BAB 4

4.2K 306 11
                                    

"Weii apahal dengan mata kau tu? Bengkak semacam je." Soal pian sambil merenung muka Farah.

"Aku tahu lah aku cantik. Tak payah nak tenung aku macam tu sekali! Ergh!" Farah memalingkan mukanya.

"Woi aku tengah cakap dengan kau, kau boleh pulak tak ngadap muka aku?" Soal Pian lagi.

Lah si Farah ni dah kenapa pula? Jarang jarang dia macam ni. Demam ke?

Laju tangan Pian menyentuh dahi Farah. Farah menolak tangannya.

"Hmm tak demam." Ujarnya perlahan.

"Eh Farah, kau ni okey ke tak ni?" Soalnya buat kesekian kalinya.

"Aku okeylah. Aku ngantuk gila nii. Semalam tak cukup tidur. Cover aku ea?" Pinta Farah.

Pian mengangguk ngangguk.

"Jakgi rehat kau turun tak?"

Farah memggeleng.

"Okey, take a rest!"

.....

"Hari ni aku nak makan apa ya?" Soal Pian sendiri.

"Nasi lemak ayam? Nasi lemak ikan? Ayam? Ikan? Ayam? Ikan? Ahh nasi lemak biasa je lah!"

Terus Pian berlari menuju kantin.

"Mak mahhh!!!" Jerit Pian kuat.

"Oh pocot mak kau!" Mak mah yang sedang menggaul kari melatah. Lalu dia memandang Pian.

"PIAN!!! Buat makmah terkejut je."

"Hehehe sorry mak mah!" Ujar Pian sambil tersengih sengih.

"Eh kamu sorang je ke? Mana Farah?" Tanya mak mah.

"Ouh Farah tidur kat kelas. Haa mak mah nasi lemak satu! Dgn hadiah misteri saya satu! Hehehe."

Jeng jeng jeng! Siap ada hadiah misteri tau aku! Hahahaha. Khas untuk aku sorang je yang tebus. Kau hado? Hahaha.

"Thankyou makmah!"

Baru sahaja Pian melabuhkan punggungnya, dah ada yang datang menganggu. Kang ada juga yang kena telan dengan aku hidup hidup kang.

"Yow Pian! Mana partner kau? Hilang dah?" Soal Zack.

Datang lah juga yang lain mengerumuni Pian. Ah sudah ni yang aku malas nak layan ni. Menyibuk je nak tahu pasal Farah.

"Haaa yang bawak rombongan 'Wak Ramli' datang meja aku ni apa hal?" Soalan di balas dengan soalan.

"Ala Pian, kitorang nak tanya je. Mana Farah? Sakit ke?" Ismail pula menyoal.

"Eleh korang bukan menyampah ke dengan perangai dia?" Perli Pian. Dia terus menyumbat sesudu nasi lemak ke dalam mulut. Ahhh nikmatnya!

"Makmahhh!!! Sedapnyaa!!!" Jerit Pian kuat. Mereka yang berdekatannya menutup telingga.

Pian gelak besar. Padan muka korang! Kahkahkah!

"Sialnya perangai! Aku tanya taknak jawab!"

Pian tersengih sambil menggaru garu kepala. "Sorry bro! Aku lapar ni. Kang korang serombongan aku telan kang!"

"Haa lagi satu kalau nak tahu pasal Farah, tanya je lah dia sendiri. Buat apa tanya aku?"

"Kau gila? Tak pasal pasal penumbuk hinggap kat muka kitorang kang." Balas Haikal. Yang lain mengangguk sebelum masing masing ketawa besar.

"Mana kau tahu ?"

"Erk perangai dia lah. Ganas. Garang." Mereka tersengih.

"Eleh tu time dia takde mood kau dtg kacau mmg kena lah. Eh sudah lah aku nak makan. Sebarang pertanyaan sudah ditutup. Harap maklum. Sila ke kaunter sebelah. Terima kasih!"

Masing masing memandang meja sebelah. Mana ada orang daa! Yang engkorang pergi tengok tu apa kes? hahahaha sengal tak sudah!

.....

"Farah....ohh Farah!" Pian mengejut Farah. Dia mengambil tempat dihadapan Farah dan duduk menghadap Farah.

Hai tidur mati jugak minah ni. Lalu Pian menongkat dagu memandang Farah. Di perhatikan sahaja wajah Farah yang selama ini setia berada disisinya. Yang sentiasa mendengar luahan hatinya.

Cantik! Desis hatinya. Macam mana aku boleh tak perasan selama ni? Hehe. Eh! Kau jangan macam macam Pian! Pian menampar pipinya beberapa kali.

Okey tak. Aku cakap cantik je, bukan suka or what heleh. Kemudian Pian menggaru kepalanya sambil tersengih.

"Kau ni Paan, gila ea?" Tegur Sarah. Dah dia senggih sensorang, gila lah tu namanya.

"Paan otak kau! Pian lah!" Sarah ketawa atas kesilapannya.

Pian tidak mempedulikan Sarah. Dia kembali fokus kepada Farah.

"Woii! Bangun! Farah!!!!" Kejut Pian sambil menggendang meja.

"Ish jangan kacau lah Pian!!"

"I have a lolipop! Take it or throw it?" Main tarik tali lah kita ya.

Besar terus mata Farah.

"LOLIPOP?! Nak nak!!" Dia terus merampas dari tangan Pian.

"Yeayyy Piannn!!! I love you!!!" Jerit Farah.

Masing masing dalam kelas memandang. Suasana terus senyap setelah mendengar Farah menjerit I love you.

Pian memandang mereka sambil tersengih.

"Lek lek. Normal ah budak dapat lolipop an? Haa jangan buat gosip liar! Kang lari fans fans aku kang!" Ujar Pian dengan amaran.

BUDAKWhere stories live. Discover now