Tut...tut...tut...
"Harap maaf, nombor yang anda dail tidak ada dalam perkhidmatan. Terima kasih."
"Terima kasih tengkorak kau!"
Farah mengeluh hampa. Sudah tidak terkira berapa kali dia cuba menghubungi nombor Pian, tetapi jawapan yang diterima tetap sama.
Pian dah tukar nombor ke? Oh God! Farah meraup mukanya. Macam mana nak contact dia lagi ni?
Farah menongkat dagu diatas meja studynya. Yang kini hanya ada majalah majalah dan frame gambar. Mata merenung ke arah frame gambar berwarna hitam putih itu.
Terlihat seorang budak perempuan dengan lolipop ditangan, dan seorang budak lelaki yang memegang dua batang lolipop sambil tersenyum menampakkan barisan giginya.
Rindu. Itu yang Farah rasa saat ini. Gambar itu merupakan kenangan sewaktu mereka berada ditingkatan 1. Well, awal persekolahan. Agas gila!
Farah tersenyum sendirian. Teringat segala kenangan yang dilalui bersama Pian. Dulu, Pian lah segala galanya. Apa sahaja yang dilakukan, pasti bersama Pian. Apa sahaja yang diperlukan, pasti ada Pian.
But sorry to say Farah, you dah musnahkan segala galanya! Ahh bodohnya jadi Farah!
Malas mahu memikirkan atas kebodohan diri sendiri, Farah membuka aplikasi whatsapp.
The Blackies!
Guys....what's up?
Selang beberapa saat, masing masing typing.
Moneyss is typing...
Woneyss is typing...
Qilowss is typing...
Farah tergelak sendiri apabila melihat nama nama yang tertera itu. Aih Farah, kau yang letak nama dia orang begitu, kau sendiri yang ketawa!
Qilowss : wehhh rindu!!
Moneyss : ergh please Qila, dia tak layak untuk dirindukan *emoji annoying
Woneyss : pejadah nak rindu rinduan ea? Kau ingat ni sesi jejak kasih ke seton?
Perangai setan dah keluar dah! Farah hanya tersenyum sendiri sambil menggeleng kepala perlahan.
Pejadah kau! Siapa suruh rindu aku seh? Qila ah ni yang start!
Typing...
Typing...
Typing...
Qilowss : Dehek! Aku cuma meluahkan rasa hati je hahahaha
Farah : *emoji lol lol lol*
Woneyss : eh dak bandar, kau bila nak balik kampung?
Moneyss : dak bandar dok, mana ingat asal usul tempat kejadian kelahiran nenek moyang dia ni!
Farah : amende kau orang ni?! Asyik bahan aku je kerjanya! Apa teruk sangat ke aku duduk bandar ha? Apa kau ingat kat bandar ni tak ada beruk monyet pokok kelapa parit belukar macam kat tempat kau orang tu ke?!
Haa kan dah keluar semuanya. Geram punya pasal! Mana adil asyik aku je kena!
Typing...
Typing...
Typing...
Moneyss : dak bandar sentap siot!!
Qilowss : alamak aihh beruk monyet ada main kat tempat kau ke Farah?
Farah ternganga. Soalan bangang apakah ini (?)
Baru Farah hendak menaip, Wani sudah sedia mengenakan Qila.
Woneyss : woi mangkuk! Stupid question siot! Kau rasa ada ke beruk monyet main kat atas highway? Ke jogging kat kawasan perumahan elit kat situ ke?
Farah ketawa sendiri. Bongok lah Wani ni!
Qilowss is typing...
Moneyss is typing...
Qilowss : alamak tak payah marah! Gurau gurau je! Hahahahha
Moneyss : lol Qila, bengong kau tu simpan sikit untuk masa hadapan okey?
Woneyss : HAHAHAHA!
Farah : k ah cau! Aku nak tidur. Bye guys! Take care youself. Papehal roger!
Moneyss : goodbye! Take care youself too!
Woneyss : haa jaga diri ye anak anak sidik sekalian! Jangan pernah lupain diri gwe di sini okey? Mwahh!
Qilowss : bye!! Kirim salam dekat abang banny handsome okey? Hehehe.
Farah terkedu sendiri. Last chat daripada Qila buat Farah bengang. Eiii abang banny abang banny!
Itu Pian! And Pian tu aku punya! AKU PUNYA!
Mental sendiri. Farah mencampakkan telefon bimbitnya ke atas katil sebelum menghempaskan badannya.
Mata terkebil kebil memandang siling. Sejak bila Pian tu kau punya Farah? Soalnya sendiri.
"Ahh aku punya kawan baik kan! Tetap aku punya!" Ujarnya sebelum menapak keluar dari bilik.
"Farah!" Kaki berhenti melangkah. Ditoleh sekilas ke arah Dato Kamel yang berdiri di pintu bilik utama. Namun dia tidak menyahut.
Keluhan Dato Kamel kedengaran. "Whats wrong with you, princess? Please jangan buat daddy macam ni. Im sick in this situation!"
Farah memeluk tubuh. "Not untill I know the truth." Segera Farah menuruni anak tangga untuk ke bawah.
Betul apa? Selagi aku tak tahu apa yang dah jadi, selagi tu aku tak akan terima perpisahan mereka. Ingat aku ni tunggul ke apa? Bebelnya dalam hati.
"Mak Kiah..." Farah memeluk mak Kiah dari belakang. Badan mak Kiah sedikit terhincut. Mungkin terkejut dengan kehadiran Farah.
"Ya Allah budak ni! Apa main peluk orang macam ni? Terkejut mak Kiah!" Tegur mak Kiah sambil ketawa perlahan.
Farah mencebik. "Orang nak manja sikit pun tak boleh!" Mak Kiah tersenyum sambil mengusap kepala Farah.
"Dah tak payah nak buat muka. Mari, mak Kiah dah siapkan lunch."
Setelah menghidangkan makanan buat Farah, mak Kiah berlalu ke ruang tamu apabila namanya diseru oleh Dato Kamel.
Hmm daddy nak keluar lah tu. Fikir Farah. Terus dia menjamu selera sendirian. Aih dah biasa dah. Tak payah nak berteman teman!
"Farah.." Farah menoleh apabila mak kiah datang menghampirinya.
"Ya mak Kiah?" Soalnya. Air putih diteguknya.
"Ada tetamu kat depan tu. Katanya kawan Farah. Nak jumpa sekejap." Ujar mak Kiah.
Farah mengerut kening. Siapa?
"Siapa?" Soalnya.
"Hai kalau mak Kiah tahu, dah lama mak Kiah mention nama dia!" Mak Kiah tersengih.
Farah sudah tergelak. Mention kau! Kelas mak Kiah aku ni!
Dengan perasaan yang bercampur baur, Farah mencapai kardigan dan shawl yang tersedia dibilik bawah. Berdiri sahaja dimuka pintu, Farah terpaku.
Dia?! Betul ke dia ni? Aku tak mimpi kan? Jangan sedarkan aku..biar..ku anggap kau ada meski hanya mimpi. Kerna ku tak sanggup hidup, tanpa mu kekasih...
Lol tak ada kena mengena dengan lagu ni!
YOU ARE READING
BUDAK
Teen FictionAku yang dulu mengejar jasad yang tidak bernyawa. Berharap akan ada keajaiban untuk dia membuka pintu hati untuk aku. Namun, makin aku kejar, makin aku sedar. Ianya hanya sekadar harapan. DIA yang sering berada disisi tatkala hati dilanda kesedihan...