Hari pertama SPM.
Farah cuba melupakan segala apa macam yang telah terjadi baru baru ini. Terutama sekali tentang Firman. Se-positif mungkin dia cuba menerima bahawa Firman memang menganggapnya sebagai adik. Dan sehingga kini sebolehnya dia cuba mengelak daripada berjumpa dengan Firman.
Alasan ; SPM weh kau jangan nak menyemak kacau aku!
Kasih sayang dia, layanan dia yang sangat prihatin, caring, protactive dia
; semua disebabkan tanggungjawab sebagai abang kepada adik
Okay Farah, stop thinking about it!
Setelah bersiap siap, Farah menghampiri tokmak yang sedang membuat sarapan.
"Morning tokmak!" Sapa Farah ceria. Tokmak tidak memandang. Dia seakan tidak menyedari kehadiran Farah.
Farah cuba mengawal reaksi wajahnya. "Tokmak buat apa ni? Wow roti dengan omelate! Acah omputeh!" Farah ketawa perlahan.
"Makan cepat!" Arah tokmak. Farah menghela nafas perlahan. Perlahan lahan dia memeluk tubuh tokmak dari belakang.
"Tokmak...Farah minta maaf. Farah tahu selama ni Farah dah banyak lukakan hati tokmak. Farah marah tokmak, Farah tak layan tokmak, Farah tinggikan suara pada tokmak. Banyak...sangat salah Farah pada tokmak. Farah minta maaf!"
Air mata Farah laju mengalir setiap kali dia bersuara. Reaksi tokmak yang mendiamkan diri menyeksakan jiwa Farah.
"Tokmak...janganlah diam macam ni! Farah minta maaf...Farah dah derhaka dengan tokmak! Ampunkan Farah!" Farah menggogoi sambil menggoyangkan lengan tokmak.
Farah melihat airmata tokmak juga mengalir. Namun tokmak masih tidak bersuara. Farah semakin rasa berdosa.
"Tokmak...." Lengan tokmak digoyangkan lagi.
"Ampunkan Farah...." Farah tersedu sedan. Kepala menunduk menekur lantai. Tudung sekolahnya sudah basah dek airmatanya.
"Farah, dah siap ke?" Suara pakmat kedengaran dari pintu hadapan. Farah mengangkat kepala.
"Kkk...kejap!" Menggigil suara Farah membalas sahutan pakmat.
Wajah tokmak dipandang. Perlahan lahan, tangan tokmak diraih. Airmata menitis jatuh ke belakang tangan tokmak.
"Ampunkan Farah...."
Nafas panjang ditarik.
"Farah sayang tokmak...."
Baru sahaja Farah ingin mengangkat kepala, badannya sudah ditarik ke dalam pelukan tokmak. Kedengaran suara tangis tokmak sedikit kuat.
"Tokmak pun sayang Farah juga! Sakit hati tokmak bila Farah buat tokmak macam tu." Ujar tokmak berselang dengan tangisannya.
Farah mengesat air matanya. "Farah minta maaf! Farah janji takkan buat lagi lepas ni! Farah janji!"
Balas Farah sambil tangan membuat ikrar. Tokmak menarik Farah kedalam pelukannya lagi. Tok abah yang melihat dari tangga dapur memanjat syukur apabila cucunya sudah sedar akan kekhilafan diri.
Sebelum beratur mengikut angka giliran, semua pelajar menghabiskan masa di kantin. Ada yang sedang sarapan, ada juga yang sedang menelaah nota pada saat saat akhir.
Farah melihat Qila, Wani dan Amani di meja paling hujung. Nafas perlahan lahan dihela. Dengan Bismillah, Farah melangkah ke arah mereka.
"Korang..." mereka bertiga mengangkat kepala. Saling berpandangan antara satu sama lain. Kemudian menunduk semula.
Farah menghembus nafas perlahan.
"Aku tak berniat nak ganggu kau orang. Aku cuma..."
