Diam tak diam, tiga bulan sudah berlalu. Senyuman lega mula terukir diulas bibirnya. Dia bersyukur, akhirnya segala urusannya di syarikat itu sudah selesai. Kini dia sudah tiada kaitan dengan syarikat itu lagi.
"Senyum memanjang anak mak ni?" Teguran daripada Puan Hana membuat Pian tersengih.
Tangan Puan Hana ditarik agar duduk disisinya.
"Mak, kita dah boleh balik semenanjung. Urusan Pian disini semuanya dah selesai." Ujar Pian.
Hanya senyuman nipis yang terukir dibibir Puan Hana. Lengan anaknya diusap lembut.
"Dah besar panjang dah anak mak ni." Pian melihat wajah Puan Hana yang kelihatan sayu. Tubir mata wanita tua itu juga sudah mula berair.
"Mak tahu, anak mak akan lakukan apa sahaja untuk orang yang dia sayang. Termasuk melakukan apa yang dia tak suka."
"Mak-"
"Mak tahu semuanya, Pian. Kamu tak cerita pun, mak tahu." Pian menundukkan wajahnya.
"Cuma satu mak nak ingatkan. Jangan letak harapan setinggi gunung. Tak kira sekuat mana pun kita ni, tapi hati-" Puan Hana menggantungkan ayatnya. Wajah anaknya ditatap.
Pian melemparkan senyuman untuk menyedapkan hati maknya. Jari-jemari Puan Hana digenggam erat.
"Tak kiralah dari ketinggian mana pun yang Pian jatuh, Pian nak mak tahu kekuatan Pian takkan pernah goyah." Air mata Puan Hana dikesat oleh Pian.
"Mak kekuatan Pian." Dahi Puan Hana dicium penuh kasih sayang.
"Ladies and gentlemen..."
Mendengar pengumuman yang diberikan oleh Cik Pramugari, degupan jantung Pian makin laju. Sudah sekian lama dia tidak menjejakkan kaki di negeri kelahirannya.
Langkah kaki di atur untuk mengambil bagasi. Tangan kirinya setia memimpin mak kesayangan. Bibirnya tidak lekang dari senyuman sejak tadi.
"Darwish Farhan bin Azrai!"
Kaki yang baru memulakan dua langkah untuk keluar dari kesesakan orang ramai terpaksa berhenti apabila namanya dipanggil.
Nama penuh okey!
Dengan debaran, Pian berpaling ke belakang. Melihat gerangan siapakah yang memanggil namanya.
Dua pasang mata saling berpandangan antara satu sama lain. Dunia bagaikan berhenti berputar setelah Pian berjaya mengenali gerangan itu.
"How small this world is!" Ujar Pian menghampiri gerangan yang sudah berusia pertengahan abad itu lalu memeluknya erat.
"Tak sangka besar panjang dah kamu ni ya." Ujar lelaki itu sambil tersenyum gembira melihat Pian.
Pian ketawa. "Of course! Since cikgu pun dah makin tuakan."
Cikgu Kamarul ketawa mendengar jawapan Pian. Yes, this is my favourite teacher and only my favourite! Bisik hati Pian.
"Kita jumpa kat majlis Farah nanti. Boleh borak panjang sikit." Kata-kata cikgu Kamarul membuatkan Pian terkedu.
"Em...majlis Farah?" Teragak-agak Pian menyoal.
Cikgu Kamarul tersengih melihat kelakuan Pian. Bahu Pian ditepuk perlahan.
"Majlis kesyukuran, Farah dan Firman."
Bagaikan ada dentuman guruh dan kilat yang sabung-menyabung dilangit, Pian hilang kata-kata. Terasa dunia disekelilingnya berputar-putar.
Entah berapa lama dia hanya diam, berdiri ditengah-tengah pusat alam. Bayang-bayang cikgu Kamarul juga sudah tidak kelihatan disekelilingnya.
"Pian.." wajah maknya dipandang. Melihat maknya, terngiang-ngiang kata-katanya sebelum mereka berlepas ke sini.
Betullah kata mak. Hati kita tak akan kuat seperti yang kita sangka.
Dengan pasrah, dia menghampiri Puan Hana lalu memeluk emaknya erat. "Mak..." hanya rintihan itu yang mampu keluar dari mulutnya.
Kepala dibenamkan pada bahu Puan Hana. Tidak tahu mengapa hatinya rasa sungguh sakit. Terasa bagaikan jantung tercabut dari tangkainya lalu hancur dilenyek-lenyek.
Sedarlah Pian, tiada apa lagi yang boleh kau harapkan. Deringan telefon bimbit menyentapkan lamunannya. Pian memandang Puan Hana yang sudah tertidur di sisinya.
