"Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih kepada saudara dan saudari yang sudi hadir dalam majlis kesyukuran pada malam ini. Saya nak umumkan something sebenarnya ni." Masing masing memandang Farhan yang sedang memberi ucapan.
Farah yang duduk disebelah umi, asyik mengerling Firman. Apabila Firman menayang penumbuk, Farah hanya menayang barisan giginya yang putih sahaja.
"Em Fir, sini!" Panggil Farhan. Firman mengangguk dan mendekati Farhan.
"Okey, ni adik bongsu saya, Firman. Majlis kesyukuran ini kami adakan untuk meraikan kejayaannya dalam SPM."
"Oh result dah keluar kan?" Sampuk satu suara. Farhan mengangguk dan tersenyum.
"Alhamdulillah, kami bangga dengan pencapaian dia." Sambung Farhan.
Farah memberikan tepukan yang gemuruh. Diikuti yang lain. Farah memandang Umi yang tiba tiba teresak.
"Umi, kenapa?" Umi menggelengkan kepala. Farah kembali memandang Farhan.
"Dengan keputusan yang adik saya dapat, dia telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Saya harap, saudara dan saudari dapat mendoakan keselamatan dan kejayaan buat adik saya. Terima kasih."
Masing masing mengucapkan tahniah kepada Firman. Firman menyalami tetamu lelaki yang hadir.
"Tahniah, Firman! Cikgu bangga dengan kamu!" Cikgu Kamarul memeluk Firman. Firman membalas pelukan cikgu.
"Anak murid saya, banggakan saya sampai ke Taiping! Tahniah!" Firman dan Paklong ketawa.
"Terima kasih cikgu, Tuan. Tanpa kalian, siapa lah saya kan? Doakan kejayaan saya." Firman memeluk Paklong.
"Tahniah, bro!" Pian berjabat tangan dengan Firman. Firman menarik jambul Pian sambil ketawa. "Kau, jangan asyik nak main je tau! Belajar rajin rajin. Aku yakin, kau boleh berjaya nanti." Pian mengangguk mendengar pesan Firman. Senior lah katakan.
"Mana Farah ni?" Keluh Pian. Firman turut melilau mencari Farah.
"Tu haa!" Firman menunjuk ke arah Farah yang sedang termenung.
One. Two. Three.
"Baaaaa!!!" Farah tersentak. Pian sudah ketawa mengekek.
"Apa kau buat kat reban ayam pagi pagi ni? Termenung pula tu." Soal Pian sambil duduk mencangkung disebelah Farah.
Farah melepaskan keluhan kecil. Babak majlis kesyukuran semalam masih kuat diingatan. "Dia dah nak pergi. Aku takut."
Pian juga mengeluh. "Apa nak buat. Hidup tetap kena teruskan. Lagipun....haih." Pian menggelengkan kepalanya perlahan. Dilihatnya Farah masih merenung jauh.
"Farah, kau pun masih tak dapat tanda tanda yang dia suka kau. Even dari dulu lagi. And now, dia sendiri decide nak pergi lagi jauh dari kau. Takkan kau tak faham faham lagi?" Ujar Pian perlahan.
"Tapi Pian......." Suara Farah sudah berubah sedih.
"Aku suka dia." Esakan kecil kedengaran ditelinga Pian. Pian mengeluh perlahan.
"Eii bodoh lah! Aku benci menangis! Hmmm Pian...." Farah sudah merengek di sebelah Pian.
Bahu Farah ditepuk berkali kali. "Kau banyak masa lagi. Percayalah, kalau Tuhan dah tetapkan jodoh kau dengan dia, dia sendiri akan muncul depan kau. Cuma kita tak tahu bila."
"Aku takut dia lupa aku." Farah mengesat air matanya dan melentokkan kepala dibahu Pian.
"Ya Tuhan! Siapa je yang boleh lupa budak mental macam kau ni?!" Jerit Pian tiba tiba. Farah terkejut dan terus menolak Pian hingga tergolek.
"Tak guna kau! Hilang mood aku nak berfeeling!" Farah dan Pian ketawa serentak.
"Hey, apa dibuat kat reban ayam belakang tu? Tak reti reti nak mandi? Bertuah betul lah budak budak ni! Farah! Pian! Mandi!!" Jerit Tokmak dari halaman rumah.
Farah dan Pian hanya menayang sengih apabila tokmak sedang menayang penyapu ke arah mereka.
Farah mencapai handfonenya di atas meja. Ada satu pesanan baru dihantar.
Firman? Ada apa dia mesej aku ni? Bisik hati Farah.
To : Farah
From : Abang Pengawasku
"Morning budak! Muhammad Arash Firman nak jumpa Farah Nur Syazlin pada ketetapan berikut :
Masa : 5 pm (today!!)
Tempat : dalam hatiku ceh (sungai)
Sila bawa bestfriend anda sekali okey? See you there!!"
Farah tersenyum. Teringat pula masa dia selalu dapat surat amaran daripada Firman. Tulis kat kertas, nama penuh, kelas, masa, dan kesalahan. Then muka aku ni jadi tong sampah dia! Eii tak faham betul perangai Firman ni.
Tangannya laju menaip untuk membalas.
To : Abang Pengawasku
From : Budak mental
"Morning, si kayu! Farah Nur Syazlin sudah menerima arahan daripada Muhammad Arash Firman! See? I ikut peraturan tau kali ni. Hahahaha. Firman, Firman, dah habis sekolah, tegas pengawas tak pernah hilang dalam diri kau kan? Haha cant wait to meet you today!!"
Firman tersenyum sendiri membaca mesej Farah.
"Haih budak, budak. Perangai tetap budak!" Firman menggelengkan kepala beberapa kali.
Tiba tiba satu bantal melayang ke mukanya. "Aduh! Siot lah perangai!" Marah Firman. Fahmi hanya tergelak sahaja.
"Kau apa hal senyum sorang sorang? Mental dah ke?" Firman hanya membalas dengan jelingan.
"Petang ni Fir nak pergi sungai. Nak ikut?" Soal Firman.
"Buat apa aku ikut kau? Baik aku tidur. Sakit siot badan belakang ni!" Fahmi merenggangkan badannya. Maklumlah, dia baru tiba di Taiping subuh tadi. Group bola dia buat meeting mengejut pula semalam.
"Aku nak ikuttt!!" Jerit Firdaus dari arah dapur. Firman sudah menayang sengih pada Fahmi.
"Eh nak pi sungai ea? Han ikut!" Sampuk Farhan yang kebetulan baru turun tangga.
Fahmi menayang muncung. "Kalau semua pergi, Ami pun pergi lah!" Ujar Fahmi.
Fahmi memandang Firman. Pipi Firman dipegang.
"Tak sanggup lagi aku, stay alone in this room, di dalam rumah full of biri biri!" Fahmi menyanyi kuat lagi Tragedi Oktober dengan liriknya sendiri.
Firman sudah menendang kaki Fahmi. Namun Fahmi sempat mengelak sambil ketawa besar.
"Mandi lah mangkuk! Dah bau kerbau masing masing." Arah Farhan sambil menghalau Fahmi dan Firman. Masing masing berlari naik ke atas.
"Daus! Kau dah mandi belum?" Jerit Farhan sambil melabuhkan duduk di hadapan tv. Firdaus menjengulkan kepalanya dibalik dinding dapur.
"Belum. Satgi. Kasi aku kenyang dulu okey?" Ujar Firdaus sambil melayangkan flying kiss. Farhan menggelengkan kepala.
"Geli betul dapat adik beradik tiga suku macam korang ni!"
ANDA SEDANG MEMBACA
BUDAK
Fiksi RemajaAku yang dulu mengejar jasad yang tidak bernyawa. Berharap akan ada keajaiban untuk dia membuka pintu hati untuk aku. Namun, makin aku kejar, makin aku sedar. Ianya hanya sekadar harapan. DIA yang sering berada disisi tatkala hati dilanda kesedihan...
