Peperiksaan SPM akan berlangsung pada minggu hadapan. Abang Farhan a.k.a cikgu Farhan membawa para pelajar 5 Black pergi berkelah ditepi pantai.
Kelihatan beberapa orang pelajar merungut kerana mengganggu masa mereka untuk mengulangkaji. Cikgu Farhan hanya tersenyum.
"Okey guys! Pay attention please." Masing masing memandang cikgu Farhan.
"Amani! Qila! Simpan buku awak sebelum saya campak ke sana!" Jerit cikgu Farhan apabila Amani dan Qila khusyuk memandang buku notanya.
Amani dan Qila memandang ke arah laut yang ditunjuk oleh cikgu Farhan. Sengihan diberikan. Wani sudah tergelak kuat melihat wajah rakan baiknya cuak.
"Memang saya sengaja tak bagi awak ulangkaji harini. Sebab saya nak awak enjoy the moment for a while. Saya tak nak awak semua stress! Faham?"
"Baiklah cikgu!" Balas mereka semua.
"So, adakah anda semua ingin bergembira? Bersuka ria?" Soal Farhan dengan wajah yang ceria. Para pelajar menjawab dengan teruja.
Mereka terus meneruskan aktiviti yang telah dirancangkan oleh Farhan. Mata Farhan masih melilau mencari kelibat Farah.
'Mana budak sekoq ni?' Bisik hatinya.
"Hello guys!! Sorry lambat." Sapa satu suara. Kelihatan Farah datang bersama Firman. Farah berlalu mengikut the blackies melakukan aktiviti mereka.
Firman menghampiri Farhan. Farhan memandang Firman tanpa berkelip. Matanya dikecilkan.
"Apa hal Fir ada kat sini? Siapa jaga umi dekat rumah?" Soal Farhan.
"Saja. Umi ada dengan tokmak Farah." Balas Firman selamba.
"Farah! Susah betul sekarang nak lepak dengan kau kan!" Ujar Wani sambil memandang Farah.
Amani dan Qila mengangguk setuju. "Haah, asyik nak berkepit je dengan adik cikgu Farhan tu. Tahu lah dia handsome."
"Jangan lepas ni kau lupa kita orang sudah lah."
Farah mencebik mendengar kata kata mereka. "Biar lah! Asalkan aku bahagia dan gembira! Hahaha!"
Wani, Amani dan Qila saling berpandangan. Gelak tawa Farah sangat menyakitkan di telinga mereka.
Such a selfish person!
"Dah lah, aku malas nak layan si 'penjual ikan'." Wani menekankan perkataan penjual ikan. Mereka bertiga berlalu ke tepi pantai. Meninggalkan Farah berseorangan.
Farah hanya menggeleng kepala perlahan. "Entah apa apa je. Jeles lah tu!" Farah ketawa perlahan. Kemudian dia menghampiri Firman dan Farhan.
"Eh budak, kenapa tak join aktiviti tu?" Soal Farhan. Farah hanya tersengih.
"Aktiviti tu melibatkan air. Farah tak bawa baju lebih lah cikgu Farhan..." meleret suara Farah ketika menyebut nama Farhan.
"Sejak bila kamu tak suka main air ni? Biasanya kamu tak peduli pun?" Soal Farhan lagi.
Farah melirik ke arah Firman. "Sebab ada orang tu tak suka..." Firman hanya membuat muka selamba. Tidak terasa dengan kata kata Farah.
Farhan memandang Farah dan Firman silih berganti. Keluhan dilepaskan.
"Love is something that someone will accept,either good or bad, their couple's attitude. By hook or by crook."
"Love who you are, not who you will be."
Selepas berkata begitu, Farhan meninggalkan Farah dan Firman. Farah tersenyum nipis. Cukup terasa dengan kata kata Farhan. Dilihatnya, Firman seperti tidak terkesan dengan kata kata abangnya. Adakah Firman tidak mempunyai perasaan?
Seharian Farah memikirkan kata kata Farhan. Adakah aku dah salah menilai? Selama ni aku je yang desprate dengan Firman. Tapi dia?