"Hello?" Pian mula menyapa si pemanggil. "Aku kat dalam teksi ni. Baru sampai." Jawab Pian bagi membalas pertanyaan si pemanggil. Hm siapa lagi kalau bukan si Aril? "Tak. Aku malas nak keluar. Jangan kacau aku." Talian terus diputuskan setelah Pian mengungkap kata-kata itu.
Pemandangan jalan raya diluar tingkap dipandang penuh syahdu. Diiringi renyai hujan yang seakan mengetahui perasaannya ketika ini. Farah, andai aku tahu begini kesudahannya. Aku tak akan sesekali tinggalkan kau. Aku tak akan sesekali hidup berjauhan dari kau. Biarlah aku ada disisi kau saat kau berduka mahupun bahagia. Aku cuma mahu berada disisi kau. Aku mahu jadi yang pertama dalam hidup kau.
Cuma itu yang aku mahu.
"Katering dah siap?" Soal Farah pada seseorang yang sedang berada di dalam talian. Kepala diangguk-angguk saat mendengar butir bicara orang itu. "Okay, yang penting semuanya dah settle. Esok jangan lambat ya!" Pesan Farah. Talian segera dimatikan.
Senyuman mula terukir dibibir kecilnya. Tidak disangka kepulangan Firman membawa sinar baru dalam hidupnya. Apatah lagi dengan kedatangan si kecil yang menambahkan warna pelangi dalam hidupnya.
"Mama Ra, that cat scratched my hand!" Farah disergah oleh si kecil Irish. Nurul Irish. Farah tersenyum memandang Irish. "Meh sini mama tengok." Irish menunjukkan lengannya yang dicakar oleh haiwan peliharaan Dato Kamel yang baru sahaja dipelihara.
"Ala, sikit je ni. Pergi minta ganti rugi dekat grandpa." Ajar Farah. Irish membuat muka blur. "Why, grandpa?" Farah tersenyum jahat. "Because that cat belongs to him. Now, find your grandpa okay?" Irish tersengih apabila memahami kata-kata Farah. Lincah sungguh dia mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas untuk mencari datuknya.
Haih, tak sia-sia Firman mengambil budak ni sebagai anak angkatnya. Sudahlah cantik, bijak pula tu. Memang tak dinafikan Irish mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Serta mudah menerima bahasa baru. Dia juga mudah belajar sesuatu yang baru. Dey, berapa banyak kali nak baru ni?
"Amboi, senyum sokmo!" Anak mata Farah bergerak mencari manusia yang menegurnya. Senyuman Farah melebar. "Haruslah. Sekarang saya sudah mempunyai seorang anak perempuan yang bijak seperti saya." Firman yang mendengar jawapan Farah membuat reaksi menyampah. Mata ke atas, tangan steady memeluk tubuh.
"Jangan nak berangan! Mana princess aku?" Senyuman Farah melebar lagi sambil mengangkat tangan seperti budak sekolah yang ingin menjawab soalan seorang guru. "Disinilah princess awak. Tak nampak ke?" Mata dikelip-kelipkan beberapa kali. Firman memberikan pandangan kosong pada Farah. Mula lagi dah dia ni. Tangannya laju saja menarik hujung tudung Farah.
"Cakap cepat, mana Irish?" Ugut Firman. Tangan masih tidak melepaskan hujung tudung Farah. "Aih, sabarlah. Orang gurau pun tak boleh! Daddy, tengok Fir ni!" Jerit Farah memanggil Dato' Kamel agar Firman melepaskan tudungnya. Firman hanya menayang senyum menang tatkala tiada siapa yang mendengar jeritan Farah.
Jelingan mata dibalas jelingan. "Majlis kita esokkan? Kenapa nak cari pasal lagi ni?" Soal Farah sambil memeluk tubuh. Firman melepaskan tangannya. "Alolo, marah ke?" Soal Firman kembali sambil menjongket keningnya. "Fir rasa?" Farah membesarkan bola matanya. Firman memandang anak mata Farah dalam-dalam. "Fir rasa ada sinar kebahagiaan dalam mata tu bila I berada disisi you. Kan?" Jawapan Firman membuatkan Farah tergelak. Laju sahaja tangannya mencubit pinggang Firman.
"Mengada!"
YOU ARE READING
BUDAK
Teen FictionAku yang dulu mengejar jasad yang tidak bernyawa. Berharap akan ada keajaiban untuk dia membuka pintu hati untuk aku. Namun, makin aku kejar, makin aku sedar. Ianya hanya sekadar harapan. DIA yang sering berada disisi tatkala hati dilanda kesedihan...