Dengan muncung sedepa, Farah menghempas pintu kereta. Aril yang sedang bermain dengan telefon bimbitnya terkejut.
"Woi! Jahanam kereta aku, kau nak ganti?" Marahnya.
Farah hanya menjeling. "Jalan lah cepat! Kang kena marah lagi lambat sampai."
Aril merenung Farah tajam. "Aku punya baik sampai awal. Tunggu kau siap dekat setengah jam. Nak marah aku pula?"
Bebel bebel, tangan Aril laju menukar gear dan menekan minyak.
Farah hanya mendiamkan diri sahaja. Namun riak wajahnya benar benar tidak puas hati.
Aril pelik. "Kau ni dah kena sampuk hantu mana? Macam tak betul je aku tengok."
"Eiii diam lah! Bukak tingkap please? Aircond kau ni langsung tak sejukkan hati aku."
Belum sempat Aril menekan button menurunkan tingkap, Farah sudah menekan dahulu.
Aril hanya memerhatikan sahaja gelagat Farah yang sepertinya macam baru lepas jogging!
"ARGHHHHH!!!!!"
Aril serta merta menekan brek kecemasan. Terkejut mendengar jeritan Farah yang tiba tiba.
Tinn!! Tinn!!
Aril sempat mengurut dadanya beberapa kali. Sebelum mengalihkan kenderaan ke tepi jalan.
"Woi kau nak mati pun jangan lah ajak aku! Tak fikir keselamatan langsung! Kau ingat nyawa ni macam nyawa kucing ke?! #!@/^&?
Farah hanya menutup telinga mendengar Aril membebel panjang beserta dengan carutan yang sangat tidak bersivik!
Dan sepanjang jalan ke kolej hanya berteman dengan tarbiah kehidupan yang langsung tidak menyentuh hati Farah.
"Thankyou for your free speech!" Farah segera turun dari kereta dan berlalu meninggalkan Aril.
Nasib baik harini kelas mereka tidak sama. Tidak perlu mendengar bebelan dia lagi.
Ahh sakitnya telinga!
Pukul 11.45 kelas Farah tamat. Farah terus menuju ke library. Aril punya kelas habis pukul 2 sebab ada dua class harini.
Farah mengambil tempat yang agak tersorok. Sorry, bukan datang untuk study😛.
Kepala dibaringkan ke atas meja. Telefon dicapai. Bukak group whatsapp Blackiesgirl.
Gais!! What's up?
Moneyss typing...
Woneyss typing...
Woneyss : Doing great! Having lunch with En. Tunang😙😙
Woneyss : Picture
Farah tersenyum melihat kebahagiaan Wani. Dah tunang dah member kita sorang ni!
Moneyss : kau tak payah nak acah sawet kat sini wani!!
Moneyss : muntah hijau aku kat sini.
Moneyss : aku tengah praktikal kat Terengganu ni.
Moneyss : matilanakkk aku tak faham apa orang sini cakap siak!
Moneyss : eh budak bandar, tolong hantar translator sorang kat sini😂
Moneyss typing...
Woneyss typing...
Farah tergelak sendiri. Amende lah Amani ni.
Wani...congrats! Sorry tak dapat datang majlis tunang kau masa tu.

YOU ARE READING
BUDAK
Teen FictionAku yang dulu mengejar jasad yang tidak bernyawa. Berharap akan ada keajaiban untuk dia membuka pintu hati untuk aku. Namun, makin aku kejar, makin aku sedar. Ianya hanya sekadar harapan. DIA yang sering berada disisi tatkala hati dilanda kesedihan...