"Nak minta maaf tentang sikap aku selama ni. Aku tahu aku dah banyak sakitkan hati kau orang. Aku dah mungkir janji."
Nafas ditarik.
"Aku doakan kau orang berjaya SPM ni. Doakan aku juga. Just aku harap, kau orang tak berdendam dengan aku."
Senyuman perlahan lahan ditarik. "Last, goodluck guys!" Farah berpaling untuk berlalu.
Namun, tiba tiba tangannya dicapai. Farah menoleh. Qila sedang mencapai tangannya. Mereka bertiga tersenyum. Mata Farah sudah berair.
"Eh! Eh! Jangan mengada nak buat drama air mata kat sini!"
"Kau keluarkan air mata kau, aku tak nak maafkan."
Ugut mereka. Namun setitis air mata Farah sudah jatuh. Segera dikesatnya. Sambil ketawa.
"Thankyou! Thankyou sebab sudi terima aku balik." Ujar Farah. Namun air mata tetap menitis juga. Akhirnya mereka sama turut ter-sensitif dengan situasi itu. Pelukan menyatukan mereka sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan.
'Pian, aku janji, aku akan tepati janji aku. Aku akan cari kau, kita akan daftar universiti yang sama! Kita akan capai impian kita sama sama! Aku janji!'
Tekad Farah dalam hatinya. Dengan bismillah, dia mula menjawab.
Hari demi hari berlalu. Dalam kesibukan menjawab soalan demi soalan, akhirnya peperiksaan SPM berakhir setelah hampir 3 minggu berlangsung.
Kini, tiba juga masanya untuk pulang ke negeri kelahirannya, Johor.
Farah menghulurkan bagasinya kepada pak mat yang sudah sedia menunggu di luar. Tangan tokmak digapai.
"Tokmak, Farah balik dulu. Nanti senang senang Farah datang sini okey?" Ujarnya dengan senyuman sayu.
Tokmak kelihatan tidak berapa sedih. Yang kelihatan adalah wajah risau tokmak. Entah apa yang dirisaukan, tidak pula diketahui Farah.
"Farah, tiba sana nanti, satu saja tokmak nak pesan. Kuatkan hati, kuatkan semangat. Ingat, Farah masih ada tokmak, tokabah. Kami sentiasa ada untuk Farah."
Pesanan perpisahan yang agak panjang dari tokmak. Wajah gusar tokmak masih berlegar diruang mindanya. Kata kata tokmak juga masih cuba difahami.
Apa mungkin tokmak cakap pasal Pian?
"Pian.." mengingati nama itu, Farah mengeluh.
"Farah, ada apa apa yang tak kena ke?" Soal pakmat yang sedang memandu dihadapan. Dikerling anak majikannya dari balik cermin.
Farah menggeleng perlahan dengan senyuman hambar.
"Pakmat yakin Pian mesti tak sabar nak jumpa Farah. Rindu menggunung katakan." Kedengaran ketawa perlahan pak mat.
Farah tersenyum sahaja. "Insha Allah, pak mat." Hanya itu yang mampu dikatakan. Pandangan dihalakan memandang tepi jalan.
Mata dipejam rapat. Cuba membayangkan reaksi Pian apabila berjumpa dengannya nanti.
Adakah kau masih marah aku Pian?
'Pian...tunggu aku. Aku kembali, cuba memperbaiki hubungan kita yang dah aku rosakkan. Aku minta maaf.'
![](https://img.wattpad.com/cover/67988886-288-k381703.jpg)
YOU ARE READING
BUDAK
Teen FictionAku yang dulu mengejar jasad yang tidak bernyawa. Berharap akan ada keajaiban untuk dia membuka pintu hati untuk aku. Namun, makin aku kejar, makin aku sedar. Ianya hanya sekadar harapan. DIA yang sering berada disisi tatkala hati dilanda kesedihan...