Farah melabuhkan kepala diatas meja belajarnya. Jam sudah menunjukkan ke angka 10.17 malam.
"Pian..." tiba tiba nama Pian terbit pada bibir Farah. Farah tersedar. Badan ditegakkan.
Pian? Apa khabar dia sekarang? Dah lama aku tak contact dia. Last...dalam bulan5! Ya ampun, kenapa aku boleh lupa Pian ni?!
Farah terus mencapai telefon bimbitnya. Nombor Pian dicari.
Nak call ke tak?
Setelah 2minit hanya merenung nombor Pian, akhirnya Farah meletakkan semula telefon bimbitnya ke sisi meja.
"Mesti Pian marah kalau aku call dia. Siapa suruh kau abaikan dia Farah?" Soal Farah sendiri.
Laptop dicapai. Ingin menyambung membuat latihan dari laman sesawang di internet. Namun matanya terpandang pada email yang sudah berzaman tidak dibukanya.
Simbol email ditekan.
Mata Farah tertancap pada nama Pian.
pianursyazlin@gmail.com
Farah tersenyum seketika. Teringat bagaimana Pian boleh menggabungkan namanya untuk membuat email. Email dari Pian ditekan. Dadanya berdebar debar. Mungkin sebab rindu Pian?
"Hai Farah?"
Farah mengerut dahinya. Hai Farah? Why sounds so weird and awkward?
"How is your life? Must great + much better right? Ya I know (laugh). Ergh apa jadah aku nak speaking dengan kau ni? Nonsense. K aku nak cakap something. Aku tahu kau dah bahagia sekarang, hidup kau dah lengkap, kau dah dapat balik kehidupan mummy and daddy kau. Dan yang paling buat kau bahagia of course lah bila dah dapat hati abang pengawas kau tu kan? Haha. Aku tahu...kau terlalu bahagia. #sampaikaulupakanaku ceh hahahaha."
Lap! Dup!
Farah terhenti membaca. Jantungnya laju mengepam darah. Matanya sudah hangat. Bila bila masa akan jatuh mutiara mutiara jernih dari tubir matanya.
"Aku taknak cakap banyak sebenarnya ni. Malas nak tekan keyboard yang kayu macam kau! Kita dah nak SPM, so aku nak ucap terima kasih banyak banyak atas pertolongan, khidmat and all kindness thing that you have done for me. Aih speaking lagi! Hahaha. Abaikan. Aku tahu aku banyak terhutang budi dengan kau selama ni. Jangan risau, aku akan bayar balik semua kebaikan yang kau bagi pada aku. Belajar rajin rajin."
"Aku nak minta maaf juga andai kata in more than 5 year kita kawan, aku selalu menyusahkan kau. Buat kau marah, sakit hati bagai. Is it not too late to say sorry right? So ampunkan lah. Nabi Muhammad pun ampunkan umat apatah lagi kau kan? K sorry jangan terasa hati sangat. Aku pun dah maafkan segala kesalahan kau dan udah juga gwe halalkan segala apa macam yang aku berikan pada kau. Cuma satu aku minta..."
"Lupakan aku dan jangan pernah cari aku."
"Senang cerita, anggap aku hanya masa lalu kau. Since kau pun dah tak perlukan aku, apatah lagi aku, yang sememangnya tak perlukan kau dalam hidup aku."
Sepanjang email yang dihantar, air mata Farah mengalir laju. Farah terkedu sebentar.
Pian dah tak perlukan aku?
Air mata makin laju mengalir. Tersedu sedan Farah dibuatnya. Tarikh email dihantar dilihat.
3 Jun.
3 Jun? Birthday Pian? Ya Allah! Kenapa baru sekarang aku ingat? Kenapa baru sekarang aku sedar?!

ANDA SEDANG MEMBACA
BUDAK
Teen FictionAku yang dulu mengejar jasad yang tidak bernyawa. Berharap akan ada keajaiban untuk dia membuka pintu hati untuk aku. Namun, makin aku kejar, makin aku sedar. Ianya hanya sekadar harapan. DIA yang sering berada disisi tatkala hati dilanda kesedihan...