah? Masa tu kau cakap nak tidur, tapi kau tak bangun bangun 2 hari. Lepas sedar ni kau terus tak ingat."

Farah memegang kepalanya. Apa semua ni? Apa dah jadi?

Aril akhirnya meninggalkan Farah. Beri Farah masa untuk berehat. Doktor wanita tadi menghampiri Aril.

"Apa yang berlaku sebenarnya doktor?" Soal Aril sambil meraub wajahnya.

"Seperti yang saya pernah cakap dengan awak. Kemungkinan besar Farah menerima tekanan yang tinggi di bahagian otak. Jadi, apa yang berlaku tadi kesan daripada tekanan yang dia terima."

"Maksud doktor, memori dia-"

"Kejap ada, kejap tak ada. Maksudnya, mungkin harini dia tak ingat tetapi lepas bangun tidur esok pagi, mungkin dia akan ingat."

Aril menggeleng kepala perlahan.

"Keadaan Darwish Farhan macam mana?"

Doktor tersebut melihat senarai laporan pesakit.

"Sejak dia sedar tadi, alhamdulillah keadaan makin pulih. Cuma tenaga dia masih lemah. Mohon jangan beri tekanan pada dia lagi. Takut ganggu emosi dia."

Aril hanya termenung di kerusi menunggu. Memikirkan nasib dua sahabatnya.

'Dugaan apa kalini yang Engkau berikan?' Bisik hatinya.

Setelah puas memikirkan jalan penyelesaian, akhirnya Aril membuat keputusan. Mungkin ini yang terbaik untuk memulihkan Farah.

Telefon bimbit dikeluarkan.

"Hello, uncle Kamel?"

BUDAKTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang