Aril memerhati Farah atas bawah. Dengan mata sembab, muka pucat sedikit, bersiap pun ala kadar je.
Kalau bukan Farah yang beria nak bersiar siar di area Kundasang tu, tak adanya dia datang pagi pagi macam ni.
"Kau okey tak Farah?" Soal Aril risau. Tangannya spontan melekap pada dahi Farah.
Terus ditepis tangannya oleh Farah. Jelingan tajam dihadiahkan.
"Hm nasib baik tak demam! Kau okey tak ni?" Soalnya buat kali kedua.
"Okey lah! Jom!" Gerak langkah Farah terhenti apabila melihat gerangan yang berada didalam kereta.
"Kenapa kau bawak dia?!!!" Soalnya lemah sambil menghentakkan kaki beberapa kali. Dah tak larat nak menjerit.
Aril tersengih. "Kita mana ada kereta kat sini? So, dia dah offer nak bawa kita jalan jalan. Why not?"
Farah mengeluh pasrah. Dah nama pun Aril, mana boleh tolak offer free!
Sepanjang jalan, Farah hanya diam sahaja. Aril tanya sepatah, dia jawab sepatah. Aril tanya berpatah patah, tetap di jawab sepatah.
Tiba di pasar Philipine? Ke pasar apa nama dia ni, Aril meninggalkan Farah dan Pian berdua. Farah tetap diam. Hanya jelingan diberikan buat Aril.
Pian yang melihat keadaan Farah turut risau. Apatah lagi bila Aril beritahunya, beginilah keadaan Farah ketika dia menghilangkan diri. Dan juga ketika dapat tahu tentang mummynya.
Farah hanya berjalan sambil mata melilau dibahagian kiri dan kanan. Tangan dimasukkan kedalam sweater. Tiada hati untuk melihat.
Pian mengejar langkah Farah. "Kenapa diam je?" Soalnya.
Farah melihat kearah lelaki scary disebelahnya sebentar sebelum kembali memandang hadapan.
"Bukan masalah awak." Pian mengangguk perlahan. Kemudian matanya terpandang lolipop yang dijual disitu. Terus dia meninggalkan Farah.
Farah menghela nafas lega. Pergi pun!
Namun, tidak sampai 2 minit, lelaki itu datang kembali. Farah menjeling. Ingat dah pergi tadi!
Tiba tiba lolipop dihulur buatnya. Farah memandang lelaki disebelahnya itu.
"Nah, untuk kau!" Ujar Pian.
"Aku tak makan lolipop lah. Macam budak budak!" Nafi Farah. Namun matanya masih menjeling lolipop ditangan lelaki itu.
Pian mengerut kening. Dia dah tak suka lolipop ke? Soalnya sendiri.
"Lolipop ni tidak dicipta hanya untuk budak budak je. Kita yang dewasa ni pun boleh makan, buat hilangkan stress, sedih ke?" Ujar Pian lagi.
Farah diam. Mata merenung kaki. Langkah tetap diatur. Tak tahu dah kemana hala tuju mereka.
"Nah!" Pian menghulur lagi.
Perlahan, Farah mengambil. Namun dia hanya merenung sahaja lolipop ditangannya.
Pian mengajak Farah untuk duduk dibangku yang menghadap ke arah gunung kinabalu. Nampak tenang. Jauh dari hiruk pikuk di pasar tadi.
Pian hanya memerhatikan riak wajah Farah. Agak agak dia ingat lagi tak memori mereka dengan lolipop tu?
Teringat reaksi bahagia Farah apabila mendapat lolipop daripadanya.
"Yeayyyy lolipop!! Thankyou Pian, I love you!!"
"Yeayyy thankyou! I love you!"
"Ahhhhh Pian!! Thankyou! I love you!"
Thankyou, I love you. Walaupun sekadar kata, aku tahu kau tak bermaksudkan yang kau suka aku Farah. I love you kau pada aku dulu memang murah. Tapi aku tetap bahagia.
Aku bahagia. Aku satu satunya manusia yang selalu dapat ayat keramat kau tu. Aku terlalu bahagia. Kalau boleh hari hari aku nak dengar ayat kau tu.
Pian melepaskan keluhan. Betapa aku rindu semuanya tentang kau, Farah. Wajah Farah diperhati lagi. Terdapat cecair jernih dihujung matanya.
Farah, kau rindu aku?
Tiba tiba handfone Farah berbunyi. Farah yang tersedar dari lamunan, terus mengesat hujung matanya.
Melihat nama Firman yang tertera di skrin, video call, membuatkan Farah tersenyum lebar.
"Assalamualaikum, awak buat apa tu sayang?" Soal Firman.
Farah ketawa perlahan mendengar kata kata Firman.
"Waalaikumsalam! Farah tengah siar siar kat sini. Bila lagi nak dapat jalan kat Sabah kan?"
Firman mendekatkan wajahnya pada skrin. Farah mengerut kening.
"Fir kenapa ni?"
"Kenapa mata sembab semacam? Are you crying?" Soalnya.
Farah tersenyum. "Hm Im crying. Because of you!"
Terlihat Firman menggeleng kepala. "Rindu I ya sayang?" Soalnya sambil tergelak besar.
"Of course, I rindu you! Bila nak balik ni? Tak kesian dekat umi ea?"
"Sabar lah. Bulan depan Fir balik. Jaga diri kat sana. Jaga hati juga!" Farah ketawa mendengar pesanan Firman.
"Insya Allah! Fir tu jaga diri. Jangan nanti balik bawa minah saleh sudah! I penggal kepala you!"
"Trust me, Im not!"
"Okey, kirim salam Ami."
"Bye, sayang, I miss you!" Firman melemparkan flying kiss.
Farah tergelak. "I miss you more! Bye!"
Setelah mematikan talian, senyuman Farah kian melebar. Firman, masih layan aku macam budak budak! Apa dia ingat aku adik perempuan dia ke?!
Baru Farah perasan, lelaki scary itu sudah tidak ada disebelahnya. Hai manalah mamat tu pergi.
"Hoi Farah! Kat sini rupanya kau. Matahari dah tegak atas kepala ni. Taknak balik ke budak?" Sergahan Aril membuatkan Farah terkejut.
Tak guna mamat ni!
"Eh kita balik berdua je ke? Kawan kau tu mana?" Soal Farah apabila Pian yang memandu tanpa menunggu.
"Dia ada hal kat sini katanya. Kita balik dulu lah. Nanti aku ambil dia balik."
Farah mengangguk perlahan. Kemudian dia memandang Aril yang sedang memandu dengan senyuman.
Aril memandang Farah pelik. "Kau ni dah kena sampuk hantu mana? Tadi diam macam mayat hidup."
Lengan Aril ditepuk perlahan.
"Aku ada good news ni! Firman and Fahmi will come back next month!!!!! Yeayyyyy tak perlu aku hadap muka kau lagi! Wekkkk!" Sempat lagi diejek Aril.
"Alhamdulillah, aku pun tak ada masa dah nak layan kau. Baby aku pun dah nak balik sini! Yes!" Ujar Aril teruja.
Farah terdiam sebentar. Aril dipandang.
"Siapa baby kau? Jangan cakap...." Farah tidak menyebut namanya.
Namun Aril seakan tahu Farah hendak menyebut nama siapa. Senyuman lebar diberikan buat Farah.
"Aril!!! Serius lah?! Siapa?!" Soal Farah ingin tahu.
"Dr. Sharifah Aqilah."
"WHAT?!!!!!!!" Jeritan Farah membingitkan telinga. Aril hanya menjeling.
"Sejak bila kau dengan Qila ni?!" Soalnya lagi.
Aril hanya tersengih.
"Patutlah dah berhenti merokok. Takut kena ceramah dengan doktor lah ni!" Farah ketawa bahagia.
Tak sangka, Wani yang suka Aril pada mulanya, dah bertunang dengan orang lain. Aril yang pendiam-beku ni boleh pula terpikat dengan si Qila yang blur blur ayam tu.
Hm masing masing dah bahagia. Kau bila lagi?
ANDA SEDANG MEMBACA
BUDAK
Teen FictionAku yang dulu mengejar jasad yang tidak bernyawa. Berharap akan ada keajaiban untuk dia membuka pintu hati untuk aku. Namun, makin aku kejar, makin aku sedar. Ianya hanya sekadar harapan. DIA yang sering berada disisi tatkala hati dilanda kesedihan